Bila Hari Anda Terganggu. Adakah Saya Diganggu?
Saya sungguh sibuk hari ini. Pagi tadi tak dapat gi swimming sebab tolong tuan rumah saya. Dia buat parti hari jadi untuk seorang kawannya. Dari malam tadi, ramai orang di rumah kami.
Kebanyakan dari kawan rapat tuan rumah saya berbangsa Filifina. Diorang ni masing-masing ada gerai sendiri di pasar malam. Pendek kata diorang ni semua peniaga kraftangan seperti tuan rumah saya juga. Business women.
Herannya, diorang asyik bercerita sambil buat kerja, tak putus-putus! Cemana diorang dapat idea? Ada saja yang dijadikan "modal" berbual. Kalau saya, bersembang sekejap pun kekadang mati akal sebab takde lagi nak disembangkan. Kering idea!
Jam 10 pagi saya ke perpustakaan negara. Sejuk kat dalam tuh! Tiap hari Isnin, memang saya peruntukkan masa untuk ke sana.
Point di sini, kalau kita buat sesuatu, Sediakan time limit. Lagi satu, sediakan back-up plan, perlu letak matlamat.
Tanya diri untuk apa kita buat perkara tu,bila nak disiapkan dan berapa lama masa diperuntukkan. Plan A dan Plan B.
Saya ke library untuk cari bahan, kumpul lebih banyak keywords dan headlines.
Oleh kerana tuan rumah minta tolong di dapur, terpaksa tangguhkan. Di situlah baru saya sedar pentingnya "Back-Up" plan. Kalau perancangan asal tak menjadi, perlu rancang apa yang dibuat untuk mengisi masa tu.
Kelmarin,saya tolong dia juga. Dalam masa yang sama, saya menaip di bilik dan membalas beberapa email yang datang dari pelanggan.
Ini membuatkan saya ulang-alik dari dapur ke bilik, kemudian dari bilik tidur ke dapur. Saya tak masak, cuma menolong buka tin dan buat apa yang tuan rumah saya tunjukkan. Tapi tak lama. Walau begitu, buat saya rasa terganggu.
Jika anda rasa terganggu bila bekerja (sebab ada orang minta tolong), lakukan apa yang boleh untuk "melayan" gangguan tu dulu. Jangan tangguhkan, kerana ia akan lebih menggangu. Buat terus! Selalunya gangguan ni sementara saja. Bila dah habis buat semula kerja yang asal.
Bergantung pada situasi. Cara yang lebih baik, sediakan satu buku LOG KERJA. Stail saya, saya buat Business Log.
Tulis dan rekodkan (atau taip) semua kerja-kerja anda mengikut tarikh. Kebaikannya, anda boleh track apa yang dibuat dan apa yang telah dilaksanakan. Disiplinkan diri untuk menulis aktiviti kerja anda setiap masa.
Tujuannya, supaya Anda Tak Jadi Bingung, Hilang dan Rasa Tertekan Akibat Gangguan Tak Dijangka Yang Datang Secara Tiba-tiba.
Saya faham bila, memang tension kalau tengah syok bekerja tetiba ada orang kacau. Siapa yang suka dikacau tiba-tiba? Anda suka?
Jadi, tulis semua, termasuk website yang anda browse, blog mana yang anda post komen (kita tak dapat ingat semuanya!) dan alamat website yang baru ditemui atau "memberansangkan". Kadang-kadang idea timbul bila melihat website yang kita terjumpa tu.
Perkara ni banyak kali terjadi pada saya. Nak baca sampai habis, tak cukup masa. Jadi, saya tulis dalam buku LOG alamat websitenya. Bila di waktu renggang, baru saya gi tengok.
Satu lagi, tadi sewaktu keluar dari library, handphone saya pula kehabisan bateri. Bateri kedua pula takde. Aha! Point lagi!
Handphone amat penting bagi komunikasi. Saya gunakan fungsinya 100 % untuk berkomunikasi melalui SMS dengan pelanggan saya selain menggunakan email.
Lagipun fungsi canggih seperti kamera, MP3, MMS dan Video yang terdapat pada model handphone lain jarang saya gunakan buat masa ini.
Saya mahu gunakan untuk komunikasi sahaja, bukan untuk gaya hidup. Dengan cara memberikan nombor telefon saya untuk di SMS, barulah pelanggan "trust". Selain itu, respon saya pada mereka pun lebih cepat berbanding dengan menggunakan email.
Kebaikannya, saya tak perlu lagi buka komputer, hidupkan modem dan log in ke Inbox untuk baca email. Bila ada order masuk, saya buka email hanya untuk hantar eBook lepas check akaun bank.
Tentang nama, jumlah bayaran, nama Bank dan alamat email pelanggan, telah di SMS lebih awal pada saya. Tak tau la kalau orang lain ada buat cara ni, tapi ni yang saya selalu buat. Apa pendapat anda?
Bila sampai ke rumah, berpusu-pusu SMS masuk bila bateri dah charge. Ada juga yang heran kenapa saya tak balas-balas sampai 3 jam! Takut kena tipu customer tu. Oleh itu...
Selalu Sediakan "Backup Plan"