Ada Apa Dengan GAGAL
Ganjil, ada apa dengan GAGAL?
Kenapa Anda dan Saya sering GAGAL? Apa sebabnya? Mengapa mesti Anda dan Saya, bukan orang lain? Walau apa pun ia, GAGAL menjadikan kita semakin kuat. Dengan kegagalan, kita dah tahu di mana silapnya kita dan kita tahu kelemahan diri kita, sebab kita dah buat perkara yang menggagalkan. Itu tandanya Saya dan Anda sebenarnya tidak sempurna.. tetapi, kita mencuba untuk menjadi sempurna, bila GAGAL, kita tak dapat menerimanya kerana kita mahukan ia menjadi sempurna seperti yang kita jangkakan. Kita tidak memilih untuk gagal, tapi GAGAL memilih saya dan Anda. Tiada orang lain yang percaya dengan kebolehan Anda, hanya saya seorang. Jika orang lain tidak mahu mendegar keluhan hati Anda, saya sedia mendengarnya.Seperti Orang Lain, Saya dan Anda Juga Mempunyai Peluang Sama Rata Untuk Menggenggam Kejayaan.
Meski pun tujuan kita berbeza dan matlamat kita berbeza, tapi Saya dan Anda sama, kita pernah gagal.
Apa jua matlamat Anda, saya percaya Anda boleh mencapainya.
Biarpun anda pernah GAGAL dalam apa jua yang anda kerjakan, apa jua yang anda perjuangkan atau apa jua matlamat yang anda mahu realisasikan, terima hakikat anda telah GAGAL, lupakan ia, bangkit semula dan GO ON.
Jadikan ia sebahagian dari sejarah hidup dan satu penyuntik semangat untuk diri Anda. Nilai diri sedalam-dalamnya, apa kelebihan diri Anda. Kenal pasti di mana silapnya dan kemudian perbetulkan. Kalau tak menjadi juga, maknanya strategi yang digunakan salah, gunakan cara lain. Ada apa dengan GAGAL? Ia menemui Anda kerana jalan kejayaan telah berada di depan Anda.Ia akan beredar selagi anda terus berjalan menuju titik kejayaan di depan Anda itu. Yang penting, Anda perlu tahu ke mana mahu berjalan.
Cuma dengan beberapa langkah, Anda sudah berada di titik papan tanda kejayaan. GAGAL cemburu sebab tidak lama lagi anda akan berjaya. Sebab itu ia muncul di perjalanan menuju puncak kejayaan.