Bagaimana Meningkatkan Getaran Tenaga Positif Dari Dalam Diri Anda - Part 1
Assalammualaikum Pembaca Blog.. Apa khabar? Harap-harap sihat hendaknya. Kali ini saya akan menulis mengenai kuasa minda.
Aik, kenapa pula kuasa minda?
Apa kena mengena dengan saya? Saya ni Pakar Minda?
Owh, susah nak percaya chepoi ni tau Kuasa Minda!
Sebenarnya saya telah lama mengamalkan beberapa teknik kuasa minda, tips dan langkah untuk memanipulasikan kuasa minda yang telah saya pelajari untuk kegunaan diri sejak dari awal tahun ini lagi. Kisah ini bermula bila saya beli buku Dr Tuah Iskandar.
Masa tu harganya RM15. First time jumpa saya sugguh excited, sampai tak lalu makan sebab baca buku tu sampai habis dalam masa sehari. Kali ini baru saya terjumpa dengan kaedah macamana nak memajukan diri saya. Sebab di waktu itu, saya sering di landa cabaran kewangan, tengah bulan pokai, pulak tu time kerja ada saja yang tak kena.
My life Is Miserable At That Moment.
Tajuknya? Membina Imaginasi Cemerlang. Saya selalu berdoa semoga satu hari nanti saya dapat berjumpa dengannya, saya selalu berimaginasi bersalam dengannya, melihat senyumannya, terasa hangat getaran tangannya bila berjabat dengan tangan saya dan bunyi suaranya. Nak lihat website Dr Tuah Iskandar, ni alamatnya di http://www.drtuah.com
Saya mahu mengucapkan terima kasih padanya kerana buku tulisannya tu telah mengubah hidup saya 180 darjah. Orang puteh kata upside down. Saya telah menjadi orang baru, menjadi lain daripada orang muda yang lain. Saya juga sangat teringin mahu berjumpa dengan Dr Shukry Abdullah, pakar motivasi yang amat saya minat sejak dari sekolah menengah lagi.
Pada masa itu, ibarat macam dalam lagu Slank bertajuk Ku Tak Bisa, setiap kali ke sekolah, Ku Tak Bisa belajar kalau tak baca artikel dari Dr Shukri Abdullah yang ada di library sekolah tiap kali waktu rehat. Websitenya, http://www.drshukri.com
Sewaktu mula mempraktikkan apa yang saya baca dari dalam buku tu, memang mencabar. Huii, kekadang sampai mau give up dibuatnya. Sampai saya menanya diri sendiri, "kenapa semua yang saya praktikkan tak menjadi seperti yang saya harapkan?".
Rupanya ada something "wrong". Oleh itu, saya mencari jawapan-jawapan, saya mula mencari-cari melalui Google. Dengan menaip "Mind Power" saya berjumpa dengan banyak website yang pada pandangan saya, very interesting.
Kat situlah saya tau apa makna Telepathy, Telekinesis, Affirmation, Wave, Aura dan 7 Jenis Warna Aura pada badan manusia. Linn Comel telah menerangkan tentang Aura di blognya, untuk membaca tulisan Linn Klik DI Sini.
Akhirnya, dengan mempraktikkan kesemua yang diajarkan step-by-step, saya menjadi Chepoi yang baru hari ini, esok dan hari-hari seterusnya.
Hampir dalam kesemua buku motivasi yang saya baca, setiap penulis menitikberatkan kepentingan dan kegunaan berfikiran positif. Tapi, cara untuk meningkatkan getaran positif, kurang diberitahu dan bagaimana untuk berfikiran positif sepanjang hari takde juga ditulis, jarang saya jumpa.
Kebanyakannya saya "explore" melalui pengalaman sendiri melalui "Positive Self-talk" dan bertanya pada kengkawan lain, apa cara mereka untuk memotivasikan diri tiap kali bila bangun pagi.
DikMal, can u help me here? Thanks :-). Memang mencabar nak berfikiran positif sepanjang hari, dari selepas Subuh sehingga waktu nak masuk tidur.
Sebab, banyak benda yang menyakitan hati kita berlaku sepanjang hari. Contoh pertama, Anda sedang memandu tapi tiba-tiba ada kereta potong kereta anda tanpa disedari dan tanpa beri "signal" lalu anda amat sakit hati dengan perbuatan itu lalu anda pun berteriak,
"Hoi! ****" (sudah tentu anda me*** di dalam kereta yang cerminnya tertutup).. Pernahkah ini berlaku?
Contoh lain, misalnya, pergi ke bank dan tetiba orang pulak ramai, makan kat restoran tapi order lambat sampai, buat kerja tapi ada orang kacau serta bila nak tidur ada saja bunyi bising (teman serumah berbual-bual di ruang tamu, berketawa kuat hingga anda merasa tidur menjadi satu penyeksaan yang berat!)lalu anda sakit hati, geram dan menyampah sehingga ke esok hari.
Dalam kes lain pula, anda menunggu kawan anda yang mahu berjumpa di tempat biasa. Tunggu-tunggu punya tunggu, dah sejam anda terpacak mengunggu dia! Anda merasa geram, kerana dah banyak masa dibuang dan banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan segera.
Semua perasaan ini menyebabkan tenaga positif berkurangan, kadangkala sampai hilang terus sebab dineutralkan oleh tenaga negatif yang muncul dari rasa sakit hati, geram, "gerigitan", marah, tak puas hati dan menyampah tahap dewa tadi. Upps. Jadi, harus jaga pa yang anda kata, apa yang anda fikir tentang orang lain dan persepsi anda.
Aiseh, Cemana Nak Berfikiran Positif Kalau Camni? Susahnya...
Oleh yang demikian, saya akan beritahu anda beberapa panduan berguna untuk meningkatkan getaran tenaga positif. Dengan mengikuti panduan ini, saya percaya anda boleh jadi lebih bermotivasi dan banyak situasi menggembirakan akan muncul dalam hidup anda. Percaya atau tidak, Kuasa Minda memang kuat.
Setiap manusia mempunyai kadar tenaga yang berbeza-beza. Tenaga yang menggerakkan tubuh manusia itu juga memberi impak terhadap kehidupan seseorang. Selain dari ketahanan tubuh, mood seseorang juga dipengaruhi oleh tenaga yang berputar dalam tubuhnya.
Ada antara kita mempunyai mood yang stabil dan ada juga yang tidak menentu. Mood yang tidak menentu ni lah sering menyebabkan seseorang itu dijauhi kerana masyarakat sekeliling kurang senang dengan perubahan mood sesorang yang cepat berubah. Dalam erti kata lain, banyak angin. Pagi ceria, bila tengah hari dia marah, meradang tak tentu pasal, hangin satu badan.
Ia juga akan mengganggu suasana tenang dan gembira, terutama kalau anda bekerja dengannya dalam satu ofis atau belajar dengannya dalam satu kelas kuliah. Betulkan?
Kesan langsung daripada kemurungan atau keadaan tertekan yang anda hadapi ialah ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan diri. Jika anda seorang bisnesman, usahawan internet atau usahawan MLM anda akan sering membuat keputusan yang kurang tepat.
Ini pernah berlaku pada saya. Sebabnya mudah, saya asyik layan rasa geram, sakit hati dan marah yang tak terluah. Saya tak LET GO perasaan tu.
Jujur saya katakan, secara tidak langsung, ia akan menjejaskan perniagaan. Jika anda seorang pekerja makan gaji, produktiviti anda akan menjadi kurang bermutu kerana sering melakukan kesalahan. Akhirnya, anda bukan sahaja akan mengalami masalah dengan teman-teman bahkan anda juga bemasalah dalam hal-hal kewangan anda sendiri.
Ada saja yang membuatkan anda tidak dapat menyimpan duit. Paling teruk lagi, masalah kewangan tiba-tiba datang melanda di situasi yang tidak disangka-sangka. Misalnya, handphone anda tiba-tiba terjatuh lalu pecah dan anda kena beli yang baru, sedangkan di waktu itu duit gaji dah habis pakai, kalau ada untuk belanja makan saja.
Anda rasa geram lalu berkata "Kenapa tiba-tiba pulak masalah ni berlaku?". Anda merasa sungguh tidak puas hati, sebab ia tiba-tiba saja dikala anda ketidakcukupan duit. Masalah ini akan menjadi beban pada fikiran dan ia akan mengurangkan daya ketahanan tubuh.
Contoh lain, anda tenang makan tengahari bersama girlfriend anda. Tengah syok bergurau, tetiba dia terasa dengan gurauan "maut" anda lalu bertindak meninggalkan anda yang terkedip-kedip, terlopong dan termanggu-manggu sendirian. Last-last, makanan yang sampai untuk dua orang, anda kena bayar semuanya sorang-sorang, dengan hati yang berat, "sakit" dan geram. Kalau girlfriend anda masih ada tadi, mungkin dia boleh support duit anda.
Sebenarnya segala masalah kita hadapi itu bermula di fikiran kita. Anda adalah apa yang anda fikirkan.
Setiap fikiran mempunyai (tenaga) yang membawa membawa kepada dua destinasi, sama ada ia akan memperkasakan atau melemahkan seseorang. Apa yang pasti setiap fikiran yang baik dan idea yang bernas mampu membuang fikiran kotor, rasa sakit hati, geram, "gerigitan" (maknanya geram juga dalam loghat Dusun di Sabah) atau memori yang memeritkan juga sering kali melemahkan anda.