Emosi, Samurai dan Anakin Skywalker

Kali ini saya mahu berkata tentang peranan emosi dalam menggapai kecemerlangan dan untuk merubah diri Anda sendiri ke tahap yang lebih baik.

Emosi, satu senjata yang amat kuat sebenarnya. Semua kita beremosi, tapi sesiapa jua yang mampu mengawal emosi, mampu dan berpotensi besar untuk menjadi orang cemerlang.

Dalam kajian yang saya lakukan, saya mendapat jika Anda tahu mengawal emosi dan membiarkan logik akal memandu emosi Anda, impaknya bukan sembarangan. Kata kawan saya, "wuiihh, ko ingat cincai ka? ..

Teringat ciri-ciri seorang Samurai dan emosi Anakin Skywalker.

Seorang Samurai sanggup berani mati kerana mahu memberi khidmat terbaik kepada Maharaja Jepun. Lihat filem The Last Samurai.

Setiap samurai berlatih mengawal minda dan mengawal emosi melalui latihan meditasi sejak kecil.

Disiplin diri amat tinggi dalam diri mereka. Semua apa yang dilakukan disiapkan dengan penuh sempurna. Emosi positif, melalui sikap berani mereka amat dikagumi sehingga berani mati.

Pada pandangan saya, jika semua kita menerapkan sikap berani GAGAL, takkan ada lagi alasan-alasan dan takkan jadi patah semangat bila orang keliling memperlekehkan usaha kita. Biarlah kita jadi Samurai dalam apa jua kita lakukan, beranikan diri!

Anakin Skywalker, watak yang amat saya minat. Tidak kenal erti takut dan bertindak mengikut gerak hati, naluri dan daya intusinya yang kuat.

Dia tanpa kenal erti kepentingan diri sendiri dan sanggup melakukan apa saja yang dirasakannya perlu untuk kebaikan orang lain.

The Force pada pemahaman saya adalah kuasa minda. Ia juga merupakan telepati, telekinesis (menggerakkan benda dengan kuasa minda) dan deria keenam.

Kuasa minda boleh dibina dan dilatih kekuatannya. Semua kita ada daya spiritual tersendiri.

Makin banyak berlatih, makin kuat jadinya dan makin boleh dikawal. Satu lagi,semua Jedi (sebutan melayunya J-dai) mengamalkan meditasi supaya mampu mengawal minda dan mengawal emosi.

Bahkan dari apa yang saya baca, ketika bertarung bukan emosi yang mengawal mereka, tapi The Force (kuasa minda, gerak hati) dengan berserah sepenuhnya.

Mereka bertindak dipandu oleh gerak hati. Jedi tak membenarkan emosi menguasai diri mereka.

Semua Jedi (sebutan melayunya J-dai) dilatih sejak dari bayi lagi dan dibentuk supaya menjadi seorang yang baik pemikirannya. Watak Jedi dalam filem Star Wars diilhamkan dari ciri-ciri, stail pergerakan dan mindset seorang Samurai.

Bila dewasa, Anakin gagal mengawal emosinya. Emak yang disayangi mati dipangkuannya sebab diculik dan diseksa oleh SandPeople lalu menyebabkan Anakin menyimpan dendam,rasa marah benci pada SandPeople sampai bila-bila.

Tambah lagi disebabkan tidak mahu kehilangan cinta agungnya pada Padme Amidala dan rasa tertekan sebab dipolitikkan oleh Jedi Council, Anakin membiarkan kemarahan, rasa geram dan mahu balas dendam menguasai dirinya.

Lalu dia bertukar dari seorang Jedi (sebutan melayunya J-dai) yang baik kepada watak Sith yang jahat, dah macam gunung berapi meletup!

Watak Sith menggunakan emosi negatif dan perasaan marah yang ekstreme (rage) untuk jadi lebih berkuasa, lebih bertenaga dan jadi lebih berani. Sama macam Anda juga, bila dah naik marah, dah tak ingat apa dah yang penting naik marah!

Camtu juga Sith, bila bertarung mereka menerapkan perasaan marah, dendam kesumat dan benci pada Jedi dalam dirinya untuk jadi cemerlang dalam usahanya membunuh si Jedi. Anda orang yang dah naik hangin dan yang tenang saha, rasanya siapa menang? letak jawapan Anda di ruang komen di bawah ni.

Selalunya orang marah ni selalu rugi, sebab tak berfikir dulu dan tak berperancangan. Bila dah sedar, dah terlewat lalu menyesal jadinya.

Kata-kata ini saya dengar dari sekolah rendah lagi. Dah banyak kali saya nampak, betul juga.

Jika Anda mahu lebih mengawal emosi dan mampu mengawl marah,amalkan bertafakur atau bermeditasi pendek. Duduk tenangkan diri, setenang yang mungkin serelaks yang mungkin selama 5 minit sehari sambil menutup mata sudah boleh membuat Anda menjadi lebih tenang .Lama-kelamaan jika mengamalkan teknik ini, Anda mampu mengawal emosi, syaratnya be relaks, be in control.

Dalam apa jua keadaan, Anda ada dua pilihan. Anda boleh pilih untuk buat yang baik, yang buruk, ambil yang positif atau ambil yang negatif.

Orang-orang cemerlang termasuk jutawan-jutawan dan billionaire, memilih untuk buat yang baik dan ambil yang positif. Anda patut buat perkara yang sama untuk jadi cemerlang.