Kebebasan Kewangan - Perancangan Yang Perlu Anda Lakukan

Dalam tips kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan kewangan peribadi.

Semalam saya pergi window shopping di KLCC. Dalam berjalan-jalan di shopping complex tu, saya nampak ada beberapa orang yang berbelanja sakan. Sampai berbakul-bakul!

Dalam hati saya berkata, "wow! banyaknya duit! tapi, cemana cara diorang jana income diorang? Cemana diorang rancang kewangan diorang?". Ni ya saya nak sampaikan. Berita baik, kerana.. Kebebasan Kewangan Boleh Dicapai Dengan Perancangan Yang Betul.

Bagi sesetengah orang, ia bagaikan mimpi. Mustahil kata mereka. Tapi, saya akan terangkan caranya di sini.

Pertama sekali, asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan wang, kita dah boleh membentuk platform dengan mudah.

Bebas kewangan bukan bererti berapa banyak wang yang kita belanja dan berapa banyak "aset nampak" yang kita miliki, tapi berapa banyak wang kita yang simpan di bank dan berapa banyak wang yang kita mampu jana dalam sebulan, seminggu atau sehari. Ini point kedua.

Saya dulu, asal ada duit, macam orang muda yang lain juga. Boros, tak ade perancangan dan berbelanja ikut suka hati. Tak berkira.

Akhirnya, diri sendiri yang merana, sebab selalu tak cukup duit. Bila saya teliti, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam urusan perancangan kewangan, khususnya bagi golongan muda termasuk saya.

Oleh itu, saya akan kongsikannya di sini. Antaranya :-

1. Suka berhutang dan tak faham konsep pengurusan hutang.

2. Bertangguh nak buat perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda awal 20-an.

3. Tidak menetapkan matlamat kewangan / jumlah pendapatan yang dimahukan dan cara mencapainya.

4. Gagal menyimpan kerana kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

5. Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

7. Pelaburan yang salah kerana kurangnya pengetahuan. Nak untung cepat saja.Upss..

8. Tak nak cari khidmatan perancang kewangan yang bertauliah.

9. Malas nak membaca maklumat tentang pengrusan kewangan peribadi.

Secara keseluruhannya, anda perlu mengurangkan perbelanjaan. Jimat seboleh yang mungkin. Selepas itu... (baca baik-baik apa yang akan saya perkatakan ini). Tambahkan Pendapatan Anda Berganda-ganda!

Kesimpulannya, kurangkan belanja dan tambahkan pendapatan.

Cipta Multiple Streams Of Income. Misalnya anda join UPTREND2U, jual eBook, buat Adsense, jadi Affiliate, buat Membership Site, buat servis Sales Copywriting dan jual produk fizikal dalam masa yang sama.

Inilah kelebihan bisnes internet, pendapatan tanpa had dengan kos yang amat rendah!