Bazur
Semasa kempem pilihanraya Amerika... diperkampungan orang asli... Seorang penceramah disambut hebat oleh penyokong2nya..
Penceramah : "Saudara², kerajaan sentiasa akan bersikap adil terhadap semua lapisan rakyat."
Rakyat : "Bazur! Bazur!".
Penceramah : (Dengan bersemangat) "Jangan percaya dengan janji manis pembangkang"
Rakyat setempat: "Bazur!Bazur!"
Penceramah : "Hidup Bush!"
Rakyat : "Bazur!Bazur!"
Setelah selesai.. penceramah tadi melawat kawasan setempat. Dia dibawa ke sebuah rumah yang mana pemiliknya memelihara Lembu. Dilihatnya tahi lembu bersepah-sepah di halaman rumah... Tiba-tiba datang seorang penduduk berhampiran dan berkata.. "Maaf, Tuan, jangan masuk ke situ. Nanti tuan akan terpijak Bazur!.... Bazur! itu kotor dan busuk sekali!"