Bersedia Untuk Berdepan Yang Terburuk Dan Yang Gagal

Dalam apa jua yang anda lakukan, bersedialah untuk berdepan dengan yang terburuk. Kita memang patut membuat kerja yang baik dan set minda pada benda yang baik-baik tapi bersedialah untuk menerima yang terburuk dan menghadapi yang gagal.

Apabila Anda terlalu mengharap kebaikan dan kecemerlangan, bukan setakat mengharap kebaikan tetapi terlalu mengharap kebaikan, Anda akan terkejut dengan kegagalan yang menimpa. Mengapa? Sebab...

Anda Tidak Bersedia Untuk Menerima Keburukan Dan Kegagalan.
 
Apabila Anda terlalu yakin, percayalah...Anda akan patah semangat, kecewa dan tak percaya apabila bertemu kegagalan. Bahkan, Anda tidak terfikir untuk menyediakan pelan susulan (backup plan)
jika apa yang Anda usahakan gagal. Kita boleh berubah ke arah kecemerlangan, tetapi kita juga pelu berubah untuk bersedia menghadapi kegagalan. Walaupun Anda dah berusaha sedaya upaya, jangan lupa untuk bersedia untuk menghadapi kegagalan kerana ia boleh timbul di mana-mana jua, bila-bila masa. Jangan letak harapan terlalu tinggi. Kalau Anda mempunyai impian besar, biarlah berperancangan dan lakukannya step-by-step mengikut tempoh masa yang realistik dan jangan kelam-kabut. Tetapkan matlamat bersesuaian dengan ilmu dan kemahiran Anda sekarang ini. Kemudian, pelajari lebih banyak ilmu dan kuasai lebih banyak kemahiran, tambahkan network Anda. Ukur pencapaian setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap bulan mahupun setiap 3 bulan. Cadangan saya, tulis dan rekodkan apa yang telah anda kuasai, berapa banyak buku yang dah Anda baca dan berapa ramai orang yang jadi tempat rujukan Anda. Jika Anda gagal, maknanya Anda belum berapa bagus. Peluang masih ada untuk Anda mencuba lagi. Saya ulang semula kata-kata saya sebelum ini untuk menaikkan semangat Anda... "Ingat! Walau apapun rintangan yang melanda, apa jua halangan, cubaan dan permasalahan, Anda dan Saya sentiasa ada DUA PILIHAN. Beranikan Diri Anda Untuk Gagal. Sama ada, kita memilih untuk BERHENTI mencuba lagi atau, kita memilih untuk JALAN TERUS menuju matlamat kita yang sedang menunggu di hujung sana.hanya sementara.

GAGAL