kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. Suzy: Tapi mengapa? Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin. Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. Suzy: Ha!!??!!