Motivasi Dari Hati
Kali ini saya ingin berkata tentang motivasi diri. Kebanyakan dari kita tak tahu cemana nak memotivasikan diri sendiri.
Ramai yang bertanya pada saya, mengapa mereka menjadi tak bermotivasi walaupun dah banyak membaca buku-buku motivasi, hadir ke seminar motivasi, berjumpa kaunselor mativasi face-to-face dan akhir sekali datang setiap hari ke blog Motivasi Kejayaan, blog Linn Comel dan berkata ini untuk mencari suntikan motivasi, tapi akhirnya masih juga jadi tak bermotivasi.
Sebagai permulaaan, saya terlebih dahulu membuat analisa pada pemikiran Anda dan cara Anda berfikir. Dari apa yang saya lihat, sesetengah orang tidak bermotivasi (walaupun sudah banyak membaca artikel motivasi) kerana suntikan semangat dan pencetus api motivasi itu tidak lahir dari dalam diri mereka sendiri.
Secara spesifik, dalam hati dan minda Anda tidak ada kemahuan yang meluap-luap untuk memajukan diri. Selain tu Anda tidak ada teknik untuk membuatkan diri Anda sentiasa bermotivasi setiap hari dan jadi orang berfikiran positif, sepositif yang mungkin setiap hari.
Ataupun, tiada yang menjadi pembakar semangat Anda yang membuatkan diri Anda mengambil keputusan untuk melakukan apa saja untuk jadi cemerlang dan lebih maju dari pencapaian sebelumnya. Setiap orang yang cemerlang menjadikan sesuatu peristiwa, sesuatu perkara atau sesuatu benda sebagai "booster" motivasi mereka.
Bila teringat peristiwa, perkara atau benda itu, mereka menjadi semakin bermotivasi dan sanggup bangkit dari kegagalan semata-mata mahu merealisasikan matlamat mereka.
Kebanyakan dari kita menjadikan situasi dan cakapan-cakapan "menyampah" orang di sekeliling sebagai pencetus motivasi.
Seperti mana seorang penggubah lagu popular, ilham untuk mencipta lagu perlu datang dari hatinya sendiri. Sebab, bila ia lahir dari hati iramanya sungguh mengasyikkan dan sedap didengar sampai bila-bila.
Hmmm... apa pula kaitannya lagu dengan motivasi?
Bagi diri saya, irama dan lagu juga salah satu pencetus motivasi. Sebab lagu mengandungi getaran EMOSI. Motivasi berkait rapat dengan emosi. Keduanya tidak dapat dipisahkan.
Misalnya, bila kita marah dan geram sungguh pada seseorang, kita jadi bermotivasi untuk memaki dan menengking !##%%^ pada orang yang kita marah tu. Apa yang menjadi penyebab untuk jadi kita begitu bermotivasi memarahi orang tu?
Sebab kita tak puas hati, geram dan sakit hati tadi. Perasaan ni semua lahir dari hati kita tanpa kita sedari, sebab ia dah jadi tabiat kita.
Bentuk motivasi dalam diri berlainan bagi setiap orang. Ia tak statik dan sesuatu relatiserta berubah-ubah, maksudnya Anda boleh pilih apa saja untuk menjadi menjadi pencetus motivasi.
Ia mungkin wajah kekasih Anda yang Anda cintai.
Ia mungkin wajah kedua orang tua Anda yang Anda sayangi.
Ia mungkin wajah orang yang Anda kagumi.
Ia mungkin wajah adik-beradik Anda yang Anda kasihi.
atau.. ia mungkin kata-kata nista orang sekeliling yang Anda tak senangi.
Anda menjadi tak bermotivasi kerana Anda tak ada 'booster" yang menjadi pencetus motivasi. Ini saya ibaratkan sebagai mancis yang tak ada pemetiknya untuk mengeluarkan api. Bila nak dipetik, api tak keluar sebab pemetik tu takde, tak wujud dan tak dipasang.
Ia juga ibarat sebuah kereta yang takde minyak untuk bergerak. Minyak tu takde, sama ada sebab ia tak di isikan atau dibiarkan kosong begitu saja.
Untuk mencetuskan motivasi, Anda perlu masukkan motivasi. Langkah Anda di awal tadi tu sudah betul.
Saya bersetuju Anda sudah melakukan perkara yang ngam seperti membaca banyak buku motivasi, membaca blog motivasi, melanggan artikel-artikel motivasi.
Tapi, Anda tak kaitkannya dengan EMOSI. Selain itu, Anda tidak mempraktikkan apa yang Anda baca.
Emosi satu elemen sanubari yang sangat berkuasa. Law Of Attraction juga sangat berkuasa jika digabung dengan imaginasi dan emosi.
Banyak contoh yang boleh saya berikan di sini. Misalnya, jiran sebelah rumah cemburu dengan pencapaian Anda lalu selalu mengata tentang Anda dan menunjukkan rasa tak puas hatinya dengan Anda di depan ramai orang.
Di sini sudah terbit emosi dalam diri Anda, iaitu rasa diperkecilkan. Ini membuat Anda bersemangat untuk memajukan diri semaju yang mungkin, sejauh yang mungkin secemerlang yang mungkin. Kesannya, Anda menjadi fokus dan sanggup berdepan dengan kegagalan untuk jadi cemerlang.
Jika Anda berdepan dengan situasi demikian, tak salah jika Anda fokus pada rasa diperkecilkan tu kerana ia membuat Anda bersemangat dan bermotivasi. Inilah apa yang saya maksudkan dengan motivasi dari hati.
Ia membuatkan Anda berfikiran positif dan sanggup berdepan dengan kegagalan walau apa jua bentuk kegagalan tu sebab Anda nak buktikan pada mereka yang Anda bukan orang sembarangan! Tunjukkan pada mereka yang Anda boleh menjadi cemerlang.
Contoh lain, mungkin Anda di lamun cinta dengan seseorang. Jika sekarang Anda seorang pelajar, rasanya Anda akan berusaha menjadi cemerlang dalam pelajaran secemerlang yang mungkin semata-mata sebagai 'hadiah' untuk kekasih Anda tu, atau kerana Anda rasa bersemangat belajar tiap kali mata Anda memandang wajahnya.
Perasaan cinta dan sayang yang amat mendalam merupakan pencetus motivasi emosi yang kuat. Ramai motivator antarabangsa turut bersetuju dengan pernyataan ini.
Anthony Robbins kata, "the greatest gift of life is love and the greatest joy is sharing it."
Jadi, mulai hari ini, cari apa yang memotivasikan Anda, mungkin juga cinta atau rasa bahagia. Tanya diri Anda apa yang dapat memotivasikan diri Anda dan apa yang membuat Anda rasa bersemangat tiba-tiba.
Cari ia sampai dapat dan pastikan Anda jujur pada diri sendiri. Tapi, biar hanya Anda saja yang tahu siapa idola Anda dan apa yang mejadi pencetus semangat Anda, jangan hebohkan kerana Anda akan diketawakan dan orang sekeliling akan memperlekehkan Anda, lalu ini menurunkan motivasi Anda. Saya tak mahu Anda menjadi sedemikian.
Akhir kata, biarlah motivasi lahir dari dalam diri Anda sendiri. Orang dulu-dulu tak ada banyak buku-buku motivasi seperti sekarang, tapi mereka menjadikan EMOSI sebagai booster motivasi dalam mencemerlangkan pencapaian peribadi mereka.
Mula cari apa yang memotivasikan diri Anda hari ini juga !