Law Of Attraction - Bagaimana Mengaplikasikannya

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan Anda tips untuk mengaplikasikan Law Of Attraction. Saya anggap Anda sudah memahami maksud Law Of Attraction dan tahu definasinya.

Jika Anda masih keliru dan mahukan penerangan lanjut, letakkan diruang komen. Saya dan kawan-kawan lain bersedia membantu Anda. Law Of Attraction sentiasa bersama Anda bila-bila masa, di mana jua Anda berada. Ia ibarat orang suruhan yang patuh pada setiap kata-kata berupa arahan yang terucap dari mulut Anda. Ia juga peka kepada segala perbuatan Anda, percakapan dan pemikiran Anda walaupun hanya di dalam hati. Orang suruhan Anda ni mengandaikan apa yang Anda sentiasa fikirkan, itulah yang Anda mahu walaupun tak terkata oleh mulut Anda. Apa yang Anda katakan pada diri sendiri dalam hati, dia anggap itu adalah kemahuan Anda dan apa yang Anda imaginasikan itu yang Anda inginkan sebenarnya. Dia tak pernah mempersoalkan apa yang Anda mahu dia buat dan terus saja menunaikan kemahuan Anda tanpa Anda sendiri sedari. Bagaimana ia menunaikannya, Law of Attraction akan menemukan Anda dengan situasi-situasi, orang perseorangan dan benda-benda yang berkaitan dengan apa yang Anda mahu tu secara kebetulan. Inilah cara Law of Attraction menarik semua ini. Jadi, berhati-hati, kawal apa yang ada di minda Anda dan jenis perasaan Anda dalam apa jua situasi. Law Of Attraciton menangkap segala apa yang bermain di fikiran lalu merealisasikannya tanpa banyak soal. Law Of Attraction takkan tahu gambaran mental Anda baik atau buruk, asal dia dah 'tangkap' gambaran mental Anda, itu bagaikan satu arahan buatnya. Saya pasti Anda tahu cerita si Aladin dan lampu ajaibnya. Bila Aladin gosok lampu tu, akan keluar gumpalan asap yang membentuk tubuh badan seekor Jin tanpa kaki.

Media_httpbp1bloggerc_ouygm
Bila Jin dah keluar, dia akan menunaikan apa saja permintaan si Aladin. Saya umpamakan Aladin adalah diri Anda dan jin itu adalah Law Of Attraction. Itu caranya bagaimana kita nak mengaplikasikan Law Of Attraction. Minta apa saja yang Anda mahu, imaginasikan apa yang Anda mahu dan Law Of Attraction akan membuatkan ia datang pada Anda. Cepat atau lambat bergantung pada sistem kepercayaan Anda dan sejauh mana Anda yakin pada benda-benda ghaib dan yang serba halus (unseen). Sehingga ke hari ini, hanya getaran gelombang minda dan warna gelombang aura saja yang dapat dibuktikan melalui sains. Tetapi, Law Of Attraction dibuktikan oleh sesiapa yang pernah merasai keajaibannya dan dari pengamal kuasa minda yang menggunakan Law Of Attraction untuk mendapat apa yang mereka mahukan dalam hidup, termasuk saya sendiri. Ada di antara kita yang mengaplikasikan Law Of Attraction tanpa di sedari. Bila Anda set matlamat mahu cemerlang, menuliskannya dan bertekad mencapai kecemerlangan walau dengan apa cara sekali pun, Anda sudah mengaplikasikan Law Of Attraction. Ia dah tahu matlamat Anda, iaitu mahu cemerlang. Lalu, ia memberikan idea-idea pada Anda sebagai strategi yang boleh Anda gunakan untuk menjadikan matlamat Anda satu realiti. Tapi jangan pula Anda hanya tahu memasang matlamat tapi duduk diam tak buat satu apa. Napolen Hill telah lama mengetahui Law Of Attraction, begitu juga Wallace Wales yang menulis buku The Science Of Getting Rich. Kekayaan perlu bermula di minda. Irfan Khairi mula berimaginasi tentang kekayaan pada mumur 18 tahun. Adakah ini mustahil? Buktinya dia menjadi jutawan pada umur 25 tahun! Dia berkongsi rahsianya di sini. Law Of Attraction tak mustahil bila Anda mengaplikasikan kena pada caranya. Di sini peranan utama ilmu. Think and grow rich! Pelajari ilmu, agar ia memandu Anda dalam usaha mengejar kecemerlangan. Dengan ilmu, kita tahu kemana mahu berjalan dan jalan mana satu yang ngam untuk kita tempuhi. Ramai orang mencemuh pencapaian Irfan Khairi sebagai jutawan Internet muda, tapi mereka tidak sedar cemuhan yang dilemparkan itu terjadi sendiri pada mereka. Mengapa pula? Sebab, ia bersarang di dalam hati mereka lalu Law Of Attraction menjadikan mereka sedemikian. Nasihat saya, bila Anda melihat jutawan atau sesiapa jua orang yang dah berjaya, jangan kata mereka ni penipu, penyangak, jadi jutawan dengan cara tak halal atau yang seangkatan dengannya, kerana bila Anda berkata begitu, serta merta akan timbul perasaan negatif di hati Anda tanpa Anda sedari. Bila ia sudah timbul di hati, Law Of Attraction serta merta merealisasikannya lalu itulah jadinya Anda. Kesannya, takde kemajuan dan tak cemerlang, asyik mencemuh orang lain sedangkan orang yang Anda cemuh tu sudah semakin maju meninggalkan Anda jauh di belakang. Selain itu, apa yang Anda tak mahu jadi itu pula yang jadi pada Anda, sebab Anda tak berhenti mencemuh orang lain. Untuk cemerlangkan diri, terapkan kekaguman pada sesiapa sahaja, tumpukan pada sikap-sikap positif yang di miliki olehnya dan puji usahanya dalam mengejar pencapaian yang sedia ada. Kalau boleh, doakan dia supaya lebih cemerlang! Sebab, jika Anda kagum dengan pencapaian orang lain, akan timbul perasaan positif di dalam hati Anda secara automatik lalu 'ditangkap' oleh Law Of Attraction dan menjadikan Anda positif seperti orang yang Anda kagumi tadi. Ini hukum alam yang agak simpel, tapi ramai orang biasa tak menyedari.