Coaching
Perkara yang pertama perlu anda beritahu pada downline anda adalah tentang “learning month”! Ada orang learning month dia hanya sebulan, ada 2 bulan, 3 bulan dan sebagainya. Seandainya setelah 6 bulan masih belum ada apa apa perubahan... maka lebih baiklah cari bidang lain kerana 6 bulan adalah masa yang panjang! Sekiranya anda tidak belajar apa apa tentang bisnes ini maka anda tak layak digelar sebagai networkers!!
Apa yang anda perlu ingat, dalam tempoh learning month ini pendapatan anda tidak stabil, momentum dan perasaan anda pun tidak stabil. Akan tetapi jika anda networker sejati, anda akan set dalam minda “apa pun yang berlaku, sama ada aku dapat duit @ tak dapat duit, dihentam, diherdik atau apa apa pun, aku tetap akan buat sampai aku berjaya!!!
Ajar mereka buat table talk. Ajar mereka key-in! Pastikan mereka menguasai 8 perkara asas. SMS mereka setiap hari, contohnya:
“Sila bawa mana mana prospek, saya akan buat table talk malam ini jam 8 malam. Reply A.S.A.P “Saya nak jumpa u dengan prospek u pukul 3 petang, sila beri kerjasama...!”
Ingat! Ini cara anda gerakkan downline anda setiap hari... anda perlu mengeluarkan arahan, bukannya ikut gerak langkah mereka!!
BERITAHU DOWNLINE BARU ANDA CUMA AKAN TABLE TALK UNTUK BELIAU CUMA 3 KALI SAHAJA.. MINTA DOWNLINE ANDA AMBIL PERHATIAN DAN PELUANG INI UNTUK BELAJAR BETUL BETUL 3 KALI. INI AMAT AMAT PENTING!!!! Kalau tak mereka akan leka dan asyik mengharapkan upline sahaja!