Asas Kuasa Minda Separa Sedar.
Kali ini saya berkata tentang asas kuasa minda separa sedar, sebab ramai yang keliru dan tak tahu pekebendanya kuasa minda separa sedar ni. Untuk menjawap soalan beberapa orang rakan pembaca blog, saya merujuk kepada buku Kuasa Minda Separa Sedar tulisan M.Rozani Pawan Chek dan saya akan mengupas dulu mengenai minda separa sedar.
Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semula jadi tanpa kita sedari ataupun merasainya. Aktivitinya melibatkan perasaan, emosi, mood, gambaran mental dan segalanya yang berkaitan dengan gerak hati, naluri dan intuisi. Minda separa sedar juga bertugas secara terlatih, sama ada kita sedari ataupun tidak. Contohnya, memandu kereta, memakai pakaian, memanah, menyuap time makan dan buka blog ini setiap hari. Jika Anda rajin ke sini, maknanya membaca blog "Syafiza i-tribe" dah menjadi sebahagian dari senarai rutin yang ada dalam minda separa sedar Anda, sebab Anda melatih minda separa sedar untuk mengingati blog simple ini. Minda separa sedarlah yang mencetuskan idea-idea baru dan dapat menyembuhkan serta menghalang penyakit. Walaupun kita sedang tidur, minda separa sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi. Saya banyak belajar sendiri mengenai minda separa sedar dan tahu mengawal kuasa minda melalui pembacaan yang meluas, pengkajian dan mengamalkan semua apa yang telah saya baca. Ia bukan setakat teori, tapi lebih kepada praktikal dan hands-on.