Kemaskan Penampilan Kita

Bagi anda yang bekerja di pejabat, bagaimana rasanya bila mula mengenakan pakaian formal di waktu awal pagi?

Mesti bangga nak nampak segak bila keluar dari rumah. Bila dah sampai ke tempat kerja pulak, rasa macam ada mata yang memandang dan ada bibir yang tersenyum melihat kesegakan anda. Makin bersemangat dan makin bermotivasi jadinya. Kebanyakan warga korporat yang saya lihat nampak bangga bila mereka mengenakan pakaian formal. Ia melambangkan professionalisma mereka dan tanggapan orang lain terhadap mereka juga tinggi. Justeru, ini menyumbang kepada produktiviti kerja mereka. Ia tak sama bagi semua orang. Lain orang, lain peelnya dan lain juga pemikirannya. Tapi, cemana pula dengan yang bekerja sendiri? Kalau yang bekerja sebagai kontraktor atau shop owner, pakaian dia ikut suka hati dia la nak pakai apa... hehe.. ayat power sikit, dia tiada bos dan tiada punch card. Jadi, tiada siapa yang melarang dia nak pakai baju kaler apa dan seluar stail apa. Itu kalau yang offline. Kalau yang online cemana pulak agaknya? Terus terang, walaupun saya bekerja sendiri dari bilik tidur, pemakaian saya sentiasa bersih dan kemas. Saya tak la pakai seluar pendek saja dalam rumah atau tak pakai baju langsung walaupun sebenarnya saya hanya di dalam bilik tidur dan tak perlu keluar rumah (melainkan nak isi perut bila nak jimat masa) untuk bekerja. Saya tetap mengenakan seluar slack dan kemeja. Kalau bukan kemeja, tshirt long sleeve. Mengapa? sebab saya mahu terapkan disiplin kerja dalam diri dan memperingatkan diri saya bahawa saya berada di dalam waktu kerja. Walaupun saya ada pilihan nak pakai jersi Arsenal dan apa saja kaler baju yang saya mahu dan seluar pendek sependek mana yang saya mahu,tapi... sedar atau tidak, pemakaian mempengaruhi gelombang minda saya dan Anda juga. Jika anda mahu bermotivasi dan mahu rasa bersemangat sepanjang hari, pakai baju yang kemas dan kaler terang macam hijau, kuning atau oren. Ta kira jenis apa, baju kurung, tshirt atau baju kmeja, cuba kenakan kaler terang untuk satu hari saja. Nak test cemana. Anda akan rasa gembira dan semangat pun meninggi. Sebab, secara logiknya warna tu mempengaruhi minda anda supaya menjadi aktif secara tak langsung. Lantas, minda pula terus mempengaruhi badan anda supaya jadi aktif dan produktif, gembira sepanjang hari serta dalam mood yang "resourceful". Tak caya? Cubalah.. Saya dah pernah diketawakan sebab bangun awal, pakai baju long sleeve dan seluar slack hitam untuk bekerja di rumah. Diorang sindir saya, lepas tu saya pula ditanya kenapa saya tak bangun lambat sikit, pakai seluar pendek dan tshirt saja? Kan lebih santai? Saya dah kata awak-awal tadi, lain orang lain peelnya. Itu orang. Ini diri saya. Terpulang pada mentaliti masing-masing. Saya hanya mahu be professional ketika bekerja dan bukannya bersantai macam kat tepi pantai. Saya ada jadual kerja 9-5 sendiri. Saya mahu bersaing dengan warga korporat yang lain dari segi professionalisma dan disiplin kerja. Jadi, point di sini, untuk jadi lebih bermotivasi, latih diri anda untuk berpakaian kemas dan bersih, tidak kira apa juga bidang kerja anda. Adakah anda rasa bersemangat jika pakaian anda berserabai dan nampak kusut?