Fikiran Positif dan Fikiran Negatif.

Kali ini saya akan berkata tentang fikiran positif dan negatif. Ramai orang bertanya pekebendanya berfikiran positif ni dan apa pula yang dimaksudkan dengan fikiran negatif.

Saya akan mengupasnya di sini satu persatu.

Baca baik-baik apa yang saya perkatakan ini. Kalau boleh baca berkali-kali.

Fikiran positif adalah pemikiran dan tanggapan yang baik-baik. Ia merupakan rasa kagum, gembira, optimis, bertenaga, ceria, sayang, cinta bahkan rasa berani bila melakukan sesuatu.

Bila Anda terapkan sifat ni dalam diri Anda akan mampu menempuh sebarang cabaran dan mampu bangkit dari kegagalan yang dilihat mustahil. Selain perasaan di atas, fikiran positif juga dikaitkan dengan perasaan berani gagal, sangup bekerja keras dan mahir mengawal emosi.

Minda bawah sedar senang untuk merealisasikan impian orang yang berfikiran positif.

Kenapa pula? Saya akan terangkannya di bahagian bawah.

Fikiran negatif pula adalah pemikiran, perasaan dan tanggapan yang buruk. Ia adalah tanggapan buruk atau reaksi buruk Anda terhadap seseorang, sesuatu perkara, situasi mahupun sesuatu cita-cita.

Jangan terkejut kalau saya katakan TAKUT juga merupakan salah satu fikiran negatif.

Apa? Takut hantu? Aii.. bukan camtu .. saya pun takut hantu!! hehe..

Ok, takut yang saya maksudkan ialah Anda takut mencuba, takut gagal dan takut perkara yang Anda lakukan tak menjadi atau tak seperti yang dimahukan.

Tidakkah Anda lihat di sini, Anda telah meletakkan HAD untuk diri sendiri?

Mengapa? sebab takut ia tak menjadi dan takut impian tu menemui kegagalan. Perasaan takut ini menghadkan keupayaan dan kebolehan Anda. Ia akan membuat Anda tak berusaha bahkan berhenti berusaha menuju kecemerlangan.

Anda dan saya seorang yang cemerlang, kita berdua sememangnya berbakat untuk jadi orang cemerlang tapi pemikiran negatif kita dan rasa takut yang mendalam membuatkan kita tak cemerlang bahkan meletakkan diri sebagai orang yang tak cemerlang.

Fikiran negatif adalah rasa cemburu, benci, dendam, tamak, percaya benda tahyul dan cepat marah. Ia juga termasuk cepat naik darah, selalu mengatakan perkara buruk orang lain, selalu asyik menyalahkan orang lain dan memandang rendah pada orang lain.

   

Selain itu, perasaan meluat, tak senang, tak percaya dengan kebolehan diri dan cepat putus asa adalah perasaan negatif. Jika Anda ada sifat-sifat ni, ketahuilah ia adalah sifat negatif dan jika "dilayan" akan membuatkan Anda tidak cemerlang.

Ia juga membuatkan Minda bawah sedar tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Malahan, keajaiban minda juga takkan berlaku.

Jadi, jangan heran kalau apa saja yang Anda visualisasikan tak menjadi.

Nilai dulu diri Anda, sama Anda pernah berkata ayat yang serupa dengan yang di bawah ni :

"Apa kebendanya minda bawah sedar nih, aku dah cuba banyak kali, bayangkan banyak kali, tak menjadi satu apa pun!"

"Huh.. buang masa aje amal minda bawah sedar ni, takde hasil. Haprak!"

"Aku dah berfikiran positif tapi apesal semua yang aku bayangkan tu macam tak menjadi?"

"Apa la ko ni ChEpOi, nama aje usahawan internet, tapi takde fulus! Minda bawah sedar la konon, untuk apa la tu?"

"ah! si ChEpOi tu.. budak hingusan! apa yang dia tau? depan komputer je satu hari!!

Ah.. ha.. Dont you see?

Sedarkan Anda, anda sedang "melayan" fikiran negatif?

   

Minda kita mengeluarkan energi. Kita fikiran kita positif, maka energi yang dikeluarkan juga positif, lalu ia menarik situasi-situasi positif dan orang-orang yang positif.

Jika Anda rasa bersemangat , bertenaga dan bermatlamat jangan heran jika tetiba Anda berjumpa dengan orang yang berfikiran serupa dan berjumpa dengan situasi-situasi yang menggembirakan Anda serta menyemarakkan lagi semangat Anda.

Ini Law Of Attraction. Kita adalah apa yang kita selalu fikirkan.

 

 

   
Fikiran Kita Menarik Fikiran Orang Lain Yang Serupa.

Jika Anda rasa meluat, cemburu mahupun "menyampah" minda Akan akan mengeluarkan energi negatif lalu menarik situasi-situasi negtif, orang-orang yang negatif dan masalah-masalah yang sememangnya negatif.

Jika Anda ada matlamat, sudah menulisanya dan melatih diri untuk befikiran positif perlu disedari bahawa jika Anda "layan" fikiran negatif walaupun sedikit, ia akan "meneutralkan" energi positif yang terbit dari minda Anda.

Maksudnya, kalau kita dah optimis (fikiran positif) nak mencapai matlamat kita tapi takut benor ia tak menjadi, perasaan takut tu (fikiran negatif) akan meneutralkan energi positif tadi, lalu apa yang Anda bayangkan dalam minda tak menjadi.

Ataupun, kita rasa meluat bila melihat orang lain, ia juga akan meneutralkan fikiran positif dalam diri kita.

Jadi, kawal pemikiran Anda. Kawal kata-kata dalam hati bahkan be aware (berhati-hati) bila berkata dengan diri sendiri. Kalau ada fikiran negatif dan yang buruk, tukar cepat-cepat.

Untuk membolehkan minda kita mengeluarkan energi positif, terapkan perasaan positif sebanyak mungkin. Ambil kertas dan tuliskan sifat-sifat positif yang Anda tahu satu persatu. Ia seperti apa yang saya senaraikan di atas tadi.

Selepas itu, letak tajuk di atas besar-besar, tuliskan "Ini Apa Yang Aku Mahu Terapkan Dalam Diriku".

Baca tiap hari, bahkan berkali-kali dalam sehari.

Paling bagus, tulis dalam kertas kecil, laminate kan dan bawa ke mana-mana.

   
Anda Berani Mencuba?

Fikiran negatif juga ada cara untuk mengurangkannya. Ia tak dapat dibuang, cuma dapat dikurangkan.

Ambil kertas dan pen, selepas itu tuliskan perasaan negatif yang wujud dalam diri Anda. Berlaku jujur pada diri sendiri.

Tuliskan semuanya satu persatu. Tulis dengan relaks dan santai.

Tuliskan sifat-sifat negatif yang Anda ada dan yang Anda mahu kurangkan, misalnya kuat tidur, pemalas, bangun lambat tiap hari, kuat mengata orang, pelupa, lambat buat kerja, kurang pintar, selalu "menyampah" lihat orang yang bepakaian kemas, kuat cemburu mahupun kuat sakit hati dengan orang lain.

Letak tajuk "Ini Perasaan Negatif Yang Aku Mahu Kurangkan Dalam Diriku"

Mengenai sakit hati, untuk membuangnya kita perlu memaafkan orang tu dalam hati, lupakan kesalahannya dan kemudian GO ON.

Kalau di layan ia akan menghadkan diri Anda dari menjadi orang cemerlang.

   

Mengapa? sebab sakit hati merupakan perasaan negatif. Ia membuat Anda kurang fokus, tak boleh buat satu benda apa sebab sakit hati betul.

Usah dilayan kerana ia akan membuat Anda tidak produktif.

"Waa.. apa ko cakap ni ChEpOi, orang sakitkan hati kita, senang-senang ja kita maafkan dia ya.. eche che.. ewah, banyak cantik! "

Ya, inilah hakikatnya. Cuba layan sakit hati tu selama sebulan, maka akan bertambah la sakit hati Anda dan masalah peribadi Anda (dengan cepat) pada bulan depan. Ini Law Of Attraction.

Tak percaya? Cubalah.. kalau timbul masalah jangan salahkan saya. Ia dari pemikiran Anda sendiri! Lebih baik, belajarla jadi seorang pemaaf.

Well..Itulah tadi, saya dah terangkan maksud fikiran positif dan fikiran negatif dan konsepnya dalam Law Of Attraction.

Ini cara yang sama yang telah saya gunakan untuk mengurangkan fikiran negatif dalam diri saya.

Jika teknik ini berguna untuk saya, ia juga berguna untuk diri Anda.

Cemerlangkan diri Anda dengan mengambil keputusan muktamad untuk jadi orang berfikiran positif hari ini juga.