Cara Mengatasinya, Berbuat Baik Dan Bersangka Baik Pada Semua Orang Dalam Apa Jua Keadaan.
Anda takkan rugi apa-apa. Pujilah 3 orang setiap kali bila anda bangun di waku pagi, tiap hari. Biar rasa kagum tu meresap masuk ke dalam diri anda, sehingga anda kagum teramat sangat dengan orang tu.
Ini akan membuatkan anda akan rasa bersemangat dan mahu mencapai apa yang telah dicapai oleh orang yang anda kagumi itu. Simple saja, tapi memang mencabar, tak ramai orang boleh buat.
Begitu juga cara anda melihat kegagalan. Jika ia dilihat dari sudut negatif maka anda akan bersifat negatif. Tetapi jika melihat kegagalan dari aspek positif, maka anda sebenarnya sedang mendaki tangga kejayaan.
Oleh itu, anda harus peka dengan perubahan fikiran anda sendiri. Selalunya terjadi seseorang itu sering melihat perubahan persepsi orang lain daripada menilai persepsi fikiran sendiri. Pendek kata, cermin diri sendiri dulu sebelum kita kritik orang lain, lakukan muhasabah diri setiap hari.
Jika anda sering menilai kadar perubahan dunia fikiran sendiri, ia dapat membantu anda menstabilkan mood yang mungkin sering berubah. Ada beberapa kaedah membantu seseorang dalam menstabilkan 'mood' dan secara tidak langsung ia akan membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada anda serta masyarakat sekeliling.
Kaedah pertama, awasi fikiran anda.
Kerana, setiap fikiran sama ada positif atau negatif akan memberi kesan terhadap corak kehidupan yang kita lalui.