Duit, Duit dan Duit..

Sama ada anda bekerja sendiri atau bekerja makan gaji, cekapkah Anda mengurus kewangan peribadi anda? Dah ada buat bajet sendiri?ohhh.. bagus, bagus.. teruskan.
Sama ada anda pelajar atau penganggur, cemana dengan level pengurusan kewangan Anda, boros atau jimat? atau, asyik nak minta "suntikan modal" dari parents?
Walau apapun, Anda perlu cekap mengurus kewangan. Untuk apa? supaya anda tak susah dikemudian hari. Di sini saya kongsikan beberapa langkah yang saya gunakan dalam mengawal kewangan saya.  
Langkah Pertama... 
Bila anda dah mempunyai pendapatan tetap dari gaji bulanan, disiplinkan diri untuk menyimpan 10% daripada jumlah income anda. Katalah income bulanan anda RM1,000 maka simpanan bulanan anda ialah RM100. Setahun, dah ada RM1200.
  Langkah Kedua... Kawal Perbelanjaan anda. Displin diri amat perlu di sini. Tumpukan pada keperluan anda dan keluarga, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Benda lain, jangan fikir terlebih dahulu. Tutup mata dan jalan terus. Seimbangkan dengan pendapatan anda. Kalau income kecil tapi bernafsu besar nak beli itu ini, alamat bankrup jadinya. Lebih baik jadi diri sendiri dan jangan berlagak bagai orang yang banyak duit. Ini pernah terjadi pada saya. Kalau nak beli apa saja kehendak (bukan keperluan) anda, tanya diri anda dengan 3 soalan ini : Apa gunanya kalau saya beli? Berapa lama saya nak guna? Penting sangat ka? Tahankah Ia bertahun lamanya?
 
Langkah Ketiga....
  Cari sumber pendapatan sampingan. Di internet anda boleh jual apa saja produk, ebook, poskad, buku atau apa saja yang bersesuaian dengan minat anda untuk dapatkan wang tambahan. Selain internet, anda boleh guna cara offline, jadi guru tuisyen, buat t-shirt design atau jual burger macam cadangan Chef Li dalam bukunya jutawan senyap. Barang makanan ni senang nak jual. Selain itu, boleh jadi affiliate dan buat program jana wang seperti Adsense dan Adbrite. Semuanya percuma. Kalau boleh, senaraikan kesemua sumber pendapatan anda selain gaji dan bekerja keras untuk mendapat hasil dari setiap satunya. Sampai bila anda mahu berharap dengan gaji anda? Adakah anda dah berpuas hati dengan gaji dengan sedia ada? Ingat, Anda perlu menyimpan untuk masa depan bukan saja untuk masa "emergency" saja. Jadi, mula menyimpan sekarang walau dengan hanya RM10
sahaja.Lepas tu, lupakan duit yang anda simpan tu.