Kejayaan Stail Alex Lim

Kali ini saya akan berkata tentang kejayaan seorang perenang, Alex Lim Keng Liat. Alex lahir di Sandakan, Sabah pada 29 August 1980. Sejak kecil dia meminati sukan renang dan sanggup tinggal di bawah jagaan coachnya Johnny Wong bersama dengan Elvin Chia. Setiap pagi dan petang, dia turun berlatih di bawah seliaan Johnny Wong dan isterinya, saya kenali dengan nama Aunthy Wong.  
Media_httpbp2bloggerc_shibd
Alex telah dua kali menerima anugerah dari USA national High School Swimmer dalam sukan renang. Dia telah memecahkan rekod 100m kuak lentang dengan catatan maa 46.82 saat, selain itu dia juga memecahkan rekod dalam acara kuak kupu-kupu (butterfly) dengan catatan masa terpantas 47.64 di Florida, USA semasa dia belajar di sana. Ini satu bukti nyata bahawa anak Malaysia boleh mencipta nama di negara luar. Pada tahu 2003, Alex merupakan satu-satunya rakyat Asia yang berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Renang Antarabangsa Barcelona dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melayakkan diri ke kejohanan bertaraf dunia itu. Sekarang ini Alex rajin berlatih untuk mempersiapkan diri ke peringkat pertadingan yang lebih tinggi.
Media_httpbp1bloggerc_geltq
Saya telah berpeluang berjumpa in person dengan Alex Lim pada tahun lepas di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Likas semasa dia singgah di sana. Sempat bersembang dekat sejam. Katanya semua ini dilakukan kerana minat, dia dah tak minat benda lain,
cuma renang, renang dan renang.
  Dia sanggup berlatih 3 jam di waktu pagi dan 3 jam (kadang kala lebih lagi) di waktu petang semata-mata mahu melengkapkan diri untuk pertandingan. Dia rajin berlatih sejak 19 tahun yang lalu. Selain tu, dia juga menitikberatkan aspek spiritual dan persediaan mental. Sebelum turun berlatih atau ke mana-mana pertandingan, dia meluangkan masa beberapa minit untuk meditasi dan menenangkan diri. Dia sanggup menerima latihan keras semata-mata mahu mencipta rekod dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Orangnya simple, berbadan besar, berkulit sedikit gelap, sangat peramah dan suka senyum. Kalau pertama kali berjumpa dengannya, rasa macam dah kenal lama. Walaupun dia perenang bertaraf antarabangsa dan memegang banyak anugerah, ramai orang kagum dengan sikap rendah dirinya. Jika anda mahu mengejar kejayaan, ambil Alex Lim sebagai contoh. Berusahalah sehabis daya yang mungkin untuk mencapai matlamat. Sebelum itu, anda perlu tahu apa yang Anda benar-benar mahukan. Set minda dan jangan berputus asa, terus berusaha!