Review Filem - SUMO-LAH

Media_httpbp1bloggerc_sijjs
* Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 22 Februari 2007*Persatuan Restoran Sushi Kuala Lumpur akan menganjurkan pertandingan tahunan mereka iaitu Sumo ‘Underground’. Boleh Sushi merupakan pasukan sushi tak ternama adalah peserta runners-up tahun lalu kekurangan seorang peserta selepas kehilangan tukang masak mereka, Hasan. Mereka harus mencari pengganti secepat mungkin, dan secara kebetulan mereka berjumpa dengan Ramlee. Apakah yang akan terjadi bila seorang lelaki Melayu yang baran dan tiada keyakinan hidup dipaksa menyertai dunia sumo yang terkenal dengan penuh cabaran? Cerita ini mengisahkan tetang seorang lelaki yang tidak ‘bermaya’ bernama Ramlee (Afdlin Shauki) yang tidak mampu melakukan sesuatu kerja dan bekerja untuk tempoh masa yang lama. Sikapnya ini telah mengecewakan ibunya (Kartina Aziz). Dalam keadaan tiada pekerjaan dan kesempitan wang, Ramlee tekad untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pemilik restoran Boleh Sushi, Honda (Patrick Teoh) iaitu ‘Makan Sushi Sebanyak Mana Yang Anda Boleh Makan Secara Percuma’ dan pertandingan itu dalam tempoh masa tertentu sahaja.
Media_httpbp0bloggerc_adffh
Dalam keadaan yang sangat lapar dan tertekan dengan perjalanan hidupnya, Ramlee menyertai pertandingan itu dan akhirnya kalah. Sebagai syarat di atas kekalahan itu, Ramlee bekerja dengan Honda di restoran itu untuk menebus kekalahan itu. Maka Ramlee menjadi pekerja Restoran Boleh Sushi bersamasama dengan Haris (Awie) dan Andy (Radhi Khalid). Ramlee juga terpikat kepada anak gadis Honda yang cantik, Siti (Inthira Charoenpura) yang memilik darah kacukan Jepun dan Melayu. Selepas detik itu, barulah Ramlee mempelajari erti kehidupan selepas mendapat kerja, rakan-rakan dan keluarga yang baik.
Suatu hari, Ramlee sedar bahawa salah satu daripada tugasnya ialah dia harus menyertai ‘Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championship’ yang dianjurkan oleh semua pemilik restoran sushi tempatan yang dimiliki oleh local Japanese.
Media_httpbp3bloggerc_goygd
Ketika Ramlee menyertai perlawanan persahabatan, Akira (Gurmit Singh), iaitu bekas kekasih Siti telah memperlekehkan Ramlee di khalayak ramai. Ini berlaku selepas Ramlee mendapati dia telah diperangkap supaya bekerja dengan Boleh Sushi kerana Honda terdesak untuk mencari ahli ketiga untuk pasukan sumo mereka.
Ramlee terpaksa membuat pilihan – samada untuk menyertai dan berjuang untuk Boleh Sushi dalam kejohanan itu atau meninggalkan keluarga barunya itu. Lalu, dia mengambil keputusan untuk menyahut cabaran dan mula berlatih dengan ahli-ahli kumpulan itu untuk kejohanan besar tersebut. Ramlee juga mempelajari maksud perkataan ‘nokotta’ – jangan berputus asa, pertandingan masih belum berakhir. Dia mengerti bahawa apa jua keputusan, penghormatan dalam pertandingan adalah perlawanan yang baik dan telus. Maka, cabaran Ramlee adalah untuk mengabaikan ssmua alas an yang telah dia buat sebelum ini dan terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir, tak kira apa jua yang berlaku. *Mari kita saksikan buah tangan Afdlin Shauki. Semoga anda seronok menonton cerita ini.  

Anakku dan pokok epalnya

Media_httpbp3bloggerc_bcgkf
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu. Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan. CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Kesihatan Optimum Penghidap Asma

Oleh: DR. RAJBANS SINGHASMA merupakan penyakit kronik atau gangguan respiratori yang menjejaskan saluran pernafasan anda, iaitu tiub yang membawa udara keluar dan masuk ke paru-paru anda. Sesetengah daripada perkara-perkara paling biasa yang mendatangkan simptom-simptom asma termasuk senaman, alergen, pencemaran udara, perengsa dan jangkitan virus. Penghidap asma mengalami batuk yang berterusan, berdehit, sesak dada dan kesukaran bernafas. Walaupun asma menjejaskan kehidupan pada semua peringkat umur, ia paling sering berlaku pada peringkat zaman kanak-kanak. Lebih ramai budak lelaki menghidap asma berbanding budak perempuan, tetapi pada peringkat dewasa, ia menjadi terbalik di mana lebih ramai wanita yang menghidap asma berbanding lelaki. Ketika zaman kanak-kanak, Sarah (bukan nama sebenar) menghidap asma. Ibu bapanya sering mengejarkannya ke wad kecemasan apabila mereka mendapati beliau tidak bernafas atau bergelut untuk bernafas. Batuk, berdehit dan sesak dada menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya. Kemudian anak yang sakit itu mula melakukan senaman ringan dan pada usia 13 tahun, simptom-simptom tersebut lenyap. Tetapi, pada usia 42, sebagaimana pantas simptom-simptom itu lenyap sewaktu usia remaja, ia tiba-tiba muncul semula dan Sarah tidak tahu di mana silapnya. Beliau kembali bergantung pada alat sedutnya. Beliau berasa ini disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk, diet yang teruk, ketegangan kerja dan kurang bersenam. Bertekad untuk menjalani hidup yang lebih berkualiti, beliau mendapatkan seorang jurulatih peribadi yang mengembalikan beliau kepada kehidupan yang sejahtera. Dalam masa setahun, semua simptom itu lenyap dan kini pada usia 61, penyakit asma Sarah dapat dikawal dan beliau benar-benar sihat. Asma tidak boleh dicegah atau disembuhkan, tetapi kebanyakan orang dengan asma boleh mengawalnya sehingga mereka mempunyai simptom yang sedikit dan jarang-jarang serta boleh menjalani hidup yang normal dan aktif. Senaman adalah penting untuk penghidap asma tetapi mulakannya dengan berjalan atau berenang yang boleh membantu mengembangkan paru-paru. Diet adalah komponen penting untuk penghidap asma, terutama jika mereka mengambil steroid. Diet yang sihat termasuk makanan dari setiap kumpulan (karbohidrat, protein dan lemak) boleh memperbaiki sesetengah kesan pemakanan akibat terapi steroid. Jika diambil untuk tempoh yang lama, steroid boleh meningkatkan risiko osteoporosis. Oleh itu adalah penting untuk mengambil suplemen kalsium. Untuk mencegah kesan sampingan yang lain, hadkan penggunaan garam dan makanan yang tinggi kandungan natrium serta mengurangkan jumlah kolesterol dan lemak dalam diet anda. Penghidap asma masih boleh menjalani hidup normal tetapi anda perlu tahu apa yang mencetuskannya. Kemudian lakukan apa yang anda boleh untuk mengelak atau mengehadkan pengambilan benda-benda itu. Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat memberikan petua-petua berikut: * Jika bulu haiwan adalah satu masalah, pastikan haiwan kesayangan anda berada di luar rumah atau sekurang-kurangnya di luar bilik tidur anda * Jangan merokok atau membenarkan perbuatan merokok dalam rumah anda * Jika debunga memberi kesan kepada anda, duduk dalam rumah dengan penyaman udara terpasang, jika boleh, apabila jumlah debunga adalah tinggi * Untuk mengawal hama habuk, cuci cadar, selimut, sarung bantal, dan barang mainan lembut seminggu sekali dalam air panas. Anda boleh mendapatkan sarung kalis habuk yang khas untuk tilam dan bantal anda * Jika anda mempunyai simptom-simptomnya ketika bersenam atau melakukan rutin aktiviti fizikal seperti menaiki tangga, bincang dengan doktor anda untuk mencari cara-cara menjadi aktif tanpa mendapat simptom-simptom asma. Aktiviti fizikal adalah penting * Jika anda alah terhadap bahan sulfat, elakkan makanan seperti buah-buahan kering atau minuman (seperti wain) yang mengandunginya. Dr. Rajbans Singh merupakan seorang pakar perunding perubatan.

Cara-Cara Untuk Melajukan 'Surfing' Firefox

Media_httpbp3bloggerc_imhre
Pengenalan Ringkas - Mozilla Firefox - juga dipanggil 'Firefox' - secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain? p/s - sumber fakta daripada http://erzwan.com/firefox/smartsection.item.3/asas.html, sumber tip daripada tok ketua sendiri - http://www.webkl.net/postt243171.html Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain - Internet Explorer pun boleh - tanpa perlu menghadi sebarang masalah. Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan. "Ok" anda jawab, "Saya malas...kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox - kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?" Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, Tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tamabahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di'customize' dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer. Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia meruapan aplikasisumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang 'vulnerability' yang ingin 'exploit' secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang. Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox. - Credit to Tok_Aslim. kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti... 1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----> about:config 2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300 kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0 kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config 1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut network.http.pipelining network.http.proxy.pipelining network.http.pipelining.maxrequests 2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya - network.http.pipelining - true network.http.proxy.pipelining - true network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai) 3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut ---> nglayout.initialpaint.delay set kepada 0 dan kita restart firefox (tutup dan buka semula) kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba kata tok .. timakasih tok!

Aditif Makanan - Apa Yang Perlu Anda Tahu

Media_httpbp3bloggerc_quabf
Baru-baru ini saya telah menghadiri sebuah seminar kesihatan dan antara yang diperkatakan pada hari itu ialah tentang ADITIF MAKANAN. Apa itu Aditif Makanan?. Sebelum ini saya tidak pernah dengar perkataan ini. Aditif Makanan adalah Bahan yang ditambah dengan sengaja ke dalam makanan bagi tujuna memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, konsistensi, rupa, perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral. Ianya juga mempunyai fungsi teknologi semasa penyediaan atau ketika pemprosesan makanan.Salah Faham Terhadap Aditif Makanan? Bagi sesetengah orang, mereka percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu, ia seharusnya diharamkan penggunaanya. Dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimi" tidak mempunyai maksud udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi seperti:- a. Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada tumbuhan. b. Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur. c. Aditif semulajadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin c sebagai antioksida, agar daripada rumpai laut sebagai penstabil dan sebagainya. Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet seimbang. Sejak Bila Aditif Makanan Digunakan dan Kenapa? Telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu dimana, aditif makanan ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara untuk membantu mengawetkan , menyedapkan, mencampur, memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita juga telah menggunakan garam sebagai pengawet daging dan ikan serta rempah ratus untuk menyedapkan makanan. Sementara itu, kuning telur digunakan untuk tujuan mengadun air dan minyak, cuka serta gula pula digunakan sebagai pengawet buah-buahan dan membuat jeruk. Apakah Jenis-Jenis Aditif Makanan Dan Kegunaannya? Senarai berikut adalah memberi penjelasan ringkas berhubung kumpulan aditif makanan seperti yang dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, berdasarkan fungsi dan kegunaannya. a. Bahan Pengawet Bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan ragi bagi meningkatkan jangka hayat makanan tersebut. Antara bahan pengawet tradisi yang digunakan secara meluas dalam industri makanan adalah seperti gula, cuka dan garam. Selain itu, bahan pengawet dapat membantu melindungi pengguna daripada mikroorganisma yang menyebabkan keracunan makanan. b. Bahan Pewarna Pewarna menjadikan makanan lebih menarik dan membantu merangsangkan selera makan. Biasanya dalam proses pengawetan, wrana asal makanan akan hilang. Telah menjadi amalan pihak pengilang untuk memperbaiki penampilan produk mereka. Kebanyakan pewarna makanan diperolehi daripada bahan semulajadi. c. Bahan Perisa/ Penambah Perisa Herba dan rempah telah digunakan sejak berkurun yang lalu untuk menambahkan perisa makanan. Di dalam industri makanan, banyak perisa samada bahan perisa semulajadi atau bahan perisa serbasama bahan asli, biasa ditambah dalam kuantiti yang sedikit. Ini termasuk penambah perisa, monosodium glutamat (MSG) yang digunakan dalam makanan seperti sup kering, stok sup, sos dan lain-lain. d. Antipengoksida Apabila makanan yang mengandungi lemak atau minyak terdedah kepada udara untuk satu jangka masa yang lama, oksigen yang hadir di atmosfera akan menjadikan makanan tersebut tengik kecuali antipengoksida digunakan. Disamping membantu mengekalkan kesegaran makanan, antipengoksida juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan kandungan vitamin terutamanya vitamin A. e. Kondisioner Makanan Kondisioner makanan adalah bahan yang ditambah pada makanan bagi maksud teknologi untuk mendapatkan makanan yang diinginkan. Ini termasuk:- * Pengemulasi dan penstabil :- Pengemulasi digunakan untuk mengadun dengan seragam bahan seperti minyak dan air yang pada kebiasaannya berasingan. Sementara penstabil Kedua-dua digunakan dalam produk seperti sapuan rendah lemak, aiskrim, mayonis dan sos. Sesetengah pengemulasi dan penstabil juga berfungsi sebagai pemekat. Tanpanya produk makanan dengan nilai pemakanan yang diinginkan seperti sapuan rendah lemak tidak boleh dihasilkan. Note: sumber yang diperolehi ialah daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Indahnya Hidup Bila Saling Ambil Peduli

Media_httpbp3bloggerc_fscnu
Allah menjadikan setiap orang manusia dalam keadaan mempunyai kekurangan dan kelebihan. Tujuannya supaya manusia saling ambil peduli, bela-membela dan sokong-menyokong.Allah juga menggilirkan susah senang dan jatuh bangun silih berganti. Malah kedudukan, peranan dan tugas setiap orang dari kita juga berbeza-beza. Dari situ kita saling bergantung dan saling memerlukan. Lihat saja bagaimana berlakunya saling bergantung ini pada anggota tubuh manusia. Kepala, badan, tangan, kaki dan segala tulang serta sendi saling bergantung untuk membolehkan kita berjalan, berlari, buat kerja dan sebagainya. Pancaindera mata, telinga dan hidung saling membantu untuk menstabilkan seluruh tubuh. Organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, hati, saluran darah dan lain-lain turut sokong-menyokong untuk membolehkan tubuh sihat dan mampu berfungsi dengan normal. Jari-jemari juga saling membantu untuk melakukan pelbagai tugas yang berbeza - untuk memegang, menggenggam, menunjuk, menguis, merasa, menumbuk, menjentik dan sebagainya. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mengumpamakan kasih sayang, persaudaraan dan belas kasihan antara orang-orang Mukmin itu seperti tubuh yang satu. Apabila satu anggota tubuh ditimpa sakit dan demam maka seluruh tubuh akan turut merasa sakit dan demam. Walaupun masing-masing ada kekurangan, kehidupan dalam keluarga dan masyarakat akan jadi sempurna bila hidup bersepadu dan sokong-menyokong: yang kaya bantu yang miskin, yang kuat bantu yang lemah, yang pandai bantu yang kurang pandai, yang tahu bantu yang tak tahu, yang berkemahiran bantu yang kurang kemahiran, yang di atas bantu yang di bawah, yang sihat bantu yang sakit. Inilah yang menjadikan indahnya kehidupan dan semua ini hanya akan berlaku jika ada sikap saling ambil peduli dan prihatin (caring). Dalam Islam, perkara-perkara ini memang ditekankan kerana Islam itu sendiri adalah ajaran kemasyarakatan. Islam menekankan perlunya sikap ambil peduli bermula dari sesama ahli keluarga, kaum kerabat, jiran-jiran, masyarakat dan negara hinggalah kepada peduli umat.

Piala Malaysia 2007

Pada tahun ini oleh kerana negara menganjurkan Piala Asia 2007, maka pertandingan Piala Malaysia dimulakan pada awal tahun, serentak dgn game liga, tidak seperti yang lazimnya selepas liga habis baru mula P.M. ni ..Semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertainya .. termasuk 2 pasukan kelab uniform: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) & Polis DiRaja Malaysia (PDRM) .. dan tambahan 2 kelab terbaik liga Malaysia tahun lalu .. iaitu Telekom Melaka FC dan Johor FC. Namun DPMM Brunei tidak dapat menyertai Piala Malaysia lantaran FAM berpendapatan juara Piala Malaysia 1999 tersebut sekarang diwakili oleh pasukan berstatus kelab sahaja. Kumpulan A Johor FC Johor Pasir Gudang Kuala Lumpur Perlis SELANGOR Telekom Melaka FC Kumpulan B ATM Kelantan Melaka Negeri 9 NAZA Pulau Pinang Terengganu Kumpulan C Kedah Pahang PDRM Perak Sabah Sarawak 2 pasukan teratas akan layak ke peringkat suku akhir .. dan tambahan 2 pasukan yg menduduki tempat ketiga terbaik kumpulan memasing.
 
Statistik Piala Malaysia Juara bertahan 2006 - Perlis (layak final 3 kali berturut-turut [2004,2005,2006]) Juara terbanyak - Selangor (30 kali juara tambah 2 kali Juara Bersama Singapura) Juara edisi pertama Piala Malaya - Singapura (1921) Juara Piala HMS Malaya piala baru - Singapura (1933) Juara selepas Perang Dunia Kedua - Negeri Sembilan (1948) Juara Piala Malaysia piala baru edisi pertama - Perak (1967) Juara hatrik 3 tahun berturut kali pertama - Singapura (1923-1924-1925) Pasukan yang pernah juara hatrik - Selangor & Kuala Lumpur Pasukan bersatus kelab pertama juara - MPPJ Selangor (2004) Singapura layak ke finale 20 tahun berturut2, Juara 14 kali & naib juara 16 kali. (tahun 1921-1941) Singapura juara pertamakali sebagai negara tahun 1965, setelah keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun yg sama. Singapura juga juara kali terakhir 1994 sebelum menubuhkan Liga Singapura pada 1995.
Masa tambahan pertama dalam finale - 1977 Singapura 2-2 Penang .. after extratime Singapura 3-2 Penang. Gol emas pertama perlawanan akhir - Selangor 1-0 Pahang (1995) Gol emas terakhir perlawanan akhir - Selangor 1-0 Sabah (2002) [sekarang gol emas telah dimansuhkan oleh FIFA] Penalti pertama perlawanan akhir - Selangor 0-0 Sabah, penalti 5-4 (1996) Dua pasukan berkongsi juara - Selangor & Singapura kali pertama 1928 & kali terakhir 1929. Pasukan yang sekadar naib juara aje - Sabah, ATM, Kelantan, Sarawak. Pasukan yang belum masuk final lagi - Melaka, PDRM & lain2 kelab. Allahyarham Mohktar Dahari membantu Selangor juara 10 kali (1972-1986) Penjaring terbanyak finale - Abdul Ghani Minhat dgn 4 gol (1961) Penjaring-penjaring hatrik finale - Ghani Minhat, Selangor 4 gol (1961), S.Thanabalan, Selangor (1968), Ervin Boban, Johor (1991), Abbad Saad, Singapura (1994), Juan Manuel Aristegui, MPPJ (2003), Bambang Pamungkas, Selangor (2005). Jaringan terbanyak finale - 10 goal, Singapura 8-2 Selangor (1933) Jurulatih import memimpin pasukan juara 3 kali - Ken Worden, Selangor - (1995,1996,2002) Pemain import membantu pasukan juara hatrik - Mehmet Durakovic, Selangor (1995,1996,1997) Tahun 1964 Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama dimana Singapura menang menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir. Gelanggang finale sebelum pembinaan Stadium Merdeka - Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh Jalan Rifle Range (Singapura) Jalan Anson (Singapura). Tahun 1994 - 1997, Stadium Shah Alam (kapasiti 80 ribu) menjadi venue finale. 1998 - 2007, Stadium Nasional Bukit Jalil, KL (kapasiti 100 ribu) menjadi venue finale rasmi. Pemenang Piala Malaysia/Piala Malaya 1921 Singapore 2-1 Selangor [Oct 1, 1921] 1922 Selangor 3-2 Singapore 1923 Singapore 2-1 Perak 1924 Singapore 1-0 Selangor 1925 Singapore 2-1 Selangor [first final played in Singapore] 1926 Perak 1-0 Singapore 1927 Selangor 8-1 Singapore [also reported 8-2] 1928 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared] 1929 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared] 1930 Singapore 3-0 Selangor 1931 Perak 3-1 Singapore 1932 Singapore 5-3 Selangor Piala HMS 1933 Singapore 8-2 Selangor 1934 Singapore 2-1 Penang 1935 Selangor 3-2 Singapore 1936 Selangor 1-0 Singapore 1937 Singapore 2-1 Selangor 1938 Selangor 1-0 Singapore 1939 Singapore 3-1 Selangor 1940 Singapore 2-0 Kedah 1941 Singapore 2-1 Penang 1942 not played 1943 not played 1944 not played 1945 not played 1946 not played 1947 not played 1948 Negeri Sembilan 2-2 Selangor [also reported 1-1] repeat Negeri Sembilan 2-1 Selangor 1949 Selangor 3-2 Tentera [aka Army/Navy] 1950 Singapore 2-0 Penang 1951 Singapore 6-0 Perak [also reported 6-1] 1952 Singapore 3-2 Penang 1953 Penang 3-2 Singapore 1954 Penang 3-0 Singapore 1955 Singapore 3-1 Kelantan 1956 Selangor 2-1 Singapore 1957 Perak 3-2 Selangor 1958 Penang 3-3 Singapore rep Penang 3-1 Singapore 1959 Selangor 4-0 Perak 1960 Singapore 2-0 Perak 1961 Selangor 4-2 Perak 1962 Selangor 1-0 Penang 1963 Selangor 6-2 Penang 1964 Singapore 3-2 Perak [also reported 6-0] 1965 Singapore 3-1 Selangor 1966 Selangor 1-0 Tentera Piala Malaysia 1967 Perak 2-1 Singapore 1968 Selangor 8-1 Penang 1969 Selangor 1-0 Penang 1970 Perak 2-0 Kelantan 1971 Selangor 3-1 Perak 1972 Selangor 3-0 Perak 1973 Selangor 2-1 Terengganu 1974 Penang 2-1 Perak 1975 Selangor 1-0 Singapore 1976 Selangor 3-0 Singapore 1977 Singapore 3-2 Penang [aet] 1978 Selangor 4-2 Singapore 1979 Selangor 2-0 Singapore 1980 Singapore 2-1 Selangor 1981 Selangor 4-0 Singapore 1982 Selangor 1-0 Terengganu 1983 Pahang 3-2 Selangor [aet] 1984 Selangor 3-1 Pahang 1985 Johor 2-0 Federal Territory 1986 Selangor 6-1 Johor 1987 Kuala Lumpur 1-0 Kedah 1988 Kuala Lumpur 3-0 Kedah 1989 Kuala Lumpur 2-1 Kedah 1990 Kedah 3-1 Singapore 1991 Johor 3-1 Selangor 1992 Pahang 1-0 Kedah 1993 Kedah 2-0 Singapore 1994 Singapore 4-0 Pahang 1995 Selangor 1-0 Pahang [asdet] 1996 Selangor 1-1 Sabah [asdet, 5-3 pen] 1997 Selangor 1-0 Pahang [asdet] 1998 Perak 1-1 Terengganu [asdet, 5-3 pen] 1999 Brunei 2-1 Sarawak 2000 Perak 2-0 Negeri Sembilan 2001 Terengganu 2-1 Perak 2002 Selangor 1-0 Sabah [asdet] 2003 Selangor MPPJ 3-0 Sabah 2004 Perlis 1-0 Kedah 2005 Selangor 3-0 Perlis 2006 Perlis 2-1 Negeri Sembilan Pemenang berapa kali 32 Selangor (2 shared) 24 Singapore (2 shared) 7 Perak 4 Penang 3 Kuala Lumpur 2 Johor Kedah Pahang Perlis 1 Negeri Sembilan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ Selangor) Brunei Terengganu

Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya

Media_httpbp3bloggerc_hczqq
Sepetang yang Mendebarkan di Antrim"Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan Imam.", Abdellah menahan saya di pintu masjid selepas Solat Asar. "Waalaikummussalaam. Insya Allah semampu yang mungkin, saya cuba membantu. Apa masalahnya, brother?", saya berhenti sambil merenung langit yang gelap dipintas awan mendung. "Saya mahu mengajak Imam ke rumah saya. Saya harap Imam dapat membantu abang saya.", jawab Abdellah. Beliau merupakan salah seorang jamaah yang bersolat di masjid kami. "Eh saya tak pernah tahu pun yang kamu ada adik beradik di sini. Kenapa dengan abang kamu?", saya agak terkejut kerana biasanya Abdellah hanya kelihatan bersama kawan-kawannya sahaja. "Ya, dia sudah lama di Belfast. Sekarang ni dia semacam ada masalah. Sentiasa berkurung di dalam bilik. Selalu menangis dan kadang-kadang menjerit tak tentu hala hingga menakutkan kami.", Abdellah menjelaskan kepada saya. Kerut dahinya memahamkan saya bahawa permintaannya mesti saya penuhi. "Mungkin dia kena rasuk jin agaknya, Imam!", ujarnya lagi. "Hmm, saya tidak pandai dan tiada pengalaman dalam hal ini. Tetapi kita tawakkal sahaja kepada Allah. Bila kamu mahu saya ke rumah kamu?", saya bertanya. "Sekarang!", Abdellah menarik tangan saya menuju ke keretanya. Belfast Lough sentiasa sibuk dengan kapal dan feri. Perjalanan ke Antrim petang itu memakan masa hampir sejam. Pandangan mata saya terlepas jauh ke Belfast Lough yang sesekali ombaknya bergelora dipukul badai musim sejuk. Kelihatan sayup-sayup, kren Harland & Wolff (H&W) meratah usia tua selepas pernah gemilang membina kapal Titanic yang kononnya tidak mungkin dapat ditenggelamkan walau pun oleh Tuhan! Hati saya resah. Apakah yang bakal saya hadapi petang ini? Saya tidak mempunyai pengalaman menghadapi kes-kes merawat orang yang dirasuk jin. Terdetik juga rasa `sesal' di hati. Susahnya menjadi Imam di Belfast. Usia saya baru 26 tahun. Tetapi disebabkan oleh tugas saya sebagai Imam tunggal dan pertama di sini, saya terpaksa mengendalikan pelbagai tugas yang terlalu besar untuk `budak hingusan' seperti saya ketika itu. Ada yang datang mengadu masalah rumah tangganya kepada saya. Walhal ketika itu, saya baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Kebanyakan kes rumah tangga yang menyedihkan saya ialah apabila lelaki Muslim berbangsa Arab atau Pakistan berkahwin dengan perempuan Kristian, menggunakan peruntukan berkahwin dengan Ahli Kitab. Tetapi motifnya hanya satu, untuk mendapatkan kerakyatan Britain. Perempuan-perempuan ini sering ditinggalkan begitu sahaja, selepas 4 tahun perkahwinan, suami hilang bersama sekeping pasport Britain yang disangkakan lesen kebahagiaan dunia. Kepala saya berserabut menghimpun statistik. Abdellah memandu keretanya dengan tenang. Lebuhraya Belfast ke Antrim sesak dengan kenderaan orang ramai pulang dari tempat kerja masing-masing. Saya dan Abdellah tidak banyak berbicara. Masing-masing sedang tenggelam dalam fikiran yang berkecamuk. Seperti trafik di M2 pada petang itu. Hati saya semakin berdebar dan akhirnya, selepas melewati bulatan ke lapangan terbang, saya tiba di rumah Abdellah. Saya dipersilakan masuk oleh Abdellah ke dalam rumah. Nampaknya sangat cozy walaupun taste Arab masih dapat dikesan daripada perabut-perabutnya yang bercat kuning emas. "Ya Allah, aku gagahkan sahaja diri ini demi membantu hamba-Mu. Berilah aku perlindungan dan aku bertawassul dengan niatku yang mahu membantu hamba-Mu ini semata-mata kerana-Mu ya Allah", saya duduk di atas sofa. Cahaya rumah itu suram dan malap, seperti ahlinya. Abdellah membawa turun abangnya dari tingkat atas. Beliau diperkenalkan sebagai Ali. Saya terpaku melihat mukanya. Petang itu saya melihat wajah yang amat menggusarkan hati saya. Entahlah, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Semacam ada awan hitam yang menyelaputi mukanya sehinggakan mata saya rasa kurang berdaya untuk menatap wajah Ali. Air mukanya bercampur baur antara dendam, sedih dan marah. Keliru barangkali... "Assalamualaikum Brother Ali. Nama saya Abu Saif", saya menghulurkan tangan.Ali menyambut lemah. Semacam ada kedinginan padanya menerima kedatangan saya. "Izinkan saya untuk membantu. Saya tidak punya apa-apa namun kita sama-sama mohon bantuan dari Kuasa di atas sana. Yang Sentiasa Memerhatikan kita.", saya cuba memulakan perbualan. Sepi. Ali tidak memberikan sebarang respon. Pandangan matanya banyak tertumpu ke lantai. "Ali, saya akan bacakan beberapa petikan ayat al-Quran perlahan-lahan. Kamu cuba ikut saya pada mana-mana ayat yang kamu tahu.", saya memohon kerjasamanya. Abdellah menepuk-nepuk belakang abangnya agar menurut arahan saya. "Kami mohon perlindungan dengan-Mu ya Allah, dari syaitan yang terkutuk lagi tercela. Aku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih...", saya memulakan bacaan. Saya yakin, ayat-ayat dan zikir yang saya amalkan dari himpunan al-Ma'thurat, adalah bekalan terbaik yang boleh saya gunakan. Apakah ada yang lebih baik daripada apa yang menjadi amalan dan kebiasaan Nabi SAW sendiri? Saya membaca dari satu petikan surah ke surah yang lain. Kadang-kadang pada ayat yang saya rasakan penting untuk di'rasa' maknanya, saya ulang ia beberapa kali. Saya nampak ada sedikit perubahan di wajah Ali. Kalau tadinya, wajah beliau seakan-akan tiada perasaan, mula terbit kemerah-merahan di bawah matanya. Tangannya sedikit ketar dan tiba-tiba, matanya menumpahkan tangisan seperti anak kecil yang merengek kelaparan. Saya meneruskan bacaan sambil menepuk-nepuk belakang tangannya yang saya genggam. "Sabar ya akhi. Mintalah bantuan dari Allah. Kita ini hamba-Nya.", saya cuba menyabarkan Ali. Air matanya terus turun melimpah-limpah. Ketika sampai kepada firman Allah di penghujung surah al-Baqarah, saya berhenti seketika... "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hitung kami sebagai bersalah, jika kami lupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap mereka yang kufur terhadap-Mu". Bibir Ali terkumat kamit seakan-akan cuba mencari kembali ingatannya kepada ayat yang saya bacakan itu. Beliau merenung mata saya semacam memberitahu bahawa di hadapan saya ada seorang manusia yang sedang tenggelam di pusar air. Bagai terbaca di matanya jeritan meminta pertolongan. Saya sedih... Tidak banyak yang saya lakukan petang itu. Hanya al-Ma'thurat yang menjadi bekal. Selepas kami berdoa, Ali bangun dan naik ke tingkat atas rumah. Sendunya masih terdengar sayup-sayup di bilik atas. "Terima kasih Imam atas pertolongan kamu!", kata Abdellah. "Brother, janganlah berterima kasih kepada saya. Saya tidak berbuat apa-apa. Apa yang saya buat, hanyalah membacakan kembali kepada abangmu kata-kata Tuhannya yang mungkin sudah lama dia tinggalkan. Abangmu Ali bersolat?", saya cuba mencungkil asal usul masalah yang membelenggu ahli rumah itu. "Tidak. Tidak pernah saya melihat dia bersolat. Kami tiba ke Belfast dari Algeria sudah lebih 4 tahun yang lalu. Abang saya nampaknya semacam terkena kejutan budaya. Dia tidak pernah solat, tidak pernah ke masjid, dia minum arak, malah...", saya memberhentikan kata-kata Abdellah. "Tak apalah saudaraku. Kesilapan-kesilapan yang lalu biarkan ia berlalu. Bak kata orang Arab, wa maa faaata faat, wa man maata maat. Yang sudah lepas, biarkan ia berlalu, yang telah mati, biarkan ia mati. Mulakan sahaja hidup baru", saya tidak mahu keaiban Ali diceritakan kepada saya. Saya mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan Abdellah bahawa jasad fizikal kita mungkin tidak terasa dengan dosa. Tetapi hati, roh dan jiwa kita terseksa. "Roh kita asalnya `dekat' dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah.", saya menamatkan bicara di situ. Jam di tangan sudah menunjukkan tepat jam 5 petang. Waktu Maghrib sudah pun masuk dan saya mengajak Abdellah bersolat jemaah bersama. Beliau cuba mengajak abangnya sama tetapi Ali enggan turun. "Dia menyuruh kita bersolat dulu, Imam", kata Abdellah kepada saya. "Tak apa, Insya Allah kita berbaik sangka. Mudah-mudahan hatinya terbuka untuk kembali bersolat.", saya tersenyum dan Abdellah mengangguk setuju. Jumaat itu, Ali muncul di masjid buat kali pertama semenjak beliau tiba di Belfast. Saya sempat melemparkan senyuman kepadanya ketika menyampaikan khutbah. Segala puji bagi-Mu ya Allah. Tuhan yang lebih suka Mengampunkan hamba-Nya daripada Mengazab mereka. Kisah ini muncul semula di fikiran saya, ketika saya, Muna dan Saif berkunjung ke Istanbul pada Disember 2003. Ketika azan dilaungkan, tiba-tiba hati saya menjadi pilu dan timbul rasa hairan di fikiran saya..., "apakah yang ganjilnya ini?" Barulah saya tersedar, sudah lebih 3 tahun saya tidak mendengar kalimah Tauhid berkumandang di udara. Walaupun di masjid, ada azan yang dilaungkan, namun ia hanya di dalam kawasan masjid. Perasaan menghayati dan mendengar puji puja kepada Allah berkumandang di seluruh ruang udara, adalah terlalu indah. Allah, selama ini tidak pernah saya sedari, bahawa di dalam jiwa saya berlaku suatu kekosongan. Rindu kepada laungan azan berkumandang di udara, tidak saya sedari sehinggalah seribu menara masjid di Istanbul membelah langit dengan kalimah yang mengagungkan Ilahi. Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri... Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa `dekat' dengan Allah... Dekatilah masjid wahai anak perantau!  

Masjid al-Aqsa Diancam Zionis Kristian

Media_httpbp1bloggerc_zhjjm
Ketika umat Islam sedunia memuncak berang terhadap usaha Rejim Zionis merobohkan sebahagian daripada pintu Magharibah, Rejim Zionis telah membuat helah. Usaha merobohkan pintu tersebut dan juga ruang jalan menuju ke pintu berkenaan dianggap sebagai usaha menyelamatkan keadaan.Menurut dakwaan mereka, kawasan pejalan tersebut telah retak dan ditakuti akan roboh. Mereka juga menempelak kaum muslimin yang didakwanya sebagai emosional dan tidak rasional. Malang sekali bagi mereka apabila seorang pakar geologi Yahudi di Israel, Meir Ben Dove telah mendedahkan makar sebenar rejim berkenaan. Di dalam laporan oleh akhbar Haarezt berbahasa Yahudi di Israel beberapa hari selepas peristiwa pintu Magharibah, Ben Dove telah membentangkan perkara tersebut di dalam satu mesyuarat khas di knesset Rejim. Beliau yang juga merupakan penulis buku "In the Shadow of the Temple" dengan tegas mendedahkan makar pihak yang bertanggungjawab di sebalik usaha perobohan berkenaan. Tujuan utama mereka menurut Ben Dove, adalah untuk membina kawasan sembahyang untuk wanita Yahudi di Tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa (Tembok Meratap). Usaha berkenaan juga bertujuan untuk menukarkan kawasan solat kaum Muslimin kepada tempat ibadat kaum Yahudi. Langkah Rejim Zionis ini bukanlah baru. Tujuan segala usaha dan kerja mereka berkaitan dengan Masjid al-Aqsa juga sememangnya mempunyai agenda yang tetap dan jahat. Tujuan utama mereka adalah untuk merobohkan masjid dan menggantikannya dengan kuil Yahudi yang mereka panggil sebagai Haychal ataupun Beit HaMikdash. Sedikit demi sedikit usaha yang mereka lakukan akan berakhir dengan pembinaan kuil tersebut. Semenjak tahun 1967 lagi usaha tersebut telah berjalan. Bemula dengan perampasan tembok barat masjid yang ditukarkan menjadi "Kotel" ataupun tembok meratap, sehinggalah kepada apa yang berlaku hari ini. Menurut Grase Halsell di dalam artikel beliau "The Hidden Hand of the Temple Mount Faithful", dari tahun 1967 sehingga tahun 1990 sahaja, lebih kurang 100 kali percubaan menceroboh masjid al-Aqsa oleh tentera Rejim yang bersenjata telah berlaku. Dari tahun 1967 juga sehingga kini, Rejim juga bertanggungjawab menggali terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa. Di samping usaha ke atas masjid, mereka juga telah berusaha mengYahudikan kawasan kota lama Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Selain daripada merobohkan rumah-rumah warga Palestin, mereka juga telah membina penempatan-penempatan Yahudi di dalam kota berkenaan. Tujuan segala usaha dan kerja rejim Zionis berkaitan dengan Masjid al-Aqsa juga sememangnya mempunyai agenda yang tetap dan jahat. Di dalam buku "al-Aqsa di dalam Bahaya", penulisnya Maszlee Malik telah membawakan artikel-artikel mengenai usaha Rejim Zionis dan juga puak pelampau Yahudi untuk merobohkan masjid. Semua onar tersebut dijalankan secara tersusun, perlahan dan penuh strategi. Perampasan tembok Buraq (tembok meratap), perampasan kawasan penempatan kaum Muslimin di Magharebah, pembinaan lapangan kotel, penggalian terowong, pembinaan muzium di bawah masjid, pembinaan kuil Yahudi di dawah masjid, pengusiran rakyat Palestin dari kota lama Baitul Maqdis, perisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu kota abadi dan 1001 lagi usaha mereka untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dikemukan di dalam buku tersebut. Di dalam buku "Christian Zionism: Road-map to Armagedon", penulisnya, Stephen Sizer telah membawa dimensi yang menarik. Jika ramai yang marahkan kaum Yahudi Zionis di atas usaha jahat mereka, beliau pula menyalahkan kaum Kristian Zionis. Di dalam thesis PhD beliau yang kemudiannya dicetak menjadi buku tersebut, beliau telah membawa bukti-bukti yang menyokong pendapatnya. Peranan International Church Embassy Jerusalem (ICJ), Christian Friends of Israel (CFI), Jewish for Jesus (JFJ), Church's Ministry among Jewish People (CMJ), gereja Evengelist, tokoh-tokoh mereka seperti Jerry Falwell, Pat Robertson, Hal Lindsey, ahli-ahli politik seperti Ronald Reagen, Bush dan lain-lain lagi di dalam menyokong Rejim Zionis dan usaha mereka telah didedahkan. Usaha berterusan bantuan dari kumpulan-kumpulan tersebut untuk usaha membina kuil pun telah didedahkan secara terperinci dengan bukti-bukti yang kukuh. Menariknya, kesemua bukti-bukti tersebut bukanlah sesuatu yang dirahsiakan. Samada ianya di dalam bentuk penulisan seperti karya-karya Lindsey, LaHaye, ataupun di dalam majalah-majalah mereka, ataupun melalui program-program dan ceramah-ceramah di Televisyen Kristian di AS, kesemuanya bukanlah rahsia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah kepentingan kaum Kristian di sebalik pembinaan kuil "Haychal" tersebut. Bukankah Kristian lebih mementingkan gereja. Tidak cukupkah gereja "Nativity" di Baitul Maqdis yang dianggap sebagai salah satu tempat suci mereka? Tujuan utama mereka adalah untuk merobohkan masjid dan menggantikannya dengan kuil Yahudi yang mereka panggil sebagai Haychal ataupun Beit HaMikdash. Bagi mereka yang mempunyai persoalan sedemikian rupa, mereka masih belum mengenali siapakah Zionis Kristian ini. Di dalam buku Sizer, sepertimana juga di dalam tulisan-tulisan Micheal Prior dan juga Dan Sherbok, beliau telah memperkenalkan siapakah golongan Zionis Kristian. Mereka adalah sekumpulan penganut agama Kristian dari mazhab "Protestant". Mereka mempunyai aqidah "Doomsday" yang begitu diimani sehingga membezakan mereka dari mazhab-mazhab Kristian yang lain. Aqidah inilah yang telah membawa kaum Yahudi ke Palestin. Aqidah ini jugalah yang telah menubuhkan negara "Israel". Aqidah inilah yang telah mencorakkan dasar luar AS sejak dari penubuhan negara "Israel". Aqidah ini jugalah yang telah mencorakkan politik di Timur Tengah. Apakah aqidah tersebut? Mereka beriman bahawa menjelang hari kiamat, Jesus (Nabi Isa A.S.) akan muncul ke bumi ini. Beliau akan membunuh Anti-Christ dan akan membawa keamanan kepada dunia selama seribu tahun (The Happy Milleneum). Beliau juga akan mengkristiankan semua penduduk dunia. Namun, kedatangan beliau mempunyai syarat-syarat. Syarat pertama, Kaum Yahudi hendaklah berkumpul di bumi Palestin untuk membina negara mereka. Nabi Ibrahim di dalam kitab Perjanjian Lama yang berbunyi: “Unto thy seed will I give this land” (Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7. Dalam Genesis 13:15 pula, “tanah” yang dijanjikan itu diperincikan sebagai: “All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed for ever” (Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKu akan ku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan dengan Bethel. Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis 15:18 ada menyebutkan: “Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates”.(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates) Penubuhan negara tersebut tidak akan lengkap tanpa pembinaan kuil (Haychal) sepertimana ianya wujud di zaman Jesus dahulu. Sesudah itu mereka meramalkan peperangan besar akan berlaku di antara kaum Yahudi dan kaum Arab (Muslim). Peperangan besar tersebut dinamakan sebagai "Armagedon". Menurut aqidah mereka, kaum Yahudilah yang akan memenangi peperangan tersebut. Pada waktu itulah Jesus akan turun ke bumi dan akan mengKristiankan bangsa Yahudi. Selepas itu berlakukah keamanan dan kasih sayang di dunia selama seribu tahun. Kegilaan untuk merealisasikan aqidah ini bukanlah sesuatu yang rahsia. Bagi golongan Evangelist di AS, ianya menjadi misi "suci" mereka. Micheal Prior di dalam bukunya "Speaking The Truth" telah mendedahkan rancangan kumpulan tersebut. Evangelist tidak bersendirian, gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai misi Zionis seperti mereka turut bersikap pro-aktif. Selain daripada menguasai polisi luar AS terhadap rantau Asia Barat, mereka juga menyalurkan dana yang banyak kepada Rejim Zionis Israel untuk tujuan mengYahudikan Baitul Maqdis dan merobohkan Masjid al-Aqsa. Hubungan rapat kumpulan-kumpulan Zionis Kristian dengan kumpulan Ultra Ortodoks Yahudi di Baitul Maqdis bukanlah rahsia. Hal yang sama telah disinggung oleh Dan Sherbok penulis buku "The Politics of Apocalypse". Walaupun Rejim Zionis tahu bahaya yang akan timbul jika mereka melakukan sesuatu ke atas Masjid al-Aqsa, namun sokongan dan juga dana yang mereka terima dari kumpulan-kumpulan Zionis Kristian mengaburi itu semua. Pendokong-pendokong Zionis Kristian yang berjumlah lebih 100 juta di seluruh dunia itu dianggarkan akan menjadi sumber pelancongan yang amat lumayan bagi negara Rejim. Di atas dasar inilah mereka berterusan dengan polisi menindas kaum Arab Palestin agar meninggalkan kota Baitul Maqdis. Jika terbinanya kuil nanti, Rejim menjangkakan hasil dari pelancongan dan bantuan dari para penganut faham Zionis Kristian akan datang mencurah-curah. Ke manakah jugakah deklarasi Putrajaya oleh OIC berhubung Masjid al-Aqsa pada 16-17 Oktober di Putrajaya yang lalu ?
Media_httpbp2bloggerc_aqooh
Penggalian di bawah pintu al-Magharibeh dan juga pemusnahan jalan menuju ke pintu tersebut juga adalah sebahagian dari konspirasi ini. Rejim Zionis yang telah melakukan usaha secara perlahan tetapi berterusan amat licik di dalam memastikan perancangan mereka berjalan lancar. Semenjak tahun 1967 lagi, pelbagai usaha telah dilakukan. Peristiwa pintu Magharibeh ini hanyalah sebahagian daripada usaha-usaha mereka yang terdahulu. Penggalian terowong di bawah masjid, keretakan tembok masjid, perampasan tembok Buraq yang ditukarkan menjadi tembok meratap. Pembinaan muzium dan juga synagogue (tempat ibadat Yahudi) di lapis bawah masjid, proses membina penempatan Yahudi di Kota lama Baitul Maqdis, usaha merampas tanah umat Islam dan perobohan kawasan penempatan Arab. Perluasan kawasan tembok meratap, percubaan meletupkan al-Aqsa dan lain-lain usaha lagi. Kesemuanya menjurus kepada satu matlamat, iaitu untuk merobohkan masjid dan membina kuil. Lesemuanya adalah untuk menyambut "kedatangan Jesus". Kesemuanya merupakan usaha jahat kumpulan Zionis Kristian dengan usahasama Rejim Zionis Yahudi dan kumpulan Ultra Ortodoks Yahudi. Persoalannya, ke manakah umat Islam dan para pemimpin negara-negara Islam. Ke manakah jugakah deklarasi Putrajaya oleh OIC berhubung Masjid al-Aqsa pada 16-17 Oktober di Putrajaya yang berbunyi seperti berikut: "The Heads of State or Government, as the leaders of the Islamic Ummah,reaffirmed the centrality of the cause of Al-Quds Al-Sharif and Palestine to the entire Ummah. They reaffirmed that, as the first Qiblah and the third holy sanctuary, Al-Haram Al-Sharif and Al-Quds Al-Sharif, as blessed by God, shall forever remain Islamic. They stressed the necessity for Al-Quds Al-Sharif and its holy places to be under Palestinian sovereignty, paving the way for true freedom of worship by the believers of all three monotheistic religions and for a genuine reconciliation and lasting peace in the Middle East region". Dan kemudiannya di para ketujuh dinyatakan: " The Heads of State or Government reaffirmed their commitment to ensuring the sanctity, dignity and Islamic nature of Al-Haram Al-Sharif and striving for the sovereignty of Al-Quds Al-Sharif as the capital of the State of Palestine". Apakah para pemimpin umat Islam hanya mampu "mengutuk" dan "menyuarakan bantahan" semata-mata? Bilakah agaknya segala kutukan dan suara tersebut boleh diterjemahkan kepada tindakan? Atau, mungkin para pemimpin negara OIC perlu belajar daripada kumpulan-kumpulan Zionis Kristian bagaimana cara bertindak? Apakah di kala itu nanti, Masjid al-Aqsa hanya menjadi sejarah yang hanya akan dikenang lewat gambar-gambar di waktu silam? Apakah juga, mungkin anak-cucu kita akan melaknati kita kerana kelembapan umat Islam pada abad ini untuk mempertahankan Masjid ketiga suci, kiblat pertama dan juga bumi Israk dan Mikraj Rasulullah SAW? Segalanya di tangan kita! " *bukan semua mazhab kristian yang menyokong zionis. ada yang menentang ideology zionis yang diserapkan dalam mazhab protestant. . penulis artikel adalah Maszlee Malik