Menjadi Orang Cemerlang
Tahu tak, 75% - 80% pemikiran manusia adalah negatif. Kita lebih senang melayan perasaan negatif daripada yang positif.geram, sakit hati, marah, dendam dan tak puas hati pada orang lain? Setuju tak?
Selain tu, pemikiran negatif telah berakar umbi dalam di minda Anda. Contohnya, nampak saja orang tu, terus rasa menyampah, geram, sakit hati, tak senang dan mahu menjauh dari orang tu. Perasaan ni timbul secara automatik. Ini semua telah tertanam di minda melalui perasaan Anda.Minda mengarahkan saraf-saraf di dalam badan anda supaya mewujudkan perasaan tak senang hati lalu mewujudkan tindakan.
Semua yang dirasa oleh Minda, akan diingat dan di simpan dalam memori, ni bukan pakai memori macam "memory card" kat dalam Hanphone tu, tapi ini memori kekal.
Betul tak jika saya katakan, lebih senang layan rasa Tapi kalau kita sematkan rasa kagum, gembira dan mahu ceria sepanjang hari, amatlah payah sekali. Mengapa ini terjadi? Kerana Anda telah lama membiasakan diri Anda untuk "melayan" sifat-sifat negatif macam yang saya sebut tadi. Semua rasa kagum, gembira dan ceria tu tenggelam jadinya bahkan hampir tak wujud langsung. Apa yang anda letak di minda, itulah yang akan Minda ikut. Minda kita tak tahu benda tu baik ke buruk, dia hanya buat apa yang kita suruh dia buat, tanpa kita sedari. Jika anda rasa menyampah dengan seseorang tu, maka sampai bila-bila pun situasi "menyampah" terus wujud dalam hidup Anda. Jika kita asyik rasa meluat ngan orang tu, sampai bila-bila pun situasi meluat akan muncul tanpa henti, walaupun Anda tak mahu! Ini akan membantutkan cita-cita Anda untuk mahu menjadi orang cemerlang. Bagaimana Minda meralisasikannya, itu perkara kedua. Letakkan sifat-sifat baik dalam minda, supaya ia mewujudkan situasi-situasi baik dan cemerlang dalam hidup Anda. Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai. Tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, maka hasilnya akan jadi buah baik, cemerlang dan luar biasa hebat. Kerana, anda memegang kunci kepada diri Anda.Saya sarankan Anda wujudkan dalam diri sifat-sifat orang cemerlang di bawah ni, step-by-step : Sebab itu, Anda perlu berjaga-jaga dalam pemikiran, perasaan, tindakan dan keputusan. Minda akan merealisasikan apa saja keinginan Anda, perasaan Anda, matlamat Anda dan kemahuan anda. Kalau buruk, buruklah. Kalau matlamat baik, baik jadinya. Jadi, untuk nak jadi orang yang cemerlang, nak jadi orang yang bermotivasi dan nak jadi orang yang tak pernah putus asa, Anda kena belajar untuk tanamkan sifat-sifat positif dalam diri Anda. Manipulasikan kehebatan Minda sepenuhnya. Takde siapa yang akan melakukannya, cuma Anda seorang. Semua password, setting dan segala customization, anda yang pegang, kerana itu diri Anda.- Minda yang cerdas.
- Jiwa yang tenang.
- Kawan yang ramai.
- Rumah tangga yang bahagia.
- Badan yang sihat.
- Jiwa yang kental.
- Kewangan yang kukuh.