Bagaimana Melupakan Masalah

Kali ini saya berkata tentang melupakan bagaimana melupakan masalah.

Sebenarnya, memang kita tak pernah lari dari masalah. Orang lain juga tidak pernah lari dari masalah, tak kira apa latar belakang mereka, masalah akan tetap wujud dan tetap menyesakkan kepala yang memikirnya.

Bila Anda di landa masalah dan mahu melupakannya buat seketika, terlebih dahulu buka minda Anda, terima hakikat, masalah sebenarnya boleh dikawal.

Ia tak dapat dikawal kerana mental Anda telah lama menganggap ia tak boleh dikawal. Kita hanya perlu perlu ubah tanggapan tu. Semua bermula di minda.

Katakan pada minda Anda boleh mengawalnya, katakan pada diri sendiri, Anda ada hak untuk mengawal masalah (bukan masalah tu yang mengawal Anda).

Biasanya kalau kita asyik fikir pasal masalah, fikiran kita fokus pada masalah tu, minda kita "layan" rasa bermasalah, geram sebab di landa masalah dan merasa tertekan sebab diri Anda mempunyai masalah.

Bangun pagi, asyik fikir masalah. Nak tidur, fikir masalah.

Law of Attraction memainkan peranannya setiap masa, bila Anda asyik fikir masalah, lebih banyak masalah yang akan timbul satu persatu kerana ia "ditarik" oleh tanggapan (thought) Anda yang asyik memikir masalah. See?

Jadi, fokus fikiran Anda kepada benda lain, perkara lain dan kerja lain.

Tumpukan fikiran kepada sesuatu yang Anda boleh lakukan, sesuatu yang Anda minat dan apa jua pekerjaan yang Anda boleh lakukan.

Sibukkan diri dengan kerja dan berlakon sebagai orang yang gembira, ceria dan asyik tertawa. Biarkan rasa tertawa, gembira dan maha excited tu meresap ke dalam diri Anda.

Saya tahu ini mengada-ngada, tapi ia dapat merubah diri Anda. Cubalah.

Buat apa saja, tolong orang lain buat kerja, tolong mak kat dapur, hantar email ngan kawan, bercerita tentang kisah "dulu-dulu", berjalan-jalan kat luar, duduk kat Waterfront atau mandi lama-lama kat dalam bilik air.

Sedar atau tidak, air boleh menenangkan minda Anda yang berserabut sebab masalah.

Tanya diri Anda apa lagi yang belum Anda buat. Bila ini berlaku, minda Anda akan fokus pada apa saja yang Anda lakukan (bukan lagi fokus pada masalah Anda) dan seterusnya membantu meringankan beban kepala Anda. Beritahu minda, Anda serius mahu melupakan masalah.

Bila Anda bercakap-cakap dengan diri sendiri, Anda sebenarnya berkomunikasi dengan minda. Minda mendengar semua kata hati Anda, faham perasaan Anda bahklan merealisasikan apa saja keinginan Anda.

Law Of Attraction merupakan salah satu keajaiban minda.

Tanya diri Anda mengapa Anda mahu melupakan masalah, untuk apa Anda mahu melupakannya dan sebab apa. Untuk memfokus minda Anda kepada penyelesaian masalah, saya syorkan Anda tanya diri Anda soalan-soalan.

Ini adalah beberapa soalan yang telah saya keluarkan sebelum ni, dan saya akan tuliskan sekali lagi di sini untuk membantu membetulkan fokus Anda.

Tulis soalan ni di atas kertas, jangan yakin sesangat Anda boleh ingat kesemuanya. Ni dia:

 

Apa yang baiknya tentang masalah ni?

Apa lagi yang belum aku buat dalam usaha menyelesaikan masalah aku?

Apa yang sanggup aku lakukan untuk selesaikan masalah ni?

macamana aku selesaikannya dengan caraku sendiri?

Apa lagi yang boleh aku buat untuk melupakannya seketika?

Apa sumber-sumber yang aku ada? Siapa yang aku boleh harap?

 

Tanya diri Anda soalan-soalan ni banyak kali. Ia menjadikan Anda be in control, dan untuk memunculkan jawapannya, bertenang setiap masa.

Buang rasa risau, rasa takut, rasa tertekan dan rasa diri asyik bermasalah. Kita tertekan sebab kita pegang kejap perasaan ni dan kita tak lepaskan.

Let go, bayangkan masalah tu terlepas keluar seperti gelombang halus yang terbit dari kepala Anda, perlahan-lahan ia keluar dengan sendirinya, katakan pada minda Anda lepaskan segalanya.Semua rasa risau, takut dan rasa tertekan ikut sekali.

Bayangkan dalam minda yang Anda melepaskannya.

Let go..anda melihat ia keluar sendirinya, ia terus keluar, makin banyak yang keluar, semakin banyak lagi yang keluar, terus keluar dan takde satu pun yang tertinggal.

Bayangkan ini banyak kali. Beranikan diri.

Bila Anda menumpu pada penyelesaian masalah, Law Of Attraction akan menarik lebih banyak penyelesaian pada Anda..

... membawa diri Anda berjumpa dengan orang-orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah Anda, menemukan Anda dengan situasi-situasi yang boleh menyelesaikan masalah Anda dan menemukan Anda dengan apa saja idea yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah.

Itulah sebabnya mengapa saya pinta Anda untuk FOKUS pada penyelesaian.

Kita ada dua pilihan, setiap masa kita sentiasa ada dua pilihan.

Pilihlah untuk menjadi orang yang gembira, bukannya yang bersedih saja. Anda ada hak untuk hidup gembira.

Saya percaya Anda seorang yang hebat, kerana Anda memiliki yang minda yang sangat hebat.