Bangkit Dari Kegagalan.

Saya perkenalkan Anda dengan Najmil. Dia juga dikenali sebagai "Jemei". Nama sebenarnya Najmil Faiz Mohammad Aris, anak kelahiran Ipoh dan membesar di Pasir Mas, Kelantan. Ni dia..

Media_httpbp0bloggerc_pcmmd
Najmil merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pembentangan di Parlimen Britain. Kertas kerja yang dibentangkannya mengenai teknologi Nano dalam bidang pembuatan dan dihadiri oleh semua ahli parlimen Britain. Saya ceritakan serba sedikit mengenai dirinya. Dia telah gagal dalam SPM dan hanya mendapat pangkat 3. Setelah bekerja selama beberapa tahun, dia menggunakan wang yang di simpan dan wang pinjaman bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke Leeds Metropolitan University mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan.
Di sana selama dua tahun dia berhempas pulas, menggunakan segala kemudahan Universiti selain memanfaatkan setiap saat untuk belajar. Dia banyak menghabiskan masa di perpustakaan bukan sahaja untuk belajar tetapi untuk mandi dan menukar pakaian sebelum menghadiri kelas selepas habis kerja.  
Dia buat segala jenis kerja untuk menyara hidup. Tanpa apa-apa bantuan kewangan, dia terpaksa bekerja sehingga 3 syif sehari dan tidak menjadikan musim sejuk sebagai alasan untuk cari duit walaupun kadangkala duit yang ada tak cukup makan.
Dia meraih beberapa anugerah, seperti Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang, Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang, Anugerah Tokoh Unggul UMNO Malaysia, Anugerah Personaliti Kelab Bitara UMNO Luar Negara, Anugerah Duta Kelab UMNo Luar Negara dan telah dinobatkan sebagai
antara pelajar pintar di Asia oleh Utusan Malaysia.
Media_httpbp2bloggerc_crufc
Kejayaan yang diraihnya bukan datang bergolek. Dia bukan bertuah, tetapi berusaha sehabis daya dengan kudrat yang ada untuk mencapai matlamatnya.
 
 
 
 
Dia Mengorbankan Usia Muda Dan Keseronokan Demi Mencapai Kejayaan.
Dia mengikat perut dan sanggup jalan kaki untuk kemana-mana dan tidak pernah menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan perbelanjaan. Dia sentiasa mengingat kegagalan dulu sebagai "kaunselor" yang sentiasa mendampinginya dan menyedarkannya apabila dia lalai dan tersasar dari matlamat.
Di sana juga dia bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari pada waktu rehat dan kerja sebelum kuliah petang.Apa saja jenis kerja dilakukan olehnya, termasuk mencuci longkang, menghantar surat, mencuci tandas, membersihkan pejabat, mencuci bangunan dan angkat barang semata-mata nak menampung kos pengajian dan sewa bilik yang mahal.
 
Bagi saya, dia seorang yang amat tekun, rajin dan komited.Kegagalan tidak semestinya membuat sesiapa berhenti berusaha mengubah nasib. Kejayaan boleh dicapai selagi kita tak berputus asa.