Bagaimana Meningkatkan Getaran Tenaga Positif Dari Dalam Diri Anda - Part 1

Assalammualaikum Pembaca Blog.. Apa khabar? Harap-harap sihat hendaknya. Kali ini saya akan menulis mengenai kuasa minda. Aik, kenapa pula kuasa minda? Apa kena mengena dengan saya? Saya ni Pakar Minda? Owh, susah nak percaya chepoi ni tau Kuasa Minda! Sebenarnya saya telah lama mengamalkan beberapa teknik kuasa minda, tips dan langkah untuk memanipulasikan kuasa minda yang telah saya pelajari untuk kegunaan diri sejak dari awal tahun ini lagi. Kisah ini bermula bila saya beli buku Dr Tuah Iskandar. Masa tu harganya RM15. First time jumpa saya sugguh excited, sampai tak lalu makan sebab baca buku tu sampai habis dalam masa sehari. Kali ini baru saya terjumpa dengan kaedah macamana nak memajukan diri saya. Sebab di waktu itu, saya sering di landa cabaran kewangan, tengah bulan pokai, pulak tu time kerja ada saja yang tak kena. My life Is Miserable At That Moment. Tajuknya? Membina Imaginasi Cemerlang. Saya selalu berdoa semoga satu hari nanti saya dapat berjumpa dengannya, saya selalu berimaginasi bersalam dengannya, melihat senyumannya, terasa hangat getaran tangannya bila berjabat dengan tangan saya dan bunyi suaranya. Nak lihat website Dr Tuah Iskandar, ni alamatnya di http://www.drtuah.com Saya mahu mengucapkan terima kasih padanya kerana buku tulisannya tu telah mengubah hidup saya 180 darjah. Orang puteh kata upside down. Saya telah menjadi orang baru, menjadi lain daripada orang muda yang lain. Saya juga sangat teringin mahu berjumpa dengan Dr Shukry Abdullah, pakar motivasi yang amat saya minat sejak dari sekolah menengah lagi. Pada masa itu, ibarat macam dalam lagu Slank bertajuk Ku Tak Bisa, setiap kali ke sekolah, Ku Tak Bisa belajar kalau tak baca artikel dari Dr Shukri Abdullah yang ada di library sekolah tiap kali waktu rehat. Websitenya, http://www.drshukri.com Sewaktu mula mempraktikkan apa yang saya baca dari dalam buku tu, memang mencabar. Huii, kekadang sampai mau give up dibuatnya. Sampai saya menanya diri sendiri, "kenapa semua yang saya praktikkan tak menjadi seperti yang saya harapkan?". Rupanya ada something "wrong". Oleh itu, saya mencari jawapan-jawapan, saya mula mencari-cari melalui Google. Dengan menaip "Mind Power" saya berjumpa dengan banyak website yang pada pandangan saya, very interesting. Kat situlah saya tau apa makna Telepathy, Telekinesis, Affirmation, Wave, Aura dan 7 Jenis Warna Aura pada badan manusia. Linn Comel telah menerangkan tentang Aura di blognya, untuk membaca tulisan Linn Klik DI Sini. Akhirnya, dengan mempraktikkan kesemua yang diajarkan step-by-step, saya menjadi Chepoi yang baru hari ini, esok dan hari-hari seterusnya. Hampir dalam kesemua buku motivasi yang saya baca, setiap penulis menitikberatkan kepentingan dan kegunaan berfikiran positif. Tapi, cara untuk meningkatkan getaran positif, kurang diberitahu dan bagaimana untuk berfikiran positif sepanjang hari takde juga ditulis, jarang saya jumpa. Kebanyakannya saya "explore" melalui pengalaman sendiri melalui "Positive Self-talk" dan bertanya pada kengkawan lain, apa cara mereka untuk memotivasikan diri tiap kali bila bangun pagi. DikMal, can u help me here? Thanks :-). Memang mencabar nak berfikiran positif sepanjang hari, dari selepas Subuh sehingga waktu nak masuk tidur. Sebab, banyak benda yang menyakitan hati kita berlaku sepanjang hari. Contoh pertama, Anda sedang memandu tapi tiba-tiba ada kereta potong kereta anda tanpa disedari dan tanpa beri "signal" lalu anda amat sakit hati dengan perbuatan itu lalu anda pun berteriak, "Hoi! ****" (sudah tentu anda me*** di dalam kereta yang cerminnya tertutup).. Pernahkah ini berlaku? Contoh lain, misalnya, pergi ke bank dan tetiba orang pulak ramai, makan kat restoran tapi order lambat sampai, buat kerja tapi ada orang kacau serta bila nak tidur ada saja bunyi bising (teman serumah berbual-bual di ruang tamu, berketawa kuat hingga anda merasa tidur menjadi satu penyeksaan yang berat!)lalu anda sakit hati, geram dan menyampah sehingga ke esok hari. Dalam kes lain pula, anda menunggu kawan anda yang mahu berjumpa di tempat biasa. Tunggu-tunggu punya tunggu, dah sejam anda terpacak mengunggu dia! Anda merasa geram, kerana dah banyak masa dibuang dan banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan segera. Semua perasaan ini menyebabkan tenaga positif berkurangan, kadangkala sampai hilang terus sebab dineutralkan oleh tenaga negatif yang muncul dari rasa sakit hati, geram, "gerigitan", marah, tak puas hati dan menyampah tahap dewa tadi. Upps. Jadi, harus jaga pa yang anda kata, apa yang anda fikir tentang orang lain dan persepsi anda. Aiseh, Cemana Nak Berfikiran Positif Kalau Camni? Susahnya... Oleh yang demikian, saya akan beritahu anda beberapa panduan berguna untuk meningkatkan getaran tenaga positif. Dengan mengikuti panduan ini, saya percaya anda boleh jadi lebih bermotivasi dan banyak situasi menggembirakan akan muncul dalam hidup anda. Percaya atau tidak, Kuasa Minda memang kuat. Setiap manusia mempunyai kadar tenaga yang berbeza-beza. Tenaga yang menggerakkan tubuh manusia itu juga memberi impak terhadap kehidupan seseorang. Selain dari ketahanan tubuh, mood seseorang juga dipengaruhi oleh tenaga yang berputar dalam tubuhnya. Ada antara kita mempunyai mood yang stabil dan ada juga yang tidak menentu. Mood yang tidak menentu ni lah sering menyebabkan seseorang itu dijauhi kerana masyarakat sekeliling kurang senang dengan perubahan mood sesorang yang cepat berubah. Dalam erti kata lain, banyak angin. Pagi ceria, bila tengah hari dia marah, meradang tak tentu pasal, hangin satu badan. Ia juga akan mengganggu suasana tenang dan gembira, terutama kalau anda bekerja dengannya dalam satu ofis atau belajar dengannya dalam satu kelas kuliah. Betulkan? Kesan langsung daripada kemurungan atau keadaan tertekan yang anda hadapi ialah ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan diri. Jika anda seorang bisnesman, usahawan internet atau usahawan MLM anda akan sering membuat keputusan yang kurang tepat. Ini pernah berlaku pada saya. Sebabnya mudah, saya asyik layan rasa geram, sakit hati dan marah yang tak terluah. Saya tak LET GO perasaan tu. Jujur saya katakan, secara tidak langsung, ia akan menjejaskan perniagaan. Jika anda seorang pekerja makan gaji, produktiviti anda akan menjadi kurang bermutu kerana sering melakukan kesalahan. Akhirnya, anda bukan sahaja akan mengalami masalah dengan teman-teman bahkan anda juga bemasalah dalam hal-hal kewangan anda sendiri. Ada saja yang membuatkan anda tidak dapat menyimpan duit. Paling teruk lagi, masalah kewangan tiba-tiba datang melanda di situasi yang tidak disangka-sangka. Misalnya, handphone anda tiba-tiba terjatuh lalu pecah dan anda kena beli yang baru, sedangkan di waktu itu duit gaji dah habis pakai, kalau ada untuk belanja makan saja. Anda rasa geram lalu berkata "Kenapa tiba-tiba pulak masalah ni berlaku?". Anda merasa sungguh tidak puas hati, sebab ia tiba-tiba saja dikala anda ketidakcukupan duit. Masalah ini akan menjadi beban pada fikiran dan ia akan mengurangkan daya ketahanan tubuh. Contoh lain, anda tenang makan tengahari bersama girlfriend anda. Tengah syok bergurau, tetiba dia terasa dengan gurauan "maut" anda lalu bertindak meninggalkan anda yang terkedip-kedip, terlopong dan termanggu-manggu sendirian. Last-last, makanan yang sampai untuk dua orang, anda kena bayar semuanya sorang-sorang, dengan hati yang berat, "sakit" dan geram. Kalau girlfriend anda masih ada tadi, mungkin dia boleh support duit anda. Sebenarnya segala masalah kita hadapi itu bermula di fikiran kita. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap fikiran mempunyai (tenaga) yang membawa membawa kepada dua destinasi, sama ada ia akan memperkasakan atau melemahkan seseorang. Apa yang pasti setiap fikiran yang baik dan idea yang bernas mampu membuang fikiran kotor, rasa sakit hati, geram, "gerigitan" (maknanya geram juga dalam loghat Dusun di Sabah) atau memori yang memeritkan juga sering kali melemahkan anda.

Siapa 10 Orang Terkaya Di Malaysia

1.Robert Kuok, 88. RM32,400 juta 2.Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta 3.Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta 4.Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta 5.Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta 6.Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta 7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta 8.Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta 9.Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta 10.Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta Ini saya petik dari blog Irfan Khairi, senarai di atas diambil dari Majalah Malaysian Business “40 Richest Malaysians”. Bila melihat senarai 10 orang terkaya ni, timbul satu soalan dalam kepala saya.. Bisnes apa yang mereka buat sampai boleh jadi jutawan? Bagaimana dengan "Mind Setting" mereka? Apa Yang Memotivasikan Mereka Tiap Hari Sebelum Jadi Jutawan, Walau Sesibuk Manapun Mereka? Selain tu, saya juga dah baca artikel Irfan Khairi di dalam majalah Maskulin edisi April 2007. Dia menulis berkenaan nak jual apa untuk jadi jutawan. Dalam artikel tu, dia bercerita pasal 3 orang usahawan. Last-last hanya usahawan ketiga saja yang berjaya jadi jutawan. Kisahnya ringkas dan pendek, tapi telah membuat saya berfikir panjang. Chef Li juga pernah menulis dalam bukunya, Biar Kecil Asal Berhasil. Katanya, nak jadi jutawan, cuba buat strategi ni. Jual produk berharga RM1 kepada 1 Juta Pembeli di Malaysia.

Bermain Dengan Khayalan Imaginasi

Semuanya bermula dengan imaginasi.. Percayakah anda kalau saya katakan, imaginasi memang boleh menjadi realiti? Selama ni, saya suka bermain dengan imaginasi. Saya suka mengimaginasikan kereta idaman saya, rumah yang saya mahu miliki dan untung bersih sejuta ringgit dalam penyata akaun bank saya. Bila saya kekurangan duit, saya bayangkan yang saya menerima duit pada hari itu, saya bayangkan sekerap mungkin. Saya mulakannya dengan niat. Tiba-tiba, saya mendapat cetusan berbagai ilham, idea dan inspirasi. Selepas itu, banyak order masuk yang saya terima. Lalu ini menyelesaikan masalah kewangan saya. Secara jujur, saya mengakui, perkara ini dah banyak kali terjadi dalam hidup saya. Setiap hari, bila selepas solat subuh dan sebelum tidur, saya selalu membayangkan memandu kereta idaman, berehat di ruang tamu rumah idaman saya yang selesa dan bercuti ke pulau bersama keluarga. Saya dapat melihat kegirangan yang terpamer di air muka setiap ahli keluarga saya, senyuman mereka dan hilai tawa mereka. Bahkan, saya dapat membayangkan rasa masin air laut itu bila terkena bibir saya. Itulah impian saya satu hati nanti. Buat masa sekarang, saya mahu menggunakan peluang berniaga melalui internet ni untuk mengubah nasib, disamping memenuhi dorongan minat terhadap perniagaan. Saya tak minat benda lain. Bila selepas solat subuh dan mula menekan butang power komputer saya, rasa teruja sangat, tak sabar nak bekerja. Itulah yang terjadi setiap hari. Saya asyik memikirkan idea untuk membuat produk baru. Bila asyik memikirkannya, idea timbul secara tiba-tiba. Bila keluar dari rumah, saya akan bawa satu buku nota kecil dan 2 batang pen kemana saja saya pergi. Idea boleh timbul di bila-bila masa dan di mana saja, walaupun saya tengah berenang! Bila saya asyik berimaginasi tentang kereta idaman, saya akan melihatnya sepanjang hari, entah kenapa saya melihat banyak kereta model itu yang saya nampak. Hari ini , tiba-tiba timbul di depan saya beberapa kali, melintas entah dari mana. Itulah keajaiban minda. Satu-satunya kereta yang paling saya minat, Proton Gen2. Bentuknya sporty itu membuatkan saya tidak tenang bila mau tidur malam. Untuk memiliki itu, saya perlu mencapai matlamat kewangan yang telah saya tetapkan. Saya mahu mencapai tahap kewangan yang tertentu, step by step. Mungkin anda juga sama. Saya mahu buktikan dengan internet, saya juga boleh menjana wang sebagai usahawan, tak semestinya bekerja makan gaji saja. Tak semestinya kerja dalam ofis dan pakai neck tie saja. Berniaga dah menjadi minat saya. Rezeki Tuhan Maha Luas. Bisnes tak semestinya main pasang-pasang, kena cari downline atau kena maintain point. Dah ramai kengakawan berjumpa dengan saya, minat saya join MLM network macam DCL, Elken, CNI, MyMode dan paling baru, EmPay dan Uptrend. Itu juga satu cabang bisnes. Tapi saya tak minat. Maybe sebab saya tolak jadi masuk diorang kata bisnes internet ni tak boleh cari makan. Saya diam saja. Tak mau cakap apa... Dengan wajah kebudak-budakan di muka saya ni, saya tak pandai nak meyakinkan orang lain untuk jadi downline saya, sebab saya tiada kredibiliti secara offline. Jadi, bisnes MLM bukan untuk saya. Bekerja depan internet lebih ngam dengan jiwa saya yang minat komputer dan teknologi.. tapi itu dulu.... Jadi berbalik pada topik imaginasi, memang ia telah banyak memberi keajaiban dalam hidup saya. Anda juga boleh begitu, cuam perlu tahu cara-caranya. Memang mencabar tapi anda boleh mula mempelajarinya. Halangan paling utama ialah diri sendiri.

Apa Penentu Kejayaan Bagi Diri Anda?

Sekiranya anda diberi pilihan untuk memilih 3 elemen dalam menentukan kejayaan anda, apakah ia? Kerajinan? Kerja Keras? Melabur? Perlu beri 3 sahaja… sedangkan, memang ada banyak elemen-elemen kejayaan yang perlu ada pada diri kita semua, ini kalau dikira tak cukup 3 saja. Setelah saya fikirkan, 3 jawapan saya adalah: 1.Passion… minat yang amat sangat mendalam 2.Skill… boleh ditimba dan dipelajari dengan ilmu 3.Hard work… persistence & jaga displin diri Simple, terus terang dan tak ramai orang realize. Tetapi, selalunya yang simple & straight forward yang memberi pulangan lumayan kepada kita. Motto saya... "SAY NO TO NO!."