Bila Anda Diperlekeh dan Dipandang Rendah
Saya seringkali bersua dengan orang yang memperlekeh bisnes internet yang menjadi mata pencarian saya. Bukan orang lain, tapi di kalangan keluarga besar saya .
Ini memang mencabar. Ditambah lagi dengan dengan cakap-cakap dari pakcik-pakcik saya yang bekerja sebagai cikgu, masih mempersoalkan keputusan saya bekerja sendiri sebagai usahawan internet.
Memang diorang takkan faham, sebab diorang tak tau cemana nak buat. Diorang Kata Buat Bisnes Internet Tak Ada Hasil. Iya ka? kenapa pula saya mampu untuk kirim duit ke kampung, bayar bil, beli segala keperluan dan menyimpan wang di bank tiap minggu?
Teringat kata Chef Li...
"Biar Kecil Asalkan Berhasil"
Setiap hari saya bangun dengan rasa excited yang amat sangat. Tak sabar nak bekerja. Perasaan ini saya alami setiap hari, semanjak hari itu. Dah setahun
Apa yang diorang kata pada saya memang pedas, mengguris dan menyakitkan hati. Bagaikan anda tidak bersemangat bila balik-balik memikirkan semua itu. Terfikir juga saya, kenapa diorang cakap camtu?
Saya tak pernah kacau hidup diorang dan mengata pasal kerjaya diorang, kenapa diorang pula "mengomplen" segalanya tentang kerjaya saya?
Tapi, saya tahu, apa yang saya fikirkan tadi tu adalah pemikiran negatif, tak baik dan buruk. Ia tak bagus untuk minda saya. Ia akan meneutralkan kuasa minda dan kuasa niat saya. Saya anggap ini sebagai satu cabaran yang amat mencabar. Semangat saya membara tiap kali memikirkannya.
Jika anda juga mengalami situasi serupa seperti saya, sebagai usahawan, apa yang patut anda buat? Ini apa yang saya selalu lakukan :
1. Cari tempat yang tenang.
Tutup mata. Tenangkan diri. Duduk bersandar. Bayangkan orang-orang yang menyakitkan hati anda itu. Bayangkan satu persatu wajah mereka.
2. Maafkan mereka.
Beri kemaafan dengan sepenuh hati. Buang perasaan geram, sakit hati dan marah tu dari dalam diri anda. Bayangkan semuanya itu, anda gumpalkan macam kertas dan lempar jauh-jauh, semakin lama semakin juah, semakin kecil lalu hilang.
3. Maafkan mereka sekali lagi.
Dengan masih menutup mata, lupakan apa yang telah mereka katakan pada anda. Saya tahu memang ini mencabar untuk dilakukan. Dah la orang buat salah pada kita, senang-senang ja kita maafkan ya, waaa. banyak cantik!. Jangan kata begitu. Lupakan saja. Melayan sakit hati tidak akan memberi apa-apa pada anda.
4. Masih lagi menutup mata.
Tarik nafas sedalam-dalamnya, tahan selama 4 saat dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali. Lupakan dan GO ON.
5. Buka mata.
Anda akan terasa lebih tenang selepas itu.
6. Senyum Pada Mereka.
Bila berjumpa, senyum, bagaikan tiada apa-apa. Teruskan dengan bisnes anda.
Ingat, sebagai usahawan, memang akan ada cabaran. Tapi, cara paling baik, tunjuk buku akaun bank di depan mata, diam la diorang tu.. Bagi diri saya, bekerja tak semestinya makan gaji. Rezeki tuhan maha luas dan tak semestinya dalam slip gaji saja. Buat apa yang anda minat dan wang akan datang dengan sendirinya selepas tu.
Ini lebih baik dari saya menganggur dan tak buat apa-apa. Lagipun, saya tak meminta duit, meminjam atau "mengeloan" dari ahli keluarga saya