Contoh skrip untuk table talk
[30 - 45 minit closing]:-
Ada 7 bahagian dalam table talk:
-
Pengenalan perkenalkan diri.
-
Tunjukkan statement income (anda/upline anda) Sekiranya anda gunakan statement income saya, guna ayat ini bagi mengelakkan prospek tanya anda “mana awak punya?” Kata begini; “Ni statement income yang pertama ditunjukkan pada saya. Encik Saiful ni baru join 3 bulan lebih awal dari saya... waktu dia start dulu dia tunjuk Cikgu Amir punya pasal dia baru start. Tapi selepas tu dia gantikan Cikgu Amir punya pasal income dia dah besar! Sekarang saya pulak yang baru. 3 bulan lagi InsyaAllah income saya pulak macam dia. Mudah mudahan kita sama sama ganti tempat dia pulak!!!
-
Buka minda Business
trend (refer kertas marketing plan) Mengapa perlu buat e commerce? Manusia terkaya di dunia – Bill Gates dari industri komputer & e-commerce. Ramai jutawan muda di bawah umur 40 tahun datangnya dari bidang e-commerce Larry Page 26 tahun dah kutip USD 3 billion dari website google.com Irfan Khairi, anak Malaysia jutawan di usia 25 tahun juga datang dari bidang e-commerce! Apa yang mereka dapat setelah join? – income hari hari PERBEZAAN antara e commerce & direct selling. Auto maintain Plan B
-
Marketing plan System hydbrid Level semudah A+B+C ahli, beli 1 produk pakej, cari bisnes partner (jangan guna perkataan cari orang) Marketing plan Bronze ikut sistem & tak ikut sistem GBE xtra bonus LDB & CAR FUND beza pendapatan Bronze & Silver beza pendapatan Bronze & Platinum Potensi income Bronze, Silver, Platinum = RM 20K, 60K, 140K
-
Tunjukkan tentang HOW & sistem 747
Dalam industri ini, ramai yang gagal dalam bab ini. Ramai orang hanya menceritakan tentang why (kenapa) tapi tiada HOW (bagaimana)!!!
-
Emosi (sentuh emosi dan saya panjangkan bab ini)
Gunakan ayat –ayat yang menyentuh hati seperti: - Berapa anda bagi mak anda wang sebulan? - Bolehkah anda hantar ibu bapa menunaikan haji dalam masa 3 – 6 bulan dari sekarang sementara anda masih ada? - Apa akan jadi pada isteri dan anak anda jika anda mati dalam kemalangan? - Apa akan jadi sekiranya anda lumpuh?
MY STORY... Selalunya saya bagi mak saya RM 50 sebulan, tu pun kadang kadang missed jugak! Kalau balik raya bukannya bagi mak duit, tapi mak pulak yang bagi duit kat kita, pasal balik KL dah tak de duit.... tapi sekarang dapatlah bagi sebulan RM 1000Nenek kat kampung dari saya belasan tahun dah hajat sangat nak pegi Mekah.... malangnya semua adik beradik mak saya perempuan... semua dah kahwin dan ikut suami masing masing. Semua tak mampu nak tolong.... tapi saya buat perniagaan ini 8 bulan jer dah dapat bayarkan dia & mak saya menunaikan haji.Saya tak nak kerja sampai umur saya 55 tahun. Dapat EPF pula, 2 tahun saja dah habis... lepas tu nak kena pegang senapang lagi... badan dah tak kuat!!Apa-apa yang berlaku pada saya, saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, suami & ayah... pasal mereka boleh share harta saya... duit pun masuk tiap tiap hari dan isteri saya pewaris dalam perniagaan iniPergi kerja balik kerja katakanlah eksiden, Abang tak mati.... tapi abang lumpuh.... siapa yang nak bayar gaji Abang? Isteri merana, anak tersiksa nak menanggung kita... tapi adanya bisnes ini boleh tak kita upah 10 orang jaga kita tanpa perlu menyusahkan orang lain?
IMPIAN...
Bagi saya dapat 20K dah cukup.... boleh beli rumah harga RM1 juta... bayar bank RM10K... ada balance lagi RM10K, RM 2 K bayar BMW... ada balance RM8K..... beli Mercedes bayar baru RM3K ada balance lagi RM5K.... RM20K pun dah ada lifestyle!!!
Paling penting... saya tak de hutang. Tak ada beban kalau anak nak masuk universiti ke..... dapat hantar famili pergi Mekah.
Closing
-
Apa yang anda perlu buat ialah hulur borang dan tanya: nak beli tujuh kedai ke Platinum? Atau terus tanya; “Di sini ada borang, tuan boleh isi nama, alamat, no telefon...” kemudian mintak prospek buat keputusan masa itu juga!RAMAI ORANG BERI PELUANG PROSPEK MEREKA BALIK FIKIR DULU! INI ADALAH KESALAHAN MAKSIMUM & PUNCA KEGAGALAN SEBENAR!!!!
-
Tahap panas seseorang itu cuma 48 jam sahaja!!!Oleh itu sebelum prospek kata “balik fikir” saya akan kata “hari ni abang kena buat satu keputusan YES @ NO kerana saya anggap ini pertemuan pertama dan terakhir kita..... isi borang ni, lepas ni kita cerita bila dan pakej mana nak bayar!”HATI MESTI KERINGdalam hal closing, prospek anda mahu melihat kepimpinan anda kalau tak dia pun tak mahu join kalau anda lembik!!!EXTRA CLOSING
-
Saya pun seperti anda pakai seluar dalam pecah kasut crocodile (koyak) ternganga lapar, beza antara saya dengan anda ialah saya join 3 bulan lebih awal!Create urgency! – Jangan paksa dia masuk, buat dia TERPAKSA MASUK!!
-
Biasanya kalau anda paksa, maka manusia ada ego mereka dan mereka akan menolak bulat bulat! Tapi sekiranya anda di atas, dia di bawah dan buat mereka yang perlukan kita, bukannya kita perlukan dia, maka ianya berhasil!!
Contoh:
“U tak join tak pa, bisnis ni bukan utk saya.... saya dah join...!! bisnes ni untuk u... saya tak rugi sedikit pun kalau u tak join... tapia kalau u sanggup macama ni selamanya up to you...” Kalau mereka kata “balik fikir dulu...” Jawapan anda;
Kalau saya cakap pada abang... “bang..... ni lighter... bayar RM 1500 dapat lighter ni....” maka you are right kalau tak join!
Kalau saya cakap pada abang... “bang..... ni bom... mari jual bom, boleh buat duit....” maka you are right kalau tak join!
Kalau saya cakap pada abang... “bang..... ni dadah... kita jual....” maka you are right kalau tak join!
Kalau saya cakap pada abang... (pada masa ni hulur duit pada beliau..) ambil duit ni... ambillah... (di saat beliau nak ambik cepat cepat kita halang...!) Sori... abang tak boleh ambik pasal abang tak buat keputusan lagi! Saya anggap ini pertemuan pertama dan terakhir... abang nak saya buat presentasi lagi satu ke atau abang nak tanya saya apa apa soalan lagi? Bayar deposit dulu bang.... baru saya datang lagi sekali jumpa abang...>!
Tanya mereka dari golongan mana? Ada 4 jenis Abu dalam hidup rasulAllah.
-
Abu Bakar As-Siddiq – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam.... terus masuk tanpa banyak songeh!
-
Abu Jahal – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam... dia berkata... “kalau kau cerita lagi mengenai islam wahai Muhammad, aku bunuh kau....!
-
Abu Mutalib – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam... beliau berkata..... “bagus islam ni.... kau buat la.... aku sokong....” (sampai akhir hayat pun tetap tak join!)
-
Abu Khufafa / Saidina Omar – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam.... mula-mula beliau berkata....” Kalau kau cerita lagi pasal islam wahai Muhammad, aku bunuh kau.....!” tapi setelah memahami islam beliau berkata.... “Kalau kau cuba hina islam.... aku bunuh kau....!”