Bertangguh Cara Bijak

Kali ini saya berkata mengenai satu soalan yang tak pernah timbul di benak ramai orang yang suka bertangguh. Bertangguh, mengangguh atau menjadi seorang pengangguh merupakan sikap sambil lewa yang ibarat api kecil, kalau dibiarkan lama-lama pandai menjadi besar membakar diri sendiri.

Berhati-hati dengan sikap bertangguh. Saya juga suka bertangguh, tapi, penangguhan yang saya lakukan adalah pengangguhan "bijak". Saya tulis kesemua senarai kerja yang saya tangguhkan dan fokus dulu pada kerja sekarang ini yang berada didepan saya.

Kelemahan diri saya ialah cepat bingung. Saya bukan seorang yang multi-tasking.

Jadi saya perlukan sahabat baik saya, sebatang pen dan sebuah buku nota kecil berwarna biru untuk menulis senarai kerja yang perlu disiapkan dalam satu hari. Selain menggunakan Mozilla Sunbird sebagai organizer, pen dan buku nota ni juga tempat untuk saya tulis to do list dan idea-idea yang timbul.

Bila dah siap satu kerja, saya akan tandakan senarai tadi dengan "dah siap" dan menumpu perhatian pada kerja seterusnya. Buat ini berkali-kali, lama kelamaan ia akan jadi satu tabiat dan Anda akan terbiasa dengannya.

Kata orang, bertangguh pencuri masa. Kata saya, bertangguh 'penghancur' masa!

Sebab, kita memperuntukkan masa dan usaha kita yang berharga tu kepada yang tidak penting dan tidak produktif. Senaraikan tugasan Anda mengikut keutamaan, mana satu yang lebih penting.

Misalnya, pilih mana satu yang bos nak minta sekarang, mana satu yang KIV (keep in view) dan mana satu yang boleh dipertimbangkan kemudian dan yang tak perlu disiapkan hari ini.

Hati-hati, jangan terperangkap dengan sikap suka bertangguh. Sekali bertangguh, Anda akan jadi terbiasa dan payah nak berubah.

Eh,mengapa pulak? Sebabnya, Anda dah merasa selesa dengan sikap bertangguh.

Jadi, untuk mengurangkan sikap bertangguh secara step by step, biasakan diri dengan mindset "buat-terus" dan berdisiplin. Latih diri menjadi seorang yang 'risau' jika bertangguh.

Sikap bertangguh tidak dapat dikurangkan sekaligus, tak macam kita tekan butang "delete" tu, sekali tekan semua terpadam terus. Untuk mengubah tabiat ni memerlukan masa, mindset yang betul dan paling penting mula bertindak.

Ubah sikap ni secepat yang mungkin. Jangan tunggu 5 minit dari sekarang, 10 minit dari sekarang atau bila matahari terbit esok pagi.

Cuba tanya diri sendiri, apa yang mendorong Anda jadi suka bertangguh? Apa yang kita rasa bila kita bertangguh?

Seronok ke bertangguh ni? .. lepas tu, tanya diri Anda dengan soalan ni..

"macamana nak kurangkan sikap bertangguh?"

"Apa yang aku boleh buat untuk elak diri aku dari bertangguh? Apa lagi kerja yang belum aku sempurnakan?"

Apa jua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan. Ia umpama Hitam dan Putih. Baik dan buruk, cepat dan lambat, negatif dan positif.

Pilih untuk mengamalkan bertangguh cara bijak, bukan bertangguh "gitu-gitu" yang sudah tentu banyak membuang masa. Cari sebanyak mungkin maklumat tentang pengurusan masa dan cara bagaimana mahu mendisiplinkan diri di rumah, ditempat kerja, di mana jua.

Cari mana pen dan kertas tadi, eh, takde? Aiyaa.. dah letak kat mana aa?

Ah, biarkan.. nanti cari, nak layan blog dulu .. See? Anda dah bertangguh.