I Feel Good !!
Dalam tulisan kali ini saya ingin berkata tentang "Feel Good"
Saya benar-benar terkejut bila membaca artikel mengenai Anita Sarawak. Tak tahu nak panggil dia apa, Kak Nita atau Mak Cik Nita? Rasanya mak cik lebih sesuai. Jika anda tak kenali dia, ni gambarnya..
Nampak muda kan?
Rupanya bukan sahaja saya, bahkan lebih ramai orang terpegun dengan dirinya yang nampak macam orang muda, tak nampak macam orang yang dah berumur (bahkan mengalahkan orang muda sendiri!) - sentiasa ceria, penuh semangat dan energetik! wow!
Saya tertanya-tanya apa rahsia dirinya. Mudah saja katanya, berfikiran positif dan optimistik. Katanya lagi..
"Look goos, fell good. Nikmati hidup. Perlu juga terus bekerja keras dan bertanggungjawab dalam apa jua yang dilakukan. Kita kena suka dan seronok melakukan apa yang kita buat" tegasnya.
Jadi, memang benarlah minda kita sentiasa memainkan peranan penting pada diri kita. Kita adalah apa yang kita sentiasa fikirkan.
Jika Anita Sarawak yang berumur 55 tahun masih nampak bertenaga, ceria dan sentiasa tersenyum, pasti sesiapapun takkan percaya dengan umurnya yang dah menginjak status warga emas. Kesimpulan yang saya buat, dalam hidup Anda dan saya sentiasa ada 2 pilihan.
Seperti Yin dan Yang, 2 pilihan ini bertentangan antara satu sama lain. Dalam apa jua keadaan, apa juga dituasi, kita sentiasa ada 2 pilihan. Asas kepada dua pilihan ni, anda boleh memilih yang baik atau yang buruk, yang jernih atau yang keruh dan yang positif atau yang negatif.
Anita Sarawak telah memilih untuk menjadi orang yang positif. Lihat saja pada dirinya.
Dia buat pilihan tu tanpa perlu mempertimbangkan pilihan lain. Dia tak terfikir langsung pun yang negatif! Dia sentiasa ingatkan dirinya sendiri supaya bersemangat, ceria dan optmistik.
Dia tak sibuk-sibuk pasal orang lain dan tak pernah bersangka buruk dengan orang lain. Yang ganjilnya, perkataan malas bagaikan tak wujud langsung dalam kamus hidupnya. Dia terus bekerja walaupun umurnya dah 55 tahun yang pada saya patut berehat saja.
She is a living proof that positive thinking always work. We Become What We Think All The Time.
Tak kira apa jua yang kita fikirkan, ia akan membentuk diri kita dan kita akan berada dalam situasi yang kita fikirkan. Fikiran postif akan menarik situasi-situasi positif dan orang-orang yang positif. Fikiran ceria akan menarik situasi-situasi ceria dan orang-orang yang ceria.
Yang syoknya... fikir pasal duit yang banyak, dan fikiran pasal duit yang banyak tu akan menarik situasi-situasi yang membuatkan anda menerima duit yang banyak.
Dalam masa yang sama, fikiran sebegitu juga akan menarik orang-orang yang banyak duit kepada anda. Jadi, jangan heran kalau berlaku "kebetulan".
Ia bukan kebetulan, tetapi kuasa minda telah menjumpakan diri anda dengan situasi tersebut.
Jadi, dengan itu Anda akan terkena aura orang-orang yang banyak duit lalu secara tak langsung mempengaruhi minda Anda. Lantas, anda rasa terpengaruh dengan semangat mereka yang Anda lihat, kecerdikan mereka dan kerajinan mereka sehingga mampu jadi orang yang banyak duit.
Lantas, kesan daripada itu anda bekerja keras untuk menjadi seperti mereka. Anda juga mahu jadi orang yang banyak duit. See the difference?
Anda ragu dengan kata-kata saya? Hmmm.. sebab itulah fikiran positif Anda TAKKAN BERKESAN. Sebabnya?
Anda ragu. Keraguan yang terbit dalam hati dan kerisauan yang ada di minda akan membuat anda berada di dalam situasi yang meragukan.
Fikiran positif takkan menjadi jika anda ragu akan hasilnya. Kenapa perlu takut ia tak menjadi? Takut GAGAL?
Biarkan saja. Let it go. Jika Anda ragu, apa yang anda ragukan tu la yang akan muncul. Jika anda takut GAGAL, apa yang anda takutkan tu la yang akan muncul.
Selalu awasi fikiran anda. Awasi kata-kata yang lahir dari hati anda.
Di sini saya ingin berkongsi rahsia yang dah lama saya amalkan sejak tahun 2004 lagi. Dengar baik-baik kata-kata saya...
Bila bangun di waktu pagi, ucapkan terima kasih dan rasa syukur kerana Anda ada peluang untuk meneruskan kehidupan. Ucapkan syukur kerana anda masih boleh bernafas dan anda ada peluang untuk menjalankan aktiviti rutin anda pada hari ini.
Selepas itu, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 3 kali.
Kemudian terbitkan rasa kagum anda. Biar ia terbit dengan sendiri. Kalau tak, belajar untuk terbitkan rasa kagum. Kepada siapa? Ah ha.. di sinilah rahsianya yang sebenar..
Fikirkan 3 orang yang anda minat dan yang anda kagumi. Siapa-siapa saja. Dr Mahathir, Pak Lah mahupun Cikgu Amir, Yusry KRU atau Irfan Khairi. Sesiapa saja! Fikirkan tentang setiap satu daripada mereka.
Fokuskan pada apa yang telah mereka capai, siapa mereka dan kejayaan mereka. Puji setiap satu daripada orang yang anda kagumi ni dalam hati. Kalau boleh, lafazkan pujian Anda.
Bila Anda amalkan setiap hari cara ni, ia mampu membangkitkan pemikiran positif dalam diri anda dan membuatkan anda melihat aspek-aspek positif dalam diri siapa jua yang anda fikirkan. I would suggest You to try it.
Jangan persoalkan, kerana bila Anda mempersoalkannya walaupun sedikit, fikiran positif yang cuba Anda bina takkan memberi hasil.
"You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action." Anthony Robbins