Contoh skrip cikgu Amir untuk table talk [sejam – sejam setengah minit closing]:-
[Perkenalkan diri *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
[Cerita macamana kita berjumpa dengan business ni *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
Jika kita hendak kaya, kita belajar macamana orang kaya jadi kaya. setuju @ tak setuju?
[tunjuk statement *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
kalau kita dapat macam ni sehari apa perasaan kita tuan tuan?
hari ini tuan-tuan saya nak berkongsi dengan tuan tuan.
Daripada satu keputusan yang mudah, alhamdulillah saya dapat duit hari hari. Sebab itulah kawan kita bersungguh sungguh mengajak kita datang berjumpa pada malam ni.
[cerita Masa VS $$$ *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
Saya nak cerita tuan tuan, kita tak perlu korbankan salah satu untuk dapatkan salah satu.... Ok kalau kita nak berjaya tuan tuan, ikut macamana orang berjaya.
Saya percaya tuan tuan... YOU SAY THE SAME YOU STAY THE SAME...YOU DO THE SAME YOU GET THE SAME. sebab itu tuan-tuan saya ikut kawan saya. Saya tengok dia buat duit, saya ikut saja dia. Alhamdulillah saya buat duit. betul tak tuan tuan?
siti nak kaya tuan tuan... dia ikut orang kaya.... kalau kita nak jadi kaya.. kita ikut macamana orang kaya jadi kaya. betul tak tuan tuan?
Alhamdulillah tuan tuan, dari satu keputusan yang mudah tuan tuan saya dapat bulan pertama tuan tuan....... saya dapat RM XXXK, bulan kedua tuan tuan saya dapat tuan tuan RM XXXK. jadi increament naik sebanyak RM2K ok ke tak ok tuan tuan?
Tapi yang menakutkan tuan tuan... saya ingat tuan tuan.... dia naik lagi tuan tuan... dia naik lagi tuan tuan.... pasal apa tuan tuan.... kalau kita cerita pasal internet tuan tuan.... nobody can stop internet kecuali tuhan tuan tuan.... takde orang boleh berhentikan internet tuan-tuan kecuali tuhan....betul ke tak betul tuan tuan?
Tapi alhamdulillah tuan tuan.... saya bersyukur kepada tuhan tuan-tuan dengan satu keputusan yang mudah tuan tuan saya buat duit tiap tiap hari.
tapi takyah banyak la.... Kalau dapat 100K macam mana rasa-rasanya tuan tuan? Kalau dapat 100K tuan tuan, you pegi kat bawah tu makan roti canai. Order teh tarik, order roti canai.... ini income you 100K, boleh tak sheikh? Apa you nak buat dengan income 100K? makna dalam setahun kita sudah jadi jutawan... millionaire....betul tak tuan tuan.... 100K.... kalau kita order roti canai dan teh tarik, tiba-tiba cuma teh tarik saja sampai..... roti canai tak sampai, apa yang you nak buat? you nak buat apa? setengah jam dah dok tunggu ni... you nak buat apa?
You panggil tauke kedai tolong kira.... roti tak sampai lagi... tak pa tak pa.... you kira ini, kira dengan you dan kedai kedai sekali berapa?.... ok ke tak ok tuan tuan??? Kalau faham bagi tepukan untuk diri sendiri.....
Saya nak cerita yang pertama ialah tentang Why tuan tuan? Why ni why not? takdak orang yang taknak duit..... ada tak orang yang taknak duit? Cuba angkat tangan........ kalau ada 2 kali jumaat saja lagi..... lepas tu dah takde lagi dah....
Yang keduanya tuan tuan saya nak cerita sikit tentang konsep tuan tuan. Konsep perniagaan ni tuan tuan.... dan yang ketiga tuan tuan ialah tentang HOW? Macamana nak jana duit.
Yang why ni saya dah cerita dah tuan tuan.. kalau orang tanya tu why? why not lah.... betul ke tak betul tuan tuan?
Project yang saya nak cerita ni pada tuan tuan dan pompuan malam ni.... adalah sulit sangat sangat tapi benda sulitlah yang kita nak tahu. betul ke tak betul tuan tuan..... ok...
[Business Trend *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
Ini business trend tuan-tuan....
ok ini business trend.... kalau kita nak menjalankan satu satu business tuan tuan.... yang paling penting kita kena tahu dia punya business trend. Saya ambik satu contoh, Katakan cik din bercadang untuk menjalankan satu perniagaan. Katakan perniagaan franchise. katakan cik din menjalankan satu perniagaan.. you buat perniagaan apa.... katakan foto kem, foto zoom, kodak, fuji film.... business you akan lingkup tuan tuan..... sebab apa tuan tuan.... sebab semua orang dah ada kamera digital, semua pakai handphone berkamera tuan tuan. Kalau kita pergi kotaraya tuan tuan... kita tengok semua kedai gambar dah bertukar menjadi kedai handphone.... separuh kedai dobi separuh kedai handphone.
kalau kita tengok foto kem, foto zoom, kodak, fuji film.... statistik dia tuan tuan... sales dia menjunam tuan tuan.... saya tuan tuan.... gambar semua yang saya tangkap.... saya simpan dalam hard disk... cukup 1000 keping saya hantar ke siam tuan tuan. Di Siam tuan tuan cuci baru 5 sen sekeping.... Kalau 2000 keping tuan tuan..... jumlah semua baru RM10. Bayangkanlah tuan tuan... ini trend....betul ke tak betul tuan tuan??
Contoh.... tuan tuan .... mari kita tengok pada tahun 80-an.... masa ni tuan tuan orang main electrical appliances dan jugak automotive. masa ni kenallah dengan Seng Heng, Seng Hup, rangkaian HS Lee.... wholesaler, retailer... sapa yang menjadi retailer, wholesaler pengimport peruncit pada masa tu....pada zaman tu pasti jadi kaya tuan tuan.....
Dan pada masa ni Proton jugak dilancarkan tuan tuan. Dan pada masa ni siapa yang main spare part pun boleh jadi kaya.... Pada tahun 2010 tuan tuan kalau kita nak kaya tuan tuan.... kalau kita nak buat perniagaan kita kena buat perniagaan berasaskan kepada internet ataupun e-commerce business.
Dan perniagaan yang saya nak perkenalkan kepada tuan tuan adalah uptrend2u. Trend ke atas untuk kita ke atas.Bila kita cakap tentang trend ke atas ni, bebaru ni kat chukai terengganu masa saya buat satu taklimat kat sana ada sorang bertanya dekat saya... ni cik Saiful yang bercakap kat depan.... apa kena mengena antara uptrend2u dengan kerajaan langit yang duduk kat atas.... saya tergamam tuan-tuan... saya kata apa... mmmm.... kerajaan langit ayah pin atas lagi dan bawah sikit dan kita langsung tiada kena mengena...
Jadi hari ni tuan tuan kita tak perlu bimbang, betul ke tak betul tuan tuan?
OK. Ini satu perniagaan kita tuan tuan... your link to the top tuan tuan.
And then tuan tuan satu lagi tuan tuan apabila saya bercerita tentang perniagan internet tuan tuan. Apa yang kita faham tuan tuan? Ini dia orang yang kaya melalui perniagaan internet tuan-tuan. Ini dia tuan tuan. Ini Bill Gates tuan tuan... setiap 4 saat tuan tuan... 1-2-3-4... dia collect 1 million USD tuan tuan!!! Cuba kita dok diam kejap.... 1-2-3-4..... berapa tuan-tuan... habuk pun takdak....
Hari ni kalau kita bukak internet ada satu search engine yang bernama google.com. Tau tak siapa owner dia? Nama dia Larry Page. Website dia tuan-tuan bernilai US$ 3 billion. Amazon.com, Yahoo.com, Ebay.com tuan tuan.... sebahagian dari orang yang paling kaya di dunia ni datang dari perniagan internet tuan tuan. Dulu orang paling kaya di dunia ni, lebih dari 40% adalah orang yang buat business internet. Betul ke tak betul tuan tuan?
Dulu orang yang kaya di dunia ni yang jual minyak tu... Sultan Brunei..Kini orang yang kaya adalah orang yang involved dalam internet tuan tuan. Lebih dari 40% datang dari perniagan internet tuan tuan.
Henry Ford ni tuan tuan mengambil masa 23 tahun tuan-tuan untuk collect US$1billion.
1 billion tu banyak ke sikit tuan tuan? Banyak banyak banyak....... One billion... banyak ke tak banyak?.... Bebaru ni kawan saya, anak dia tanya saya..... uncle...uncle... 1 billion tu banyak mana? banyak ke tak banyak uncle? Saya jawab.. banyak.... dia kata.... banyak mana? Banyakkkkkkk saya kata.... saya kata duit tu kalau simpan dalam bilik.... tu pun tak penuh lagi... tapi dia tak paham jugak....
Saya tanya dia... you simpan duit tak? Simpan.. dia cakap... saya tanya... berapa banyak simpan?.... singgit dia kata... MasyaAllah.... Dalam satu juta tu banyak tak?.... banyak... ok... you simpan sejuta sehari selama 3 tahun tanpa gagal.... itulah satu billion. Oh terima kasih tuan tuan..... terus naik keatas budak tu...nampak tak tuan tuan..... budak tu pun nak 1 billion.....
Ini yang kedua Sir Walter.... Walmart tuan tuan, dia mengambil masa 20thn untuk collect 1 billion tuan tuan.
And then yang ketiga tuan tuan.... ini Bill Gates.... tahu tak bill gates? Cukai pintu!!! dia mengambil masa 12 tahun untuk collect 1 billion.
Haa... ini dia tuan tuan Jeff bezos.... amazon.com dia mengambil masa 3 tahun untuk dapatkan 1 billion USD. Kini hari ni tuan tuan dalam masa 5 tahun berturut-turut dia sudah collect 9 billion tuan tuan. Kalau 9 billion tuan tuan... kalau setiap hari kita simpan sehari 1juta berapa lama untuk dapat 9 billion? Ohh... ko matematik fail ka? Tapi takpalah.... tuan tuan.....
tapi hari ini tuan-tuan saya nak tunjukkan saya punya inspirasi tuan tuan.
Jutawan Siber. Ha... kenal tak siapa inspirasi saya... tuan kenal tak dia tuan tuan?
Ini dia Irfan Khairi. Kenal ke tak kenal tuan tuan? Saya bawak kemana mana sebab dia adalah inspirasi saya. Umur 25 tahun pendapatan 1 juta tuan tuan.... Umur 25 tahun pendapatan 1 juta tuan tuan!!! apa dia buat tuan tuan... dia jual peta Malaysia dekat pelancong asing.. dia jual peta Malaysia dekat pelancong asing.. bayangkanlah....peta tu dia cuma ambik negeri johor saja tuan tuan.. hari ni dia tido.. pelancong masuk klik dan beli peta dia tuan tuan..dan di hantar melalui UPS saja. Bayangkanlah....ini pun boleh kaya!!! Dan masa terdekat ini, dia target jumlah pendapatan dia adalah 40 juta tuan tuan.. bayangkanlah.. Kita takyah banyaklah tuan tuan... kalau setengah juta ok ke tak ok tuan tuan? Dapat ok ke tak ok tuan tuan? Ok tuan tuan....
Apa perniagaan yang dia buat tuan tuan? Internet... mekanisme yang dia buat tu apa tuan tuan? Internet... dia tak buatlah uptrend tuan tuan.. tapi mekanisme yang dia buat adalah internet..itu pun boleh kaya tuan tuan..
Kalau ke Seremban, banglo baru 3 tingkat tuan-tuan, sebelah kiri.. itulah rumah dia tuan-tuan. Bayangkanlah tuan tuan... ini budak muda tuan tuan... saya kagum dengan dia tuan tuan. Sebab tulah kita kena buat perniagan internet ni tuan-tuan.
Dalam perniagaan ini tuan tuan. Perniagaan yang saya nak cakap dekat tuan tuan hari ...
networking + e-commerce... itulah dia uptrend2u.com yang mana dalam
Yang mana gabungan dua konsep perniagaan ini terbukti telah menghasilkan ramai jutawan dalam perniagaan ini tuan-tuan.
Hari ni tuan-tuan company sudah menghasilkan lebih dari 32 orang jutawan tuan tuan. Dan company target tuan-tuan, tahun depan company target untuk hasilkan 100 orang jutawan. Hari ni depan saya tuan tuan, tuan-tuan berpeluang untuk menjadi jutawan. You will be the next millionaire. Kalau faham tolong beri tepukan untuk diri sendiri tuan-tuan.
Apabila kita sembang tentang e-commerce tuan-tuan, apa yang saya nampak tuan tuan, saya nampak 2 perspektif tuan tuan. Pertama saya nak cerita tentang SPEED... kepantasan untuk mendapatkan duit. Dan kedua saya nak cerita tentang dunia tanpa sempadan tuan-tuan dalam perniagaan ni tuan tuan. . Saya ingat lagi baru-baru ni... malam rabu lepas saya dapat satu call dari Surabaya. Assalammualaikum....Hello bapak Amir ada? Saya tergamam tuan tuan. Hello bapak Amir ada? Saya terfikir isk... sejak bila pulak aku jadi bapak ayam. Hello bapak Amir...... err... ya yaa..... saya Amir.... Saya Soejipto dari Surabaya... Saya gembira bercakap dengan kamu. Saya buat pangilan dari Surabaya dan saya adalah salah satu jaringan kamu di Surabaya. Bayangkanlah tuan tuan... saya tak pernah pergi ke Surabaya tapi saya ada perniagaan di Surabaya. Tuan tuan bayangkanlah saya duduk kat Port Dickson saya ada satu perniagaan yang besar. Saya tak pernah pergi Sabah, dan memang tak munasabah. Betul tak betul tuan tuan? Sama la jugak dengan Surabaya....
Ok ini lesen kita dan kita beroperasi dengan sah tuan-tuan.
[Cerita tentang company profile *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
Apabila kita join dalam perniagaan ini, saya nak cerita konsep sikit dekat tuan tuan. Konsep dia senang saja tuan tuan.....
[Cerita tentang business concept *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
ok macam nilah tuan tuan... bersama dengan saya come as a group, kita sama sama create buying power. Kuasa beli dan kita kongsi untung dengan multi national corporation tuan tuan. Di uruskan oleh uptrend malaysia dengan kerjasama 2 bank iaitu CIMB dan Ambank. Makna kata kalau bank dah percaya, takkan kita tak percaya tuan tuan. Kalau tuan tuan tak percaya tak per.... tak perlu kepercayaan tuan tuan... jangan percaya. Tapi Bank percaya. Mana lebih penting antara tuan tuan dengan bank? Kalau bank dah berani tee-up company kita takkan kita tak nak percaya? Auditor bank dah buat homework untuk company kita tuan tuan. Kini kita sudah berada di 8 buah negara. [bg contoh daihatsu-perodua, kia-naza]
Dalam business ni ada memacam tuan tuan.....
[cerita benefit sebagai ahli e.g internet telephony *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
Yang saya nak tunjuk kat tuan tuan sebenarnya macam mana nak buat duit daripada perniagaan ini. Betul ke tak betul tuan tuan? Setuju ke tak setuju?
[cerita hybrid marketing plan *** kalau nak taip panjang..... anda hurai sendiri]
coming up next: kajian tentang presentation cikgu amir di atas. Kenapa dia gunakan ayat itu, ini, mengapa? bagaimana? sebab apa? tujuannya? kesannya? dan banyak lagi......