Cabut gigi

Pada satu hari, seorang pemuda pergi berjumpa doktor gigi. Nama dia Syakirin. Syakirin: "Selamat pagi doktor". Doktor : "Selamat pagi, ha duduk!" Syakirin: "Doktor, berapa harga nak cabut sebatang gigi". Doktor : "Sebatang RM120 sahaja!" Syakirin: "Tak der yang murah lagi ker doktor?" Doktor : "Kalau nak murah, cabut guna playa RM50 saja! nak ker?" Syakirin : "Masih mahal lagi doktor! ada tak yang paling murah?" Doktor : "Ada! Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut, cuma RM20 saja!". Syakirin : "Cantik doktor!! terima kasih! okey bubuh nama bos saya untuk rawatan esok!."