Tanda-Tanda Terkena Sihir

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

 

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

 

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

 

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

 

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

 

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

 

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
  2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :- o Hendak melompat dari tempat yang tinggi. o Terjumpa sesuatu di atas tanah. o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang. 
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

 

 

:::ChEpOi Izzy::: http://doctorgeliga.blogspot.com

Kapal Terbang Plastik

Oleh MOHD. ROSHDI HASSAN 
Media_httpbp3bloggerc_zswqh
KETIKA Perang Dunia Kedua, London telah dibom dengan teruknya oleh roket-roket Jerman. Disebabkan Jerman telah menakluki Perancis dan Belgium, maka Britain terpaksa mencari jalan untuk membina pesawat perang yang boleh terbang pergi dan balik dari Britain hingga ke Jerman tanpa perlu mengisi minyak.Akhirnya jurutera mereka telah mereka cipta pesawat perang daripada kayu kerana keperluan waktu perang tidak mensyaratkan pesawat tersebut digunakan dalam tempoh yang lama. Dengan menggunakan badan daripada kayu, pesawat Spitfire telah dapat mengurangkan beratnya sehingga 2000 pound (907 kg) jika dibandingkan versinya yang dibina daripada besi dan aluminium. Lebih ringan pesawat tersebut, lebih jimat bahan api yang digunakan. Dan akhirnya pesawat ini dapat dibina dengan pantas dan ia telah digunakan untuk membawa bom dari Britain dan digugurkan di bandar-bandar di Jerman. Banyak bandar musnah dan akhirnya Jerman terpaksa mengaku kalah. Dalam merekabentuk sesebuah pesawat, satu prinsip yang perlu dipegang adalah weight is enemy (berat adalah musuh). Kapal terbang yang berat akan menyebabkan pesawat tersebut tidak boleh terbang jauh kerana bahan api yang tidak mencukupi. Satu contoh yang jelas adalah, pengurusan Air Asia X telah memaklumkan kepada bakal penumpangnya bahawa pesawatnya akan singgah di negara Teluk bagi mengisi minyak kerana kapasiti tangki pesawat yang mereka gunakan tidak mencukupi untuk menampung penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke London/Manchester. Airbus A380 juga menghadapi masalah yang sama. Di samping masalah wayar elektrik, pesawat tersebut menghadapi masalah yang lebih besar iaitu kelebihan berat sebanyak 4 tan metrik apabila semua komponen dipasang untuk tujuan penerbangan komersial. Untuk mengatasi masalah berat dalam pembinaan pesawat, para penyelidik Barat telah merekabentuk satu bahan baru yang dipanggil komposit. Komposit ini dihasilkan melalui gabungan lebih daripada satu jenis bahan sama ada daripada unsur logam atau bukan logam. Namun yang popular digunakan dalam pembinaan pesawat adalah daripada unsur bukan logam seperti unsur plastik atau polimer. Susun atur bahan ini ketika proses pembuatan menjadikan ia boleh memberi kekuatan melebihi kekuatan unsur logam. Di samping kelebihan dari segi ringan, struktur yang diperbuat daripada komposit ini juga mampu menyekat berlakunya rekahan yang lazimnya berlaku dengan pantas dalam unsur logam. Ia juga lebih murah kerana penghasilannya hanya berlaku di kilang dengan tindak balas kimia. Bahan komposit ini sudah lama digunakan dalam pembinaan pesawat ringan. Airbus telah memulakan satu langkah terkehadapan dengan menggunakan 25 peratus pesawat Airbus A380 daripada unsur komposit. Mereka telah menemui satu bahan baru yang dipanggil Glare yang lebih kukuh dari aloi aluminium yang selalu digunakan dalam pembinaan pesawat. Pesawat Boeing yang baru yang dipanggil Boeing 787 Dreamliner yang dalam proses pembinaan, akan menggunakan 80 peratus bahan komposit. Hanya komponen tertentu seperti enjin sahaja yang menggunakan bahan logam dan selebihnya bahan plastik. Pesawat ini yang boleh memuatkan penumpang antara 223 hingga 330 yang akan menggantikan Boeing 777 dijangka mula beroperasi pada Mei 2008. Ia dijangka dapat menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus jika dibanding dengan pesawat lain yang hampir sama dengannya. Sehingga kini Boeing telah menerima lebih kurang 450 tempahan bagi pesawat ini. Untuk berdepan dengan saingan ini, Airbus telah melancarkan pesawat terbarunya di Farmborough Air Show baru-baru ini yang diberi nama Airbus A350 XWB (Extra Wide Body). Pesawat yang boleh membawa penumpang antara 270 hingga 350 ini akan mula beroperasi pada tahun 2013. Pesawat ini dibina daripada 72% unsur komposit. Sejak dilancarkan Airbus telah menerima lebih kurang 100 tempahan bagi pesawat ini. Selain dari badan pesawat, banyak lagi unsur plastik diperkenalkan seperti kerusi, cermin tingkap, peralatan elektronik, panel dalam kabin, karpet dan sebagainya. Menjadikan pesawat itu ringan adalah matlamat utama dalam reka bentuk pesawat baru kerana ia akan memberi keuntungan lebih besar kepada syarikat penerbangan yang menggunakannya. Ketika makan malam bersama pakar-pakar enjin jet di Paris baru-baru ini, seorang profesor dari Cambridge University menyatakan kekesalan di atas sikap beberapa syarikat penerbangan yang masih tidak tahu menghargai usaha jurutera di seluruh dunia untuk menjimatkan bahan api pesawat. Sikap mereka yang masih lagi menggunakan botol minuman yang diperbuat daripada kaca telah menyebabkan usaha jurutera selama ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Saya dapati Penerbangan Malaysia (MAS) juga tidak terkecuali dalam masalah ini kerana mereka masih lagi menggunakan bekas makanan dan minuman yang diperbuat daripada kaca agar kelihatan lebih berprestij. Namun saya yakin, dengan menggantikan bekas kaca tersebut dengan bekas plastik akan dapat memberi penjimatan sekurang-kurangnya 1 peratus kepada penggunaan bahan api pesawat. Dalam laporan kewangan 2004/2005, MAS membelanjakan lebih RM3 bilion untuk bahan api. Oleh itu, anggaran nilai 1 peratus bagi syarikat besar seperti MAS sebenarnya adalah penjimatan sehingga berpuluh-puluh juta dalam kos operasinya selama setahun. * DR. MOHD. ROSHDI HASSAN ialah kakitangan Universiti Putra Malaysia yang sedang berkhidmat di Rolls Royce UTC, University of Sheffield, United Kingdom. "  

Pak Lah bekerja untuk Malaysia atau SCOMI?

Media_httpbp2bloggerc_xiiba
Sesiapa yang pernah mengunjungi Putrajaya tentu ternampak landasan monorail terbengkalai (gambar tepi), jambatan monorail berdekatan Yayasan Kepimpinan turut terbengkalai.Itulah cara Abdullah Badawi membalas jasa Mahathir Mohamad. Lebih jauh itulah cara Abdullah Badawi membalas kepercayaan kita semua. "The monorail project was supposed to be in operational last year but the RM400mil project was shelved in 2004 as the Government had not approved funding for it." Kerajaan tarak duit kata Dollah Badawi. Tapi dalam masa penangguhan tersebut kerajaan membelanjakan: - LCCT Air Asia - RM 108 juta - Jet VIP Baru - RM 200 juta - Ubah Suai Sri Perdana - RM 15.81 juta - Ubah Suai sekolah lama beliau - RM 20 juta - Penubuhan Kerusi Malaysia di Cambridge - 50 juta Pound Sterling - Monsoon Cup - RM200 juta x 2 tahun Adakah perkara-perkara di atas ini lebih penting dan dapat terima akal berbanding meneruskan pembinaan monorail (yang telah berjalan sebelum Abdullah mengambil alih) untuk pengangkutan awam Putrajaya?

Pokcik Tahuuu

Suatu petang, Tok Do berkunjung ke rumah Makcik Gayah. Dengan dahi yang berkerut dan muka yang sugul sudah cukup menggambarkan keresahan yang sedang di alaminya. Sebaik sahaja ternampak Makcik Gayah, terus di sampaikan hajat dan tujuan dia berkunjung ke rumah makcik Gayah. Rupa-rupanya Tok Do nak pinjam telefon nak telefon anaknya si Idie yang berada kat satu daerah lain. Kata Tok Do , Idie dah lama tak balik kampung, kesian dekat Mak Do rindukan si Idie.Lagipun Mak Do tak berapa sihat. Makcik Gayah, sebaik sahaja mendengar luahan Tok Do terus menunjukkan kepada Tok Do lokasi telefon rumahnya berada. Tok Do pun tanpa segan silu bergerak ke tempat telefon. Dengan anggapan yang Tok Do sudah pun biasa dengan penggunaan telefon, Makcik Gayah biarkan saja Tok Do keseorangan kat telefon. Maklumlah zaman dah semakin canggih,sudah tentu Tok Do tahu nak gunakan telefon. Selang berapa minit Makcik Gayah meninggalkan Tok Do, tiba-tiba jer dengar bunyi bising.OOO mungkin Tok Dor dah dapat bercakap dengan Idie, fikir Makcik Gayah. Tetapi makin lama kedengaran semakin meninggi suara Tok Dor. Ishhhh gaduh ker Tok Do ngan Idie ni..merungut makcik gayah sendirian. Cubalah tengok, kata Makcik Gayah. “Hooooo Pokcik tahu doh” “Ishhh bakpo mek niii..pokcik tahulaaa”, kedengaran suara Tok Do yang meninggi. “iyolaa..g la panggil anok pokcik nuhh..pokcik nok kecek ngan dia nii”, kata Tok Do lagi. “gerey weiii pokcik ko mek nii,pokcik tokser kecek ngan mek,pokcik nok kecek ngan Idie, pokcik nok royat dia, mok dia sakit” “Pokcik tahulaaa...bakpo dia ni dok kecek muge tulo niii”.. Makcik Gayah yang kebingungan..menegur Tok Do dan cuba mendapatkan jawapan.Tok Do pun menjelaskan kepada Makcik Gayah. “Dok tahula aku,ada org xpehe bahasa gini,buih doh mulut aku dok royat suruh panggil Idie,tapi dia dok ulang royat hok tulo..acu mung royat teh dia Yah,kot-kot dia pehe bahasa mung.Aku ni ore tua,takut dia xpehe bahasa aku”. Makcik Gayah dengan kadar segera mengambil gagang telefon dari tangan Tok Do dan cuba nak membantu.Tiba-tiba Makcik Gayah tersengeh. Melihat Makcik Gayah yang tersengeh, membuatkan hati Tok Do semakin mendidih. “hmmmmmm...patutlaaaaa”..kata Makcik Gayah. “Tok Do kecek ngan Operator tuuu”.... Sebaik mendengar kata-kata Makcik gayah..Tok Do pulak yang tersengih dan terkulat2 nak control malu. :::ChEpOi Izzy::: http://doctorgeliga.blogspot.com

Misi Berat Beckham di Los Angeles

Oleh DATUK MUHAMMAD ALIAS

KETIKA David Beckham tiba di Los Angeles beberapa minggu lalu, beliau dan isterinya, Victoria atau Posh Spices Girl mendapat publisiti hebat daripada media. Jelas mereka termasuk dalam kumpulan selebriti Hollywood. Bagaimanapun, berita mengenai gaji beliaulah yang panas sekali. Beliau dibayar AS$1 juta seminggu, AS$4 juta sebulan. Kontrak lima tahun dengan Los Angeles Galaxy bernilai AS$250 juta (RM950 juta).

Kontrak tersebut merupakan antara yang termahal bagi ahli sukan di Amerika Syarikat (AS). Ada berita mengatakan pendapatan beliau (bagi kadar seminggu) adalah 500 kali ganda daripada teman-teman sepasukannya.

* DATUK MUHAMMAD ALIAS ialah bekas diplomat dan kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Keputusan mengimport Beckham dengan harga yang begitu mahal ada kaitan dengan usaha mempertingkatkan taraf bola sepak AS.

Wang tidak menjadi masalah di sini. Masalahnya ialah menarik minat sebahagian besar rakyat Amerika kepada bola sepak. Dewasa ini sukan yang paling digemari ialah American football, bola keranjang dan bola lisut.

Sebenarnya bola sepak mempunyai masa depan yang cerah di Amerika. Orang Amerika tidak lokek wang untuk sukan. Kalau mereka meminati sesuatu sukan mereka sanggup menghabiskan wang.

Umpamanya ada yang membeli tiket berharga sehingga AS$1,000 untuk menyaksikan pertandingan bola keranjang. Tiket paling murah dalam lingkungan AS$50.

Sementara pemain-pemain dilatih menggunakan kaedah moden. Lagi pula dengan penduduk mencecah 300 juta orang, AS mempunyai keupayaan memilih pemain yang terbaik dari sumber yang besar.

Beckham mempunyai tugas yang amat berat. Beliau mesti melakukan sesuatu untuk mempertingkatkan taraf bola sepak sejajar dengan gaji yang dibayar. Meskipun begitu, tugas beliau tidaklah sesukar Pele ketika menyertai New York Cosmos tahun 1975 dulu.

Pele boleh dikatakan bermula dari peringkat asas. Meskipun Pele pemain bola sepak nombor satu dunia tetapi beliau tidak begitu dikenali di AS. Ketika itu rakyat Amerika tidak memberi perhatian serius kepada bola sepak.

Bola sepak mula dipertandingkan di peringkat sekolah dan kolej tahun 1862. Bagaimanapun, ragbi yang diubah suai undang-undangnya lebih digemari. Maka bermulalah zaman American football yang diminati sehingga ke hari ini.

Sehingga awal 1990-an, bola sepak merupakan permainan untuk wanita. Kaum lelaki lebih suka bermain American football yang dikira penuh dengan ciri-ciri kelelakian.

Ketika melayari laman web Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) baru-baru ini, saya menemui satu maklumat yang setiap rakyat Malaysia pasti merasa bangga. Ia mengenai keputusan pertandingan bola sepak di Olimpik Munich, Jerman Barat pada tahun 1972. Antara keputusannya ialah pasukan AS kalah 0-3 dengan Malaysia.

Tidak syak lagi itulah detik-detik kecemerlangan sejarah bola sepak Malaysia. Ia telah berlalu selama 34 tahun dan nampaknya tidak mungkin berulang dalam masa terdekat. Masih terbayang betapa gegak gempita sorak gembira rakyat Malaysia apabila negara berjaya menempah tiket ke Munich.

Kini sejarah telah menjadi sebaliknya. Ketika AS yang pernah dibelasah dengan teruk di Munich berjaya ke pusingan akhir Piala Dunia sejak tahun 1990, sedangkan Malaysia semakin mundur.

Ekoran dari itu kebelakangan ini tidak henti-henti kritikan dilemparkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ada yang mahu FAM dirombak dan segelintir pegawainya meletakkan jawatan.

Namun mengendali satu persatuan yang besar seperti FAM bukanlah perkara mudah. Tambahan pula bila terdapat banyak masalah.

Sementara itu, dapat diperhatikan bahawa projek pemain import jelas gagal mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Ada antara pemain-pemain import yang lebih rendah mutu permainannya daripada pemain-pemain tempatan. Lantaran itu tidak ada sebab kenapa kita mesti mengimport pemain-pemain luar.

Sebaliknya segala tenaga dan usaha digunakan untuk melatih bakat-bakat dalam negara sendiri. Yang penting dapatkan jurulatih yang berkebolehan termasuk dari luar negara. Berilah tumpuan kepada pemain-pemain yang tahan lasak, berdisiplin dan bersedia untuk maju.

Seperti mana Beckham, beberapa pemain bola sepak China, Korea dan Jepun kini bermain di kelab-kelab profesional di Eropah. Sedih sekali rakyat Malaysia cuma mampu tumpang seronok setiap kali berlangsungnya Piala Dunia.

:::ChEpOi Izzy::: http://doctorgeliga.blogspot.com

Bolehkah Mesin Berfikir?

Oleh : Mohd Helmy bin Abd Wahab

Penggunaan istilah kecerdasan buatan telah digunakan buat pertama kalinya pada 1956 oleh seorang saintis computer dan ahli matematik iaitu John McCathy. Beliau merupakan bapa kecerdasan buatan dan telah membangunkan bahasa pengaturcaraan LISP (List Processing). Bahasa LISP adalah bahasa pertama yang dibangunkan untuk aplikasi kecerdasan buatan kerana ia merupakan bahasa yang menyokong konfigurasi penyelesaian masalah, penyamaan petua, input dan output yang fleksibel dan lain-lain.

Falsafah asas bidang kecerdasan buatan telah diperkenalkan oleh ahli matematik british iaitu Alan Turing iaitu sebelum istilah kecerdasan buatan digunakan.

Pada tahun 1950, Alan Turing telah menulis satu kertas kerja dalam jurnal Mind berjudul Computing Machinery and Intelligence yang menjadikan bidang kecerdasan buatan menjadi isu dan menimbulkan persoalan “Bolehkah mesin berfikir?”.

Dalam kertas kerjanya, Alan Turing telah melaporkan bahawa satu eksperimen telah dijalankan bagi membuktikan bahawa benarkah mesin boleh berfikir. Eksperimen ini dikenali sebagai Ujian Turing.

Dalam ujian ini, Turing memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang manusia dan satu computer untuk diuji kecerdasannya. Seorang peserta akan bertindak sebagai interrogator dan bertanya soalan kepada seorang peserta lain dan computer. Setiap soalan yang ditanya akan dipilih oleh interrogator dan peserta lain dan computer diletakkan ditempat yang berasingan. Jika jawapan yang diberikan kepada interrogator dan interrogator tidak dapat membezakan jawapan yang diberi itu sama ada manusia atau computer, maka Turing membuat rumusan bahawa computer telah lulus ujian Turing dan boleh dikatakan bahawa mesin boleh berfikir.

Marvin Minsky merupakan perintis Makmal Kecerdasan Buatan di MIT Amerika Syarikat. Di mana makmal ini telah menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kecerdasan buatan secara aktif. Minsky telah menyumbangkan dalam pembangunan pemikiran mesin melalui penyelidikannya yang berjudul “frame representation”:

A frame is a bundle of related information concerning a single topic, making all information on that topic retrievable from a centralized location. Frames are thus structured objects that can be organized in taxonomic hierarchies, allowing information stored in more abstract frames to be inherited by frames lower down the hierarchy. Additionally, procedural attachments called daemons can be hooked into various parts of a frame; these attachments become active whenever that part of the frame is accessed or changed, allowing the frame system to perform automatic inferencing about these changes.

Sistem yang menggunakan kecerdasan buatan atau konsep mesin berfikir bukanlah satu keperluan dalam kehidupan seharian menjelang tahun 2000. Walaupun kenyataan ini telah dibuat oleh mereka yang telah merintis bidang kecerdasan buatan pada lewat 1950 – 1960 an. Mereka telah berada pada laluan yang betul dalam penyelidikan mesin berfikir.

:::ChEpOi Izzy::: http://doctorgeliga.blogspot.com

Raja Kuda

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus duduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" Maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa...nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya...raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh". Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??" :::ChEpOi Izzy::: http://doctorgeliga.blogspot.com

Tanda Akhir Zaman

Antara tanda-tanda kiamat semakin hampir... 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya. 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 23. Orang miskin menjadi kaya dengan sekalip mata tanpa perlu berusaha gigih :::ChEpOi Izzy::: http://doctorgeliga.blogspot.com

Seni Silat Gayong Malaysia Warisan Bangsa

Pengenalan Gayong"..KERIS KU HUNUS, TANGAN KU JULANG.."
Media_httpbp1bloggerc_cvwyg
Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.
Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan. Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit). Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ketika pendudukan Portugis, hulubalang-hulubalang Melaka telah melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang digunakan ketika menentang Portugis. Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, hulubalang-hulubalang Melaka terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Selepas itu, mereka mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan Kepulauan Melayu unutk mencari perlindungan. Dengan cara inilah Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutama di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan kembali kesenian lama ini di Tanah Melayu. Ada satu riwayat masyhur berkenaan tujuh anak raja Bugis yang amat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tertanding ketika itu. Mereka telah belayar menjelajah ke serata Kepulauan Melayu untuk mencari penempatan baru. Salah seorang daripada mereka ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Beliau merupakan moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning. Sejarah Silat Seni Gayong "seGAYONG, seGENGGAM, sePADU" Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok. Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu: Tapak Gayong(permulaan tapak silat), Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong), Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata), Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang), Seni Yoi (buah pukulan), Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I - VI).  

Barat Mengembangkan Keilmuan dan Tamadun Islam

KAJIAN saintifik terawal yang dilakukan oleh ilmuwan Islam adalah mengumpulkan semua catatan al-Quran. Ia dicadangkan oleh Saidina Umar al-Khattab kepada Saidina Abu Bakar berikutan kebimbangannya terhadap kematian ramai golongan tahfiz di medan peperangan. Kematian ramai sahabat nabi yang hafiz al-Quran di medan perang akibat mempertahankan agama dikhuatiri Umar akan melenyapkan pengetahuan manusia mengenai al-Quran. Ilmuwan dan saintis Islam mengembangkan ilmu mereka dalam bidang sains dan teknologi untuk memartabatkan ajaran agama ini di muka bumi. Usaha itu bermula selepas kedatangan Islam di Makkah. Ilmuwan Islam mengamalkan ilmu sains dan teknologi demi kepentingan agama terutama selepas kewafatan Rasulullah.Kajian secara saintifik dan bersistematik itu dilakukan dengan mengumpul semua catatan al-Quran daripada mula turun ayat pertama iaitu surah al-Alaq hingga habis keseluruhan al-Quran, mengikut turutan seperti yang dibaca atau diperdengarkan Rasulullah kepada sahabat. Usaha pengumpulan kitab suci itu dilakukan kerana pemerintah Islam selepas Nabi Muhamad bimbang akan pupus al-Quran selepas kematian ramai sahabat yang hafiz di medan peperangan. Justeru, pelbagai catatan al-Quran seperti yang ada pada kulit binatang, tulang binatang ternakan dan kulit kayu disimpan di rumah Saidatina Habsah, puteri Saidina Umar yang juga isteri Rasulullah. Pada zaman Khalifah Saidina Uthman, Islam tersebar luas hingga ke Armenia dan Azerbaizan, negara yang bahasa ibundanya bukanlah bahasa Arab. Sewaktu salah seorang sahabat iaitu Huzaifah bin Yaman diutuskan ke Armenia dan Azerbaizan, beliau mendapati ada penduduk di sana yang berbahas mengenai al-Quran tetapi tidak menguasai bahasa Arab. Sekembali beliau ke Madinah, beliau memaklumkan perkara itu kepada Saidina Uthman dan mencadangkan supaya al-Quran dijilidkan. Katanya, Saidina Uthman melantik beberapa sahabat lain untuk menjalankan kajian bagi memastikan ketepatan dan kesahihan al-Quran dan seterusnya menjilidkannya berdasarkan kepada catatan, hafalan dan juga ingatan mereka tentang al-Quran. Usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan oleh sarjana Islam ini menjadi kajian pertama yang dibuat secara sistematik dan saintifik. Kajian seterusnya yang dibuat secara saintifik dan bersistematik ialah usaha pengumpulan hadis dan penjilidannya. Usaha mengumpul dan menjilidkan hadis dibuat apabila timbul perselisihan pendapat dan pertentangan di antara Saidina Ali Abu Talib dan Muawiyah Abu Sofian, di mana ketika itu, ada ilmuwan yang berpihak kepada golongan tertentu. Setiap kumpulan yang terbentuk mengakui kebenaran kumpulan mereka. Akibatnya, timbul beberapa perkara khurafat dan bida'ah dalam sebahagian daripada hadis yang disampaikan. Justeru itu, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz iaitu ketika kerajaan Bani Umayyah berkuasa, beliau memerintahkan gabenornya untuk menjilidkan hadith. Usaha menjilidkan hadis juga memerlukan kajian teliti dan mendalam supaya ia dapat membezakan antara hadis sahih dengan hadis palsu. Pada zaman seterusnya, keagungan dunia dan ilmu sains Islam bermula iaitu dari tahun 700 hingga 1350 Masihi. Perkembangan ketara dalam sains Islam ialah ketika pemerintahan Al-Makmum dari kerajaan Bani Abbasiah di mana banyak buku diterjemahkan dalam bidang sains dan falsafah dari bahasa Greek ke Arab. Pada masa inilah, sarjana Islam membangunkan bidang sains seperti kimia, optik, botani, astronomi, matematik dan perubatan dengan melakukan pelbagai kegiatan penyelidikan. Di antara tokoh ilmuwan Islam ialah Jabir bin Hayyan (721-815 Masihi) yang mengasaskan pembinaan makmal kimia pertama di dunia ini. Beliau menegaskan bahawa sesuatu ilmu perlu bermula dengan uji kaji hingga pernah beliau menyebut seseorang yang ilmunya tidak dapat diuji kesahihannya secara eksperimen, akan selalu terdedah kepada kesalahan.Beliau jugalah (Jabir bin Hayyan) sebagai orang yang pertama menemui asid nitrik. Seterusnya, tokoh lain ialah Al-Razi (865-925 Masihi) yang lahir beberapa tahun kemudiannya di mana beliau membuat pengkelasan kepada sebatian kimia. Ibnu Sina (980-1037 Masihi) menerangkan lebih daripada 760 ciri ubat-ubatan. Yaqub al-Kindi (801-873 Masihi) meneroka ilmu fizik, khususnya dalam bidang optik. Al-Biruni (973-1050 Masihi) menulis lebih daripada 150 buku dalam pelbagai bidang sains seperti kosmologi, sejarah, geografi, fizik, kimia, geologi dan biologi. Ibnu al-Nafis menemui sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Ibnu al-Haitham (965-1039 Masihi) menerangkan struktur dan fungsi beberapa bahagian mata manusia dan menyumbang kepada ilmu optik. Ibnu al-Jahiz mencatatkan perpindahan burung yang berlaku secara bermusim. Al-Khuwarizmi (meninggal dunia 863 Masihi) pula dikenali di seluruh dunia dengan buku pertamanya mengenai al jabar (kini dikenali sebagai algebra).Kesimpulannya, perkembangan ilmu dan penghormatan yang diberikan kepada golongan ilmuwan menyebabkan tamadun Islam mudah tersebar ke seluruh dunia. Malah, sebahagian penemuan sarjana Barat yang terkenal kini adalah hasil palagiat/ciplak daripada usaha kajian sarjana Islam. Hakikatnya, Islam dahulu yang menjana pembangunan sains dan teknologi kerana ilmu itu tidak pernah dipisahkan daripada ilmu yang berhubung dengan ketuhanan, adab dan akhlak, etika dan moral, serta pembangunan dunia keseluruhannya. Namun kita ditaqdirkan untuk menjadi umat yang tidak mengetahui latar belakang sejarah Islam dan tokoh-tokohnya.Kita lebih arif dengan tokoh-tokoh pencipta dari Barat, di mana ilmu-ilmu mereka perolehi daripada kebangkitan Islam di Andalus, Sepanyol. Malangnya umat Islam hari ini jika mereka longlai dengan keagungan agama Islam, sedangkan Islamlah yang telah mengangkat martabat keilmuan manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Adapun kehebatan-kehebatan ciptaan sains yang hadir saat ini adalah tempias mukjizat yang dipancarkan melalui keagungan al Quran. Sebelum kedatangannya (al Quran) manusia hanya mampu mencipta bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi serta alat-alatannya, roda, pisau dan sebagainya. Namun setelah kedatangan al Quran, manusia mula mengetahui fungsi-fungsi galian yang terdapat dari bumi. Siapa yang berusaha keras mengkajinya? Para Ilmuan Islam silam... & then Ilmuan Barat menciplaknya (xkisahlah coz itu usaha mereka jugak)... dan mana umat Islam sekarang? Umat Islam dimomokkan dengan kehebatan dan kewibawaan Barat, tetapi mereka lupa warisan ilmu mereka diperolehi daripada kajian mereka terhadap al Quran. Wahai umat, kembalilah kepada al Quran!!!