Lance Armstrong - The Inspiration

Live Strong. Itulah kata-kata dari Lance Armstrong.

Dia seorang atlit lumba basikal yang telah disahkan menghidapi kanser otak, testis dan paru-paru. Bahkan lebih teruk lagi, disahkan hanya mempunyai 45.99% peluang untuk hidup. Huh, ngeri tu ..

Tapi, Lance Armstrong tak mahu mengalah. Dia berjuang sehabis daya untuk hidup dan mencari kekuatan dalam dirinya bagi melawan kanser tu. Setelah sembuh, dia menyertai semula Tour De France dan menjadi juara. Dia membuktikan pada dunia, dia boleh sembuh dari kanser yang sememangnya membawa maut dan tak membiarkan kanser tersebut mengawal hidupnya.

Bukan menang secara kebetulan dan bukan menang sekali, tapi 7 kali! Semua itu hasil dari mindset, fighting spirit, terus berjuang, fokus, usaha konsisten dan berlatih dengan ekstreme, maksudnya lebih dari latihan atlit biasa. Saya pernah mendengar dia berkata knowledge is power. Lance Armstrong mengaplikasikan apa yang dia tahu dan yang dipelajarinya tentang minda serta kaitannya dengan tubuh (body) dan jiwa (soul).

Lance Armstrong tak kisah apa yang orang lain kata tentang dirinya yang dianggap ganjil itu, dia hanya ada 2 fokus dalam hidupnya selepas sembuh dari kanser. Pertama, isteri dan anak-anaknya. Kedua, misi peribadinya untuk memenangi Le Tour De France.

Sebelum di diagnosis sah menghidapi kanser, dari apa yang saya baca Lance Armstrong merupakan seorang atlit yang sombong, kuat marah, bongkak dan pentingkan diri. Selepas kanser, dia berubah menjadi seorang lelaki yang bertoleransi, baik hati, berfikiran psoitif, optimis dan mengerti apa makna cinta.

Berbanding dengan sukan lumba basikal yang lain, untuk menang dalam Le Tour De France 100% memerlukan team work. Dalam peringkat awal 'come back' Lance Armstrong, dia sanggup kalah dalam beberapa perlawanan awal hanya kerana ada rakan ahli pasukannya terkandas. Kalau orang lain dah naik marah tapi Lance Armstrong memberi kata-kata peransang semangat kepada ahli-ahli pasukannya. Kesan daripada itu, dia berjaya memimpin pasukannya mencapai kejayaan.

Bagi saya, Lance Armstrong merupakan pencetus inspirasi dan motivasi sebenar bahawa tak kira berapa besar macam mana pun susahnya masalah yang melanda diri Anda, pasti ada jalan keluar jika Anda fokuskan minda pada penyelesaian dan percaya dengan mendalam Anda boleh mengatasi masalah tu bila Anda konsisten dalam berusaha .

Sebagai seorang atlit, saya bersetuju dengan Lance Armstrong. Jangan ambil kisah kata-kata orang lain.

Ini hidup Anda, tubuh badan Anda dan diri Anda, dengan itu Anda boleh buat apa yang Anda mahu dan biarkan orang lain kata apa yang mereka mahu kata, they will keep talking, talking and talking but still DO NOTHING !

Tumpukan pada memajukan diri Anda sendiri, seperti yang dilakukan oleh Lance Armstrong. Dia sanggup berlatih 6 jam sehari dan sanggup melakukan apa yang perlu semata-mata untuk memenangi perlawanan lumba basikal Tour De France yang faymes dan berprestij tu. Sehingga ke hari ini tiada siapa yang boleh menandingi rekod kemenangannya sebanyak 7 kali dalam Le Tour De France.

He is not human, but super human! Lance ada apa yang dimaksudkan oleh Dr Tuah Iskandar, Extra Mind, Extra Mild, Extra Mile. Ambil semangat juang Lance Armstrong dan serap menjadi sebahagian dari diri Anda. Lihat video di bawah ni, moga ia memberi inspirasi dan dapat menaikkan semangat Anda.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=BLuQa6R-xCc]

(tips untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, selepas itu klik butang Play semula, streaming video akan jadi lancar selepas itu).

Terasa semangat saya naik mendadak tiap kali selesai menontonnya dan saya sungguh bersyukur, sesyukur yang mungkin, saya bebas dari sebarang penyakit dan dikelilingi oleh insan-insan yang menaikkan semangat, walaupun saya ada beberapa masalah satu ketika dulu.

Ingat! Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa sekarang dan di masa hadapan. Jangan selalu jadikannya ukuran, biarkan, lepaskan ia berlalu dan bina hidup baru azam baru, semangat baru.

Saya ambil kata-kata Lance Armstrong : "Pain is temporary, it may last a minute, or an hour, or a day, if i quit, however, it lasts forever."

Tips Motivasi : Kuatkan semangat, bina kekuatan minda dan mantapkan jiwa. Be strong in heart, mind and soul, kerana dengan tekad berbuat begitu, kejayaan menanti di depan Anda. Lance Armstrong adalah buktinya.