Mengawal Emosi

Ramai orang tidak tahu mengawal emosi. Emosi, merupakan sesuatu yang boleh dikawal dan ia sebenarnya berkait rapat dengan minda serta fizikal kita.

Sebenarnya, dalam semua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan.

Pilihan pertama, pilih untuk menjadi gembira. Pilihan kedua, pilih untuk menjadi yang sebaliknya, berduka dan tertekan.

Kita seringkali ada dua pilihan, pilihan yang positif dan pilihan yang negatif.

Kita seringkali gagal mengawal emosi, kerana kita gagal memilih untuk menjadi seorang yang tahu mengawal emosi danbertindak positif dalam semua keadaan. Semua emosi ini kita yang menciptanya.

Ia dipengaruhi oleh komunikasi kita pada diri kita dan respon minda kita terhadap semua apa yang berlaku di sekeliling kita. Untuk mengawal emosi Anda, pilih untuk menjadi seorang yang bertindak secara positif, berfikir positif, fikir sebelum buat dan bertenang setiap masa.

Latih diri untuk mengawal emosi dengan berlaku tegas pada diri sendiri. Beritahu minda Anda seorang yang pandai mengawal emosi.

Bila Anda buat begini, Anda memberi arahan pada neuron di dalam otak Anda untuk mencipta sistem kepercayaan yang Anda mampu mengawal emosi diri sendiri.

Jangan biarkan Anda dikawal emosi, sepatutnya Anda yang mengawal emosi.