Bagaimana Meningkatkan Getaran Tenaga Positif Dalam Diri - Part II

Assalammualaikum bloggers! Pekabar? Bersua lagi kita. Di artikel kali ini, saya akan sambung tulisan dari artikel lepas mengenai cara untuk meningkatkan tenaga positif, untuk membuatkan kita lebih berfikiran positif lalu bertindak positif. Dalam erti kata lain, ia adalah tips, teknik dan cara untuk membangkitkan "mood" gembira. Bila gembira, tenaga positif akan meningkat dari yang sebelumnya. Dah sedia? kita bermula dengan.. Langkah Kedua. Untuk meningkatkan tenaga positif diri anda, jadikan meditasi sebagai rutin harian, 10 minit sehari. Meditasi, nama lainnya, bertafakur. Bila bertafakur dan menenangkan diri, keberkesanan sesi tafakur sebenarnya bukan terletak kepada beberapa lama kita bermeditasi, tapi pada gelombang mana kita minda berada, Maksud saya di tahap gelombang mana gelombang minda anda semasa meditasi, sama ada di tahap gelimbang alfa, beta atau theta. Mengenai gelombang minda, saya selalu gunakan satu website sebagai rujukan. Klik Di Sini untuk melihatnya. Saya buat begini : mula-mula pejamkan mata, tarik nafas dan hembus 5 kali, tenangkan diri setenang yang mungkin. Katakan pada minda, saya mahu berada dalam keadaan khayal. Untuk ke sampai ke tahap itu, saya berzikir dulu sebanyak yang mungkin. Proses ni memakan masa 10-30 minit. Tapi, awas, boleh tertidur dibuatnya! Jika kita bertafakur dalam gelombang theta (keadaan khayal macam nak tertidur) sekurang-kurangnya hampir 10 minit sehari, ia memberi impak yang besar. Emosi Akan Lebih Terkawal Dan Anda Mampu Buat Keputusan Dengan Lebih Rasional. Sebelum bermeditasi, perlu tentukan dulu gelombang minda yang mana satu anda mahu "pakai" ketika bermeditasi, sama ada beta, alfa atau theta. Hati-hati. Kesilapan dalam meditasi akan memberi kesan buruk pada diri, kewangan dan kesihatan anda. Buat dengan niat untuk menenagkan diri dan mahu belajar mengawal diri. Ketika meditasi, jangan layan sakit hati, geram atau terbayang-bayang wajah orang yang kita tak puas hati dengannya. Paling senang, bersangka baik. Tu saja. Ceriakan diri anda setiap hari supaya minda dapat "menangkap" kegembiraan apa yang anda fikirkan dan menciptakan situasi-situasi yang menyenangkan anda. Kalau asyik berfikir pasal masalah atau layan rasa geram, sakit hati dan marah, situasi diri anda akan menjadi lebih teruk! Anda adalah apa yang anda fikirkan. Kalau nak happy, fikirkan apa yang boleh membuat anda happy, fikirkan tentang orang yang anda rasa happpy bila bersama dengannya, bila membaca email darinya atau bila menatap wajahnya, walaupun hanya gambar kecil di skrin komputer. Jika makanan dapat memberi tenaga pada fizikal kita,begitu juga minda. Ia ada makanan "khusus". Untuk minda pula, kuasanya semakin kuat hanya dengan santapan rohani - zikir, meditasi dan ketenangan diri. Kuasa minda akan semakin meningkat bila diri kita semakin tenang. Langkah Ketiga untuk meningkatkan getaran positif ni, perlu awasi segala apa yang anda makan. Kalau kita makan makanan yang tak berapa berkhasiat dan banyak toksik, maka ia menyumbang kepada mood yang tak baik. Itu membuat mood kita berubah-ubah. Pagi, bersemangta, bila petang, malas dan tak bertenaga. Begitu juga dengan sumber makanan, sebaiknya elakkan dari memakan apa-apa makanan yang sumbernya haram (seperti mengambil makanan orang tanpa izin atau duit yang digunakan untuk membeli makanan tu datang dari income yang tak halal) sebab makanan tersebut akan memberi energi negatif pada tubuh, seterusnya minda kita. Kalau boleh, sebelum makan makanan milik orang lain, minta izin terlebih dahulu. Hafiz Quran amat teliti dalam memilih pemakanan mereka. Langkah Keempat, awasi keadaan sekitar anda. Untuk menigkatkan getaran tenaga positif, kita perlu selalu melihat-lihat sekeliling. Sedar atau tidak, secara tak langsung keadaan sekitar juga mempengaruhi mood seharian. Perhatikan tempat anda melakukan ibadah, cemana keadaannya, bersih atau tidak, tersusun ka tidak, warna sekeliling dan susun atur hiasan dalaman di dalam rumah atau di dalam bilik. Perhatikan juga bagaimana persekitaran tempat kita bekerja. Susun atur perabot, fail, buku, alat tulis, monitor komputer dan kelengkapan lain mempengaruhi mood kita. Mana satu yang anda lebih suka, yang bertabur atau yang tersusun kemas? Sekirannya anda mempunyai mood yang tidak menentu, cuba lakukan perubahan pada hiasan dalaman rumah ataupun tukar warna dinding kediaman anda kepada warna-warna yang dapat memberi ketenangan jiwa. Warna yang sesuai adalah seperti biru, kuning dan hijau. Konsepnya ringkas saja, warna yang cerah akan bertindak sebagai terapi diri dan dapat meningkatkan keceriaan. Kalau boleh, pakai baju yang berwarna cerah. Warna pakaian menyumbang kepada warna aura, mood serta corak aura seseorang tu. Jika anda gembira dengan warna itu, ia akan turut sama mempengaruhi orang lain. Warna kuning sering dikaitkan dengan keceriaan. Warna Oren pula di kaitkan dengan kegirangan dan keyakinan diri. Patutlah Dr Tuah Iskandar selalu pakai kot warna cerah macam kuning, merah, pink, putih dan hijau. Biru, dikaitkan dengan ketenangan air laut, daya intelektual dan keyakinan diri yang tinggi . Saya suka biru, tambahan pula warna air kolam renang juga biru!. Warna Biru Laut dah lama menjadi kegemaran saya sejak kecil hingga sekarang. Tapi, tak la semuanya pada diri saya "biru".. Langkah Kelima, tatap gambar-gambar yang menyenangkan dan mampu meningkatkan memori bahagia atau yang membuat anda senyum kegirangan. Ketawa sendiri? Itu lebih baik. Sekirangnya kita dalam keadaan murung dan bad mood, (contohnya sebab sale hari ini tak seberapa, kena marah bos, girlfriend merajuk tak tentu pasal dan anda merasa lemas-lemas tak tau sebab apa) cuba ambil album dan lihat gambar "dolu-dolu". Dengan berbuat begini, ia akan membuat anda gembira. Bila kita gembira, tenaga positif dalam diri kita akan bertambah. Selain gambar, ia juga melibatkan apa yang sering kita dengar, ayat-ayat yang selalu kita baca dan motto diri kita. Apa Motto Yang Mewakili Diri Anda? Bagi saya, sebelum pergi buat kerja depan komputer, saya dengar lagu wajib dulu, banyak kali. Apa dia lagu wajib saya tu? Jangan bagitau orang lain tau, anda sorang saja yang tau. Ni dia : Drive - Incubus Stay The Same - Joey McIntyre ( Joey Makan Tayar) Upps! You Raise Me Up - Josh Groban The Calling - Wherever U Will Go Bila saya dengar semua lagu ni, membuat diri saya bersemangat, terutamanya lagu Drive nyanyian Incubus yang "ngam" pada diri saya. Secara jujurnya, saya suka menyanyi bila menaip, menulis atau buat apa saja. Ia membuat saya gembira dan bersemangat sepanjang hari. Cuma, saya tak suka menyanyi bila memasak di dapur, sebab saya masak Maggi.. Cemana dengan lagu Rock? saya juga minat sangat. Artis yang saya hafal lagunya satu album, Sheila On 7, sebab lagu-lagu diorang ni bertenaga dan sesuai dengan diriku ini. Dengar suara Duta ja membuat kepala saya bergoyang, jari bergetar dan kaki saya berhentak mengikut irama muzik yang dinyanyikannya. Kesemua lagu dalam 7 album diorang saya hafal. Minat punya pasal. Ok, sebagai rumusan, itulah dia 5 Kaedah Untuk Meningkatkan Getaran Positif atau 5 kaedah macamana nak bangkitkan "Happy Mood". Dengan mempraktikkan 5 kaedah ni, ia membuat kita untuk jadi lebih gembira di hari ini, esok, lusa hingga ke hari-hari seterusnya. Bila gembira, anda akan lupa segala perkara yang menyakitkan hati, geram dan segala apa yang anda takut untuk menghadapi. Tetapi.. Jangan Paksa Diri Anda Untuk Jadi Gembira. Jangan buat-buat gembira semata-mata sebab nak lepaskan tension, kerana kita akan buat perkara yang tak ketentuan dan perkara yang seakan-akan bodoh, melulu dan kurang tepat. Biarkan rasa gembira tu bangkit dengan sendirinya. Let it be natural. Gunakan 5 langkah yang saya share di sini untuk membantu diri anda menjadi lebih gembira. Believe me, i've been there.