- Apa yang boleh aku buat untuk dapat untung RM200?
Duit, Minda dan Teknik Bertanya
Pada tulisan lepas saya telah menyentuh tentang kapal,kapten kapal dan anak-anak kapal, sebagai perumpamaan kepada kuasa minda. Ia ada di bahagian bawah artikel ini dengan tajuk Minda Bawah Sedar - Definasi.
Apa saja matlamat Anda dan kemahuan Anda, ia boleh dicapai dengan Kuasa Minda. Saya mahu kongsikan rahsia saya...
Katakanlah Anda mahukan duit dalam minggu ni. Anda tetapkan matlamat dalam minda bahawa Anda mahu mencapai RM200 dalam minggu ni. Lalu, Anda bertanya pada diri apa yang boleh Anda lakukan untuk mendapat RM200 tu.
Bila minda bawah sedar tahu matlamat Anda ni, dia akan mencari-cari dalam memori Anda maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-hal lepas, bagaimana Anda mampu mencapai wang sebegitu banyak.
Minda bawah sedar akan terus mencari dan mencari.
Tuliskan ia, supaya Anda nampak dan minda bawah sedar cepat "menangkap" tulisan Anda itu. Lagipun, kita menggunakan tangan untuk menulis, jadi ia membantu minda kita untuk tahu apa yang kita tuliskan tu, kita akan ingat apa yang kita tulis tadi. Timbulkan rasa excited bila menulis matlamat Anda ini.
Minda peka kepada visual. Apa saja yang Anda nampak, ia akan "tangkap" secara automatik. Sebab itu dalam beberapa artikel minda, mereka menyarankan Anda supaya membayangkan matlamat Anda seolah-olah ia berlaku sekarang. Bayangkan sedetail yang mungkin seperti ia sedang berada di depan mata Anda.
Kuncinya adalah relaks. Jangan fikir pasal ia menjadi atau tidak.
Jika Anda risau, gusar, susah hati bahkan tak percaya dengan hal ini, maka apa yang anda mahu takkan berlaku.
Mengapa? sebab Anda sangsi dengan kuasa minda bawah sedar Anda sendiri. Jika Anda risau walaupun sedikit, ia takan berkesan. Tukar fikiran Anda cepat-cepat. Buangkan semua keraguan Anda.
Belajar untuk LET IT GO. Apa saja kemahuan Anda, nyatakan ia dalam hati. Cukup sekali saja.
Kalau berani menghadapi komen yang "menyampah", nyatakan pada orang lain dengan cukup yakin dan cukup kuat tentang kemahuan Anda itu, jadikan cakapan "menyampah" dari mereka sebagai satu cabaran buat Anda.
Selepas itu, LET IT GO. Relaks dan sentiasa bertenang. Bagaimana minda merealisasikannya, serahkan ia pada alam semesta (Universe).Biar ia berlaku dengan sendirinya. Biarkan ia berlaku secara natural.
Cara saya,saya tanya diri dengan soalan ini :
- Bila aku mahukannya?
- Apa strategi yang boleh aku gunakan untuk mendapat untung RM200?
- Di mana aku boleh bermula?
- Cemana aku boleh enjoy dengan cara ni?
Jawapan yang paling baik adalah dengan bertanya, bertanya dan bertanya. Sentiasa timbulkan pertanyaan ini dalam minda.
Saya selalu gunakan cara ini. Ia secara tidak langsung akan menggerakkan diri saya dan Anda untuk bertindak dan berusaha untuk mendapat RM200 itu.
Selepas itu, anda perlu berwaspada dengan peluang-peluang yang muncul. Ia mungkin dalam bentuk idea penulisan, inspirasi mahupun situasi. Bercakap pasal situasi, ia akan berlaku secara kebetulan.
Semua ini kerja Minda.
Anda akan bertemu dengan orang-orang yang anda kenali secara tiba-tiba, berjumpa dengan artikel yang memberi Anda idea atau Anda tiba-tiba ternampak satu website yang menimbulkan minat Anda.
Ia bukan kebetulan. Itu kerja minda Anda. Nampak tak?
Inilah keajaiban minda yang saya maksudkan. Selain memberi idea, "anak-anak kapal" membawa Anda berjumpa dengan apa saja yang boleh membantu merealisasikan matlamat Anda.
Anda Kapten mereka dan Anda telah memberikan "arahan" pada mereka untuk mendapat RM200 dalam minggu ini. Mereka cukup setia, bahkan mengikut apa saja kata Anda, perasaan Anda mahupun kata hati Anda.
Selepas itu, bersyukur pada yang Maha Esa. Ucapkan terima kasih dalam hati Anda. Ucap terima kasih pada alam semesta (Universe) kerana menemukan Anda dengan peluang ini.
Biar rasa terima kasih dan rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri Anda, meresap sedalam yang mungkin dan sejauh yang mungkin. Lafazkan dalam hati . Kalau boleh, ucap dengan nada berbisik.
Lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak yang Anda terima.
Unbelieveable? Believe IT.
Ia berlaku pada saya. Ia juga BOLEH berlaku pada Anda.