bile budak sains bercintan.........

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?? Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku. Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian. Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan. Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar! Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih. Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan. Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak. Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan. Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan? Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu. Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia? Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya. Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya. Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya. Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye? Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim. Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam. Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman. Kau: Tapi, imanku adalah infiniti! Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23. Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis. Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........