Mindset Seorang Pencari Kerja - Bhg 1

Kali ini saya berkata tentang mind setting ketika dalam proses Anda mencari kerja. Ramai orang tak tahu bagaimana nak menerapkan mind set yang membolehkan Anda mendapat kerjaya idaman.

Pertama sekali, saya akan beri panduan dari yang paling asas. Oleh kerana kuasa minda dan spiritual ini semua perlu bermula dari hati, maka Anda perlu mendidik hati Anda terlebih dahulu. Kita akan bermula dari pengurusan hati. Tubuh badan dan minda kita sentiasa mengeluarkan getaran tenaga dalam bentuk gelombang. Jenis getaran tenaga yang dikeluarkan bergantung pada jenis pemikiran kita dan perasaan cemana yang ada di hati kita. Jika kita mengeluarkan pemikiran negatif dan perasaan-perasaan negatif (walaupun sedikit) maka gelombang yang keluar dari minda kita adalah gelombang negatif. Bila dah keluar, ia akan melilau mencari-cari gelombang yang serupa dengannya, bila dah jumpa, ia akan bawa kembali semula kepada Anda, sumber gelombang tu. Inilah asas Law Of Attraction. Makin kerap Anda berfikiran negatif, makin banyak jugalah gelombang negatif ditarik melekat pada diri Anda, sebab itu berlaku situasi-situasi negatif yang yang berada di luar kemahuan Anda serta di luar kawalan Anda. Untuk mengubah gelombang energi, ubah pemikiran Anda. Tumpukan pada nilai-nilai positif yang ada pada semua orang, semua situasi, semua keadaan dan semua benda kerana bila kita sudah menumpu pada nilai positif, minda kita akan mengeluarkan gelombang energi positif. Latih diri Anda untuk bersangka baik pada semua orang, disiplinkan diri supaya sentiasa mengagumi kejayaan orang-orang yang cemerlang serta jutawan-jutawan yang berjaya kerana dengan berbuat begitu semangat Anda akan naik dan ini dapat mempositifkan minda Anda. Puji mereka dengan seikhlas hati, sebab dengan berbuat begitu dalam hati Anda akan timbul perasaan kagum yang amat sangat lalu mendorong diri Anda untuk bekerja dengan lebih gigih, segigih yang mungkin sampai matlamat Anda tercapai. Jangan pula bila nampak jutawan-jutawan dan orang-orang yang cemerlang, anda selalu mencemuh dan mengatakan mereka ni jadi jutawan kerana menipu. Bila Anda berkata demikian (walau sedikit saja dalam hati) minda Anda mengeluarkan gelombang negatif kerana hati Anda timbul perasaan (feel) negatif. Kesannya, Anda takkan jadi cemerlang. Berhati-hati, kawal apa yang Anda fikirkan dan kawal kata-kata hati Anda, kerana ia akan masuk ke dalam minda tanpa Anda sedari. Jika Anda selalu berbuat begini, ia akan jadi satu tabiat dan lama-kelamaan akan terbiasa dengannya. Lama-kelamaan Anda takkan dapat apa yang idamkan walau sudah berimaginasi sekerap mungkin dan walau Anda telah belajar menggukana kuasa minda semaksimum yang mungkin. Rasanya Anda dah faham asasnya bagaimana. Untuk menarik situasi positif, kita perlu imaginasi positif, berfikiran positif dan fikir positif, yang baik-baik saja pada semua orang, semua benda dan semua situasi. Minda kita ni ibarat magnet. Kalau kita benci pada seseorang (walaupun sedikit) maka secara automatik orang yang kita benci tu akan benci juga pada kita. Gelombang energi minda yang berisi kebencian yang lahir dari minda Anda menarik gelombang yang sama dari dalam minda orang tu. Inilah sebabnya mengapa Anda susah nak bekerjasama dengan sesetengah orang. Buangkan rasa benci tu kerana ia akan menyebabkan Anda tak cemerlang dan tak mendapat apa yang Anda mahukan. Ok, berbalik kepada kupasan utama kita dalam mencari kerja. Dalam apa jua yang kita usahakan, kita disarankan supaya mengiringi usaha kita dengan doa dan tawakkal. Asas utama pada kekuatan minda separa sedar adalah sistem kepercayaan. Kita perlu percaya dengan keajaiban dan percaya yang doa kita akan dimakbulkan. Janji, kita berusaha sehabis mungkin. Jadi, jika Anda sedang berusaha mencari kerja, berdoa dulu. Minta pada yang Maha Esa apa jenis kerja yang Anda mahukan. Sesudah itu, Anda perlu percaya yang Anda akan mendapat kerjaya idaman Anda, janji Anda bertindak dan berusaha. Kita merancang, Tuhan menentukan. Jika Anda masih takde kerja, terapkan kepercayan dalam hati yang Anda akan mendapat kerja juga bila Anda mula berusaha mencari kerja. Kalau tak berusaha memang tak dapat dan doa Anda akan jadi sia-sia. Sentiasa imaginasikan diri Anda sudah mencapat kerja tersebut seolah-olah ia sudah terjadi sekarang. Sentiasa bayangkan dalam minda yang Anda sudah mempunyai kerjaya, bayangkan seperti Anda sedang melihat sebuah klip video di depan mata Anda. Anda dapat lihat diri Anda bangun pagi untuk bersiap pergi kerja, memakai pakaian kerja dan melangkah dengan girang ke tempat kerja Anda. Bayangkan sekerap mungkin dan berdoa sekerap mungkin, seberapa banyak yang mungkin. Saya panggil teknik ini dengan nama 'usaha dari dalam dan dari luar'. Usaha dari dalam maksudnya kita berusaha dengan berimaginasi, berdoa dan optimis kita akan dapat apa yang kita mahukan bermula dari hati. Usaha dari luar pula maksudnya kita bertindak dengan strategi yang telah kita rancang sebelumnya. Sediakan blueprint dan rancang dulu strategi Anda dalam usaha mencari kerja. Kalau takde perancangan, Anda takkan ada FOKUS dan takkan tahu apa yang Anda buat sebenarnya. Dalam pada itu, latih dan latih lagi hati Anda untuk bersangka baik pada semua orang, semua situasi dan semua benda. Kawal apa yang bermain di fikiran dan kata-kata apa yang ada di dalam hati. Jangan benarkan diri Anda untuk melahirkan perasaan negatif (menyampah, meluat, sakit hati, geram, benci, memaki, tak senang) kerana ia akan meneutralkan pemikiran positif yang Anda bina. Perasan negatif ni walaupun sedikit saja yang timbul, akan 'memusnahkan' segala perasaan positif yang ada. Dalam semua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan. Ia sama ada hitam atau putih, baik dan buruk, positif atau negatif. Saranan saya, pilih yang positif, kerana untuk mencapai apa jua matlamat Anda, hanya yang positif saja yang akan membantu Anda. Jangan pilih yang negatif, kerana ia akan 'menghancurkan' semua apa yang Anda bina dan Anda takkan dapat memotivasikan diri sendiri bila Anda memilih yang negatif. Bersambung di artikel seterusnya ..