Mari Luahkan Perasaan, Saya Sedia Mendengarnya.

Saya memang suka menulis, syukur pada Allah kerana ada saja idea yang timbul.

Saya tahu pasal cabaran "Menulis-Di-Blog-Tiap-Hari" Selama 40 Hari tu, tapi, I can't control my creative juice!

Saya amat excited tiap kali saya menaip di keyboard dan inspirasi pula datang mencurah-curah. Lagi bersemangat saya jadinya bila ramai orang baca tulisan di blog saya!

Nak juga saya simpan artikel-artikel yang saya dah tulis dalam komputer, tapi saya tak sabar nak share dengan pembaca blog. Kalau nak tunggu esok hari, lama lagi.

Saya mahu berlainan dengan penulis blog yang lain. Apa caranya? Saya tanya diri sendiri apa cara untuk ke arah itu dan tetiba ilham datang! Last-last inilah caranya.

Selepas bertanya melalui pada beberapa orang, mereka berkata, "Kami Sebagai Pembaca Suka Dengan Blog Yang Banyak Artikel Dan Kerap Bertukar Lebih 1 Topik Dalam Sehari"

Saya juga begitu, saya suka baca blog yang selalu di update, kalau boleh 3 kali sehari. Jarang dijumpai blog sebegini. Bila buka blog yang saya minat tapi belum ada topik baru, hampa!

Selalunya, saya buka blog Kak Galadriel, Zul SmartUsaha dan blog Irfan Khairi berkali-kali dalam sehari. Saya baca balik apa yang ditulis. Lama kelamaan, dah jadi satu rutin.

Lupakan dulu hal ini.. Mari kita kembali ke topik asal.

Saya mahu anda tarik nafas, tahan sekejap dan hembuskan perlahan-lahan. Biar anda jadi relaks, terus relaks dan semakin relaks. Dah ready? Ok..

Jadi, jika kita dilanda tekanan perasaan, kita perlu...

Luahkan apa yang anda rasa, supaya boleh mengurangkan tension. Meluahkan perasaan boleh membantu diri kita supaya lebih memahami diri sendiri melalui pendangan orang lain. Jadikan orang lain sebagai cermin diri.

Kalau tak diluah, macam gunung berapi yang lama tersimpan lavanya. Bila semakin lama semakin bertambah apinya, malatop juga! (pinjam trademark Velvet AF4)

Ia juga meredakan tension atau tekanan yang dialami. Kadangkala apabila seseorang itu tak memahami apa yang dia rasa, perasaan tersebut akan meledak dalam situasi yang memalukan atau dengan "stail" yang tidak sewajarnya.

Setiap orang memerlukan masa untuk merenung diri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang kita rasa boleh membantu membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan apa yang sesuai untuk diri kita.

Untuk itu, kita perlu kenal pasti cara terbaik untuk meluahkan perasaan, terutamanya bila tension. Jika anda tahu caranya, ia merupakan suatu kelebihan yang tak ramai orang ada, hanya anda.

Kita akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Pokok? Masing-masing ada caranya tersendiri.

 

Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba apa yang saya cadangkan di bawah ini.

1. Tulis Tentang Apa Yang Anda Rasa Di Atas Kertas..

Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenal pasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan diari, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Blog? Trend masa kini untuk meluahkan perasaan secara "digital".

Kita mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup kita sekarang. Cuba "bayangkan" ketika menulis, ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda.

Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya. Kalau tak pernah menulis puisi, jadi, masa terluang selepas baca artikel ini adalah permulaan yang sesuai untuk belajar menulis puisi.

 

2. Bersukan

Ia membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal.

Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Anda akan rasa puas hati bila anda berjaya mendahului orang lain dalam perlumbaan, misalnya lumba lari atau lumba renang. (Opps, tunggu dulu wahai Shueqry, nanti..sukan lumba kereta pula cemana? Saya tak tahu berenang dan saya bukannya pelari pecut!)

Itu juga boleh, tapi cari beberapa kawan dan ajak ke trek litar lumba, bukan di jalan raya. Bila dah lepas geram, lega rasanya. Lebih tenang, lebih relaks dan lebih brtenaga. Dont drink and drive dah le.

 

3. Melukis.

Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik dan anda pula kebetulan bukannya seorang pelukis, jangan tak tahu, melukis juga berguna untuk meluahkan perasaan anda.

Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Biarkan anda asyik melukis dan terus tenggelam dalam keasyikan itu. Lukis apa sahaja yang anda mahu.

Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya. Bagaimana dengan lukisan abstrak?

Cadangan saya, ambil berus dan lukis garisan berterabur dengan berbagai "kaler". Ia merupakan satu karya seni yang hanya anda saja boleh memahaminya.

 

4. Menyanyi, Bermain Muzik Atau paling Ekstreme, Menjerit!

Ikut nyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan. Ia juga dipangil sebagai ekspresi diri.

Menyanyilah di bilik air atau di taman. Jadi, senarai carta lagu wajib nyanyi "lagu-bilik-air" dalam minggu ini bermula dengan? ...

Senarainya anda yang tentukan. Berita baik, takde Kak Ogy Ahmad Daud sebagai pengkritik tetap anda seperti di dalam AF6. Sampai ke hari ini, saya tak pernah tengok AF6, sebab rasanya layan blog lebih "mengasyikkan".

Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan. Tahniah! cuma kekurangan recorder suara.

Nasihat saya, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang takde orang, pasang muzik yang tidak terlalu kuat atau gunakan "ear phone". Kalau tidak, nanti ada orang sakit jantung dibuatnya.

 

Saya mendengar anda bertanya soalan sebentar tadi.

Ape dia? Tak dengar laa..

Laaa, owh, ya ka? erk..aiseh men.. dah dengar tadi. Takpe, saya ulang ya..

"Awak pula Chepoi, apa cara awak nak lepas tension?"

Saya? (psst.. ini rahsia besar, sebab itu saya akan katakan sekali saja) Menjerit Dalam Air!