Disiplinkan Diri Mengawal Minda
Bidang spiritual, perihal minda dan psikologi kejayaan menjadi minat saya sekian lama. Di waktu mula-mula dulu minat ni bercambah bila saya banyak membaca artikel minda dan tips visualisasi dalam bahasa Inggeris, apa saja yang berkaitan dengan minda, semua saya print dan baca berulang-ulang kali.
Dari apa yang saya lihat, masyarakat sekeliling kurang peka pada perihal minda dan potensinya untuk mencapai kecemerlangan peribadi. No wonder mengapa orang-orang cemerlang menjadi begitu hebat pencapaianya, they knew something. Mereka mengetahui sesuatu yang orang lain tak tahu, iaitu kuasa minda. Bila saya bercakap mengenai kuasa minda pada kengkawan saya, mereka start menjauh dan mengatakan apa yang saya cakap ni 'mengarut'. Tapi, saya dah nampak kesan pemikiran mereka sendiri pada kehidupan sehari-hari yang mereka jalani. Banyak yang saya perhatikan, terutama masalah kewangan mereka sebab mereka katakan pada diri yang masalah kewangan mereka takkan pernah surut dan tak pernah habis-habis. Bila saya kata, tumpukan fikiran pada penyelesaian masalah, they told me to GO AWAY dan semua tu takkan berkesan. Well, jika itu apa yang mereka fikirkan, so be it. Tak tahu di mana silapnya saya, mahu menerangkan pada mereka supaya tukar stail pemikiran mereka tapi saya tak diminta untuk masuk campur. Selain tu bila saya analisis pattern pemikiran mereka, nyatalah yang mereka masih berada di tahap pemikiran negatif dan tidak berhati-hati dengan segala percakapan mereka, yang keluar dari bibir mahupun yang ada di dalam hati. Bahkan, mereka memaki-maki dengan kata-kata kesat. Bila saya dengar kata-kata sebegitu bagaikan satu arus letrik menyengat yang 'menyakitkan' buat diri saya. Saya elak kata-kata sebegitu kerana ia menurunkan motivasi diri saya. Setiap kali bangun pagi, kawan-kawan serumah saya ni terus memikirkan masalah kewangan, gaji yang sedikit dan perbelanjaan yang semakin banyak. Selain tu dari apa yang saya perhatikan mereka mencemuh orang-orang yang kaya, yang banyak duit dan yang memandu kereta mewah. Nyatalah gelombang minda yang lahir dari minda mereka adalah gelombang negatif, penuh dengan iri hati, menyampah dan meluat. Semakin banyak mereka 'layan' pemikiran sebegitu, semakin teruk hidup mereka jadinya. All i can say, mereka yang memberi 'masalah' pada diri sendiri kerana mereka telah memilih untuk berfikir sedemikian bukannya yang pemikiran yang baik-baik dan yang positif. Bila saya katakan pada mereka supaya cuba bersangka baik pada orang lain, thay say what i'm talking is 'crap'. Kesan dari itu, saya membuat kesimpulan sendiri. Perihal minda, teknik mind setting dan kawalan esmosi masih kurang di dalam masyarakat kita. Saya pula bergelut dengan banyak arus negatif di dalam rumah ni tiap hari. Sungguh mencabar. Dari apa yang saya perhatikan, orang-orang cemerlang semakin cemerlang dan terus cemerlang kerana mereka tahu memanipulasikan kehebatan minda dan jarang share rahsia tu dengan ramai orang sebab tak ramai yang mampu memahaminya. Mungkin juga mereka pernah mengalami situasi yang sama seperti saya. Tidak ramai yang tergerak hati nak ambil tahu perihal minda. Selalu yang faymes, potensi minda untuk tarik duit. Tapi lama-kelamaan mereka give up kerana tidak sanggup mendisiplinkan diri dengan fikiran-fikiran positif, mengatakan susah untuk berubah menjadi orang yang berfikiran positif dan takde gunanya berfikiran positif kerana masalah kewangan mereka masih di tahap yang sama. Terus terang saya katakan kuasa minda memerlukan disiplin diri dan keazaman yang kuat. Saya bersyukur kerana berkat dari masalah-masalah lalu, saya ditemukan dengan kuasa minda lalu saya pelajari untuk merubah hidup saya. Kebanyakan darinya ada dikongsikan oleh Amar dalam bukunya Rahsia Minda Jutawan. Selain tu teknik-teknik minda yang dikongsikan oleh M.Rozani dalam bukunya Kuasa Minda Separa Sedar banyak membantu saya 'stay on course' dan memandu perjalanan kerjaya saya agar tidak tersasar dari matlamat asal. Setakat ini hanya 3 buku yang memberi panduan mengenai kuasa minda dalam bahasa Melayu. Pertama buku Dr Tuah Iskandar dan seterusnya buku tulisan Amar dan M.Rozani. Rujukan saya pula kebanyakan dalam Inggeris, terutama The Secret dan Think & Grow Rich. Lepas baca saya amalkan apa yang ditulis dalam buku tu dan saya gabungkan dengan zikir. Secara jujurnya saya berkata gerak hati saya kuat setelah rajin mengamal zikir. Saya dapat bayangan visual siapa yang cari saya, ahli keluarga yang nak datang ke KL dan kawan-kawan yang berada di luar pintu rumah walaupun ketika saya menaip. I donno how to explain, i just can 'feel' them. Ini bukan mengarut, tapi dah berlaku tiap hari. Saya takde kelulusan professional dalam bidang spiritual. Saya mengamal dan mempraktikkan apa yang saya baca dari banyak buku minda, artikel kuasa minda dan sumber-sumber bacaan perihal kuasa minda yang banyak di Internet. Bila dah tahu kuasa minda dan mula amalkannya, kena hati-hati dengan apa yang kita fikirkan, yang kita bualkan dan yang kita rasakan dalam hati, kerana ia akan menjadi realiti. Remember, thoughts become ... THINGS.