Komunikasi Minda

Apa khabar minda Anda?

Saya sungguh excited hari ini. Wow !

Ok, kali ini saya mahu berkata tentang komunikasi dengan minda. Dalam apa jua yang Anda lakukan, Anda sebenarnya sentiasa berkomunikasi dengan minda.

Sedar atau tidak, komunikasi dalaman antaranya melibatkan percakapan dengan diri sendiri, pandangan diri sendiri terhadap sesuatu dan respon Anda tentang sesuatu yang Anda lihat, dengar, rasa dan yang Anda alami.

Di sini saya senaraikan langkah untuk bermunikasi dengan minda Anda.

5 langkah berkomunikasi dengan minda ini telah banyak membantu saya, jika ia berkesan untuk saya ia juga dapat memberi kesan yang sama pada diri Anda.

Saya mulakan dengan...

1. Set hasrat, azam, matlamat dan cita-cita Anda. Fikirkan apa yang Anda mahu sebenarnya.

2. Mula buat perancangan. Ambil satu kertas dan tuliskan dan tuliskan matlamat Anda tadi. Selain itu, tulis apa yang Anda boleh lakukan untuk mencapai matlamat itu.

Bila nak start? adakah pada hari ini, esok, lusa dan bulan depan.

3. Beritahu minda Anda, yang Anda benar-benar serius mahu mencapai matlamat itu. Jangan ubah-ubah dan jangan main lompat-lompat matlamat yang mahu dicapai, sekejap mau itu, sekejap mau ini.

Saya percaya jika Anda buat begini, minda akan keliru dan Law Of Attraction takkan bermanfaat untuk Anda, sebab Anda tidak mempunyai fikiran yang fokus.

4. Jangan biarkan kerisauan menggangu Anda, buang semua rasa takut, risau dan gusar hingga tiada lagi yang tinggal. Percaya pada keajaiban minda.

Tumpukan 100% pada matlamat Anda. Usaha, kemudian LET GO.

5. Iringi dengan doa, kemudian terus usahakan apa yang Anda yakini betul. Jika gagal, ubah strategi, usaha lagi sehingga matlamat Anda dapat direalisasikan.

Sebenarnya tiada kegagalan.

Anda menemui cara yang salah, oleh itu anda kena usaha lagi untuk mencari cara yang betul.

Saya berkata melalui pengalaman sendiri.

Tidak semua strategi promosi yang saya buat berjaya, tidak semua email yang saya hantar dapat menarik hati pelanggan saya. Bahkan, sampai seminggu eBook saya tidak mendapat order, walaupun cuma satu.

Tapi, saya anggap itu cara yang salah dalam mempromosi. Jadi, saya cari mereka yang berjaya melakukannya.

Terus terang, sebelum ini 97% cara promosi saya menemui kegagalan.

Saya tiru cara mereka, mind setting mereka, tanggapan (thought) mereka, stail penulisan mereka dan sedikit strategi mereka , saya "tiru" lalu saya jadikannya strategi saya.

Dengan menjadikan mereka yang berjaya sebagai model, saya dapat menarik hari pelanggan dan mendapat skill baru dalam taktik promosi.

Rupanya, tak perlu buat taktik baru, cuma pelajari teknik mereka yang telah berjaya dan aplikasikannya pada diri Anda.

Cari mereka yang telah berjaya sebagai model Anda.

Mula hari ini juga !