Bila Usaha Anda Diperlekeh

Kali ini saya berkata tentang usaha Anda yang diperlekeh, maksudnya dipandang rendah. Saya juga turut mengalami keadaan ini. Seringkali apa yang kita lakukan nampak macam tak ngam di mata orang lain dan dari situ, mereka mula berkata-kata, mengata dan asyik memperkatakan tentang usaha kita yang lari dari kebiasaan di mata mereka.

Jika Anda berada dalam situasi ini, teruskan dengan usaha Anda, janji Anda masih buat sesuatu yang tak bertentangan dengan syariah Islam dan Anda tak kacau sesiapa. Lama-kelamaan orang yang asyik memperlekeh usaha Anda tu sejuk juga nanti. Be consistent. Tetap dengan matlamat Anda dan jangan asyik ubah hanya kerana mereka memandang rendah. Anda mesti ada blueprint dan strategi berperancangan. Sebelum Anda membuat sesuatu kerana di cadangkan oleh orang lain, ambil masa untuk memikirkannya terlebih dahulu. Biar Anda yang mengawal destinasi hala tuju usaha Anda, bukan asyik membiarkan orang lain yang 100% memandu hala tuju kerja keras Anda. Selepas itu, maafkan orang-orang yang memandang rendah pada Anda ni, maafkan seikhlas hati, lupakan mereka dan GO ON. Jangan pandang belakang dan jangan main-main. Dalam diam, mereka sebenarnya cemburu dengan kemajuan diri dan kerajinan Anda yang nampak oleh mereka. Eh, sebab apa pula nak maafkan? Sebab kalau dalam hati kita timbul rasa tak puas hati dan tertekan oleh kata-kata mereka, ketahuilah Anda sebenarnya sudah membenarkan gelombang fikiran negatif meresap masuk jauh ke dalam minda Anda. Bila Anda sudah bergelumang dengan fikiran negatif, maka akan banyak lagi pemikiran negatif yang datang lalu masuk ke dalam fikiran Anda sebab ia ditarik oleh gelombang minda Anda. Kesannya, Anda jadi tak bermotivasi, Anda tak leh nak buat apa dan Anda tak ada kemajuan. Bahkan, Anda makin tertekan. Rentetan daripada itu, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi negatif dan ada saja masalah yang melanda hidup Anda. Inilah bahayanya fikiran-fikiran negatif, jadi Anda kena berhati-hati. Sebab itu kena maafkan diorang yang memandang rendah pada Anda ni. Bila kemaafan lahir dari hati yang ikhlas, kesemua fikiran-fikiran negatif tu akan hilang. Lama-kelamaan bila Anda latih diri untuk memberi kemaafan, ia akan jadi kebiasaan pada diri Anda dan Anda menjadi immmune pada fikiran-fikiran negatif ni. Seterusnya, teliti kurniaan Tuhan yang Anda ada dan panjatkan kesyukuran, sebab Anda akan jadi lebih bermotivasi dan terus bersemangat untuk berusaha lagi mencapai matlamat Anda. Rasa bersyukur dan kemaafan mendalam merupakan senjata hebat untuk membuang pemikiran negatif seperti geram, marah, cemburu, jeles tahap dewa, dendam dan benci. Jadi, bila ada orang memandang rendah pada apa jua yang Anda kerjakan, apa jua yang Anda usahakan sekarang ini, katakan dalam hati, itu semua NOTHING. Tips paling akhir, suburkan minda Anda dengan kata-kata semangat yang positif, latih diri Anda untuk melihat pada aspek-aspek positif dan sirami hati Anda dengan kesyukuran dan rasa kekitaan. Kita semua ada melalui masa lalu yang sukar, sehingga kita merasa semuanya tidak berpihak kepada kita. Sebab itu, bila ada orang memandang rendah pada Anda, tukarkan ia kepada sesuatu yang positif dan jadikan kata-kata mereka sebagai pembakar semangat Anda. Curahkan 'kemarahan' Anda itu kepada sesuatu yang positif dan buktikan kepada mereka yang Anda sebenarnya lebih hebat daripada mereka yang asyik mengata tu!
"Kejayaan Bermula Dari Dalam Dan Sumber Kekuatan Juga Bermula Dari Dalam, Be Strong In Heart, Mind And Soul."

 

Moga dengan tips ini, Anda cemerlang hendaknya. Jumpa di artikel akan datang!