Jika Gagal, Bangkit!

Kali ini saya berkata tentang kegagalan.

Pernahkah Anda gagal? Apa yang anda buat apabila gagal?

Kegagalan timbul dalam pelbagai aspek. Gagal becinta, gagal dalam pelajaran, gagal dalam bisnes atau gagal untuk menjadi seorang pelajar cemerlang mahupun anak muda yang cemerlang.

Bagi saya, kegagalan sudah menjadi lumrah. Ia sebahagian dari diri saya. Saya dah GAGAL banyak kali. Bahkan berkali-kali.

Saya pernah gagal bercinta dan pernah gagal dalam pertandingan. Ia dah sinonim dengan diri saya.

Sewaktu mula-mula menceburi bisnes, saya gagal dalam MLM pertama yang saya join. Kegagalan itu bagaikan "membunuh" dan melunturkan semangat saya. Sewaktu belajar di ITM dulu, saya juga pernah gagal, sehingga saya kena repeat subjek sekali lagi.

Sewaktu pertama kali menjual eBook di internet, saya GAGAL. Saya juga pernah GAGAL ketika melakukan promosi. Tak semua email yang saya hantar pada prospek saya menghasilkan pulangan seperti yang saya harapkan. Saya telah GAGAL, dah banyak kali GAGAL.

Tapi, saya tak takut gagal. Anda bagaimana?

 

Dengan kegagalan, saya tahu email yang saya hantar tadi tu adalah stail penulisan email yang salah. Jadi, saya tulis email baru untuk menarik perhatian pelanggan saya.

Saya Beranikan Diri Untuk Gagal. Biarlah ia gagal, supaya saya tahu apa yang betul.

Bila saya gagal, saya telah menemui jalan yang salah, jadi saya kena cuba cari jalan yang betu dengan menggunakan strategi baru. Anda juga patut buat perkara yang sama.

 Jika Anda Gagal, Bangkit !

Jangan kalah pada kegagalan. Gagal sekali tak semestinya Anda akan GAGAL seumur hidup. Berita baik, gagal hanya sementara. Masalah juga hanya sementara.

Apa jua yang anda hadapi dan anda GAGAL, usah risau kerana ia hanya sekejap saja. Simpan dalam MINDA Anda kata-kata saya ini.

Maksudnya, encik GAGAL ia menyuruh anda ubah strategi supaya bertemu dengan encik KEJAYAAN di hujung sana.

Jangan berhenti mencuba dan jangan berhenti mengatur strategi. Buat apa saja cara yang halal untuk mencapai matlamat Anda.

Jika anda mahu menjadi pencinta yang setia, buatlah apa saja untuk mencintai kekasih anda, buat dia sentiasa tersenyum dan buat dia sentiasa ceria bila di samping Anda. Jika anda usahawan, bila promosi yang anda jalankan tidak membuahkan hasil, jangan berhenti.

Cuba lagi, lagi dan lagi.

Jangan berhenti mencuba dan jangan berhenti mengatur strategi. Buat apa saja cara yang halal untuk mencapai matlamat Anda.

Jika anda mahu menjadi pencinta yang setia, buatlah apa saja untuk mencintai kekasih anda, buat dia sentiasa tersenyum dan buat dia sentiasa ceria bila di samping Anda. Jika anda usahawan, bila promosi yang anda jalankan tidak membuahkan hasil, jangan berhenti.

Cuba lagi, lagi dan lagi.

Kejayaan Bukan Satu Matlamat, Tetapi Ia adalah Destinasi Yang Tak Berpenghujung.

Saya dan Anda mengejar kejayaan untuk menjadi yang lebih baik, lebih baik lagi dan terus baik. Kemudian, mengajak orang lain supaya menjadi lebih baik dan lebih cemerlang dari yang sebelumnya.

Fahami bahawa kegagalan yang terjadi bukan utuk memusnahkan Anda, tetapi ia mendidik anda dan menyatakan pada Anda percubaan yang dilakukan tadi tu salah, sebab tu ia GAGAL.

Jika saya mampu untuk bangkit semula, Anda juga boleh jika Anda katakan pada diri, Anda mampu bangkit. Saya boleh, Anda juga boleh bangkit dari kegagalan.

Saya dan Anda lalui kegagalan untuk menjadikan diri kita tahu erti hidup dan mencuba melawan kegagalan yang melumpuhkan dan "membunuh" semangat saya dan Anda.

Lihat orang-orang yang pernah gagal. Tanya mereka, baca mengenai profail mereka dan kalau boleh berjumpa dengan mereka untuk mendengar sendiri bagaimana mereka bangkit dari kegagalan.

Jika semangat yang mereka wujudkan berkesan untuk diri mereka, ia juga berkesan untuk Anda. Cari seorang tokoh, sesiapa saja yang telah berjaya untuk Anda jadikan model kejayaan.

Ubah persepsi Anda hari ini juga. Kegagalan bukan sesuatu yang buruk dan yang baiknya, ia takkan kekal selagi anda tahu ke mana mahu berjalan.