Pembaikan Diri Berterusan

Kali ini saya berkata tentang pembaikan diri berterusan. Dalam kata lain, continious self improvement.

Untuk apa? Untuk membolehkan diri Anda terus cemerlang dan jadi cemerlang sampai bila-bila. Ia juga untuk membolehkan Anda menjadi maju setapak dari pesaing-pesaing Anda. Bila kejayaan dah dicapai, ia merupakan satu kenangan yang sangat manis. Orang-orang yang cemerlang dan mereka yang berjaya tak pernah berhenti dari memperperbaiki pencapaian peribadi dan mempelajari benda baru setiap hari, setiap masa dan di mana jua. Mereka tak mudah puas hati dengan pencapaian sedia ada dan mahu mencapai sesuatu yang lebih tinggi dari yang sebelumnya. Michael Jordan, sebelum bersara dari arena sukan basketball, setiap hari berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki permainannya sejak dari remaja lagi, walaupun pada ketika itu dia sudah berada di peringkat tertinggi sukan tersebut. Tiada pemain bola keranjang lain yang setanding dengan pencapaian Michael Jordan hari ini. David Beckham, berlatih memperbaiki sepakan percumanya setiap hari, pagi dan petang di setiap sesi latihan walaupun dia sudah dikenali sebagai pemain bola sepak ternama dan berada di kemuncak karier melebihi pemain-pemain lain, bahkan digeruni tiap kali mengambil sepakan percuma di atas padang. Tiada lagi pemain lain yang serupa skill permainannya dengan Beckham dan tiada yang sepakan percumanya setepat tendangan Beckham.
Beckham mengambil sepakan percuma

Media_httpbp0bloggerc_dhbzp

Adam Khoo, walaupun sudah bergelar jutawan muda dan merupakan pakar pembangunan diri yang terkenal di Asia Tenggara, sentiasa belajar memperbaiki pencapaiannya dan mempelajari benda baru, walaupun dia sudah boleh bersara dari kerja dan dah boleh cuma duduk di rumah dengan kebebasan kewangan yang sedia ada.
Apa yang mendorong mereka buat ini semua? Mereka set target dan berusaha mencapainya dan menganggap target itu sebagai cabaran. Ini bukan sikap tamak, tapi mereka cuma mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Mereka tak mudah berpuas hati. Irfan Khairi, walaupun sudah bergelar jutawan Internet, tapi masih bekerja keras untuk mencapai matlamat seterusnya. Kalau orang lain, bila dah jadi jutawan, dah tak nak bekerja lagi dan cuma berehat saja. Anthony Robbins, walaupun sudah dikenali sebagai pakar motivasi terulung (dan yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia) masih lagi bekerja sehingga ke hari ini dan terus memberi motivasi tanpa kenal erti penat, rehat ataupun bersara. Jika Anda lihat orang-orang yang cemerlang ni, mereka tak pernah berhenti bekerja dan jarang mengambil cuti panjang. Mereka sentiasa ada matlamat yang hendak dicapai dan untuk ke arah itu, mereka sentiasa belajar memperbaiki diri, menilai prestasi dan buat lebih baik dari yang sebelumnya. Jadi, untuk Anda, cari seorang idola dan jadikan dia sebagai penyuntik semangat Anda. Kalau ada, siapa idola Anda? Kongsikan di ruang komen. Kaji pencapaiannya dan nilai-nilai positif dalam diri dia kemudian serap ia untuk menjadi tabiat Anda. Kemudian, jangan berhenti memperbaiki prestasi. Set satu target dan kejar terus ! Senaraikan pada yang Anda boleh buat untuk mencapainya dan tuliskan apa yang Anda sanggup buat untuk ke arah itu. Jujur dengan diri sendiri. Untuk jadi sentiasa bermotivasi, panjatkan kesyukuran pada segalanya yang Anda miliki sekarang. Dengan berbuat begitu, rahmat dalam hidup Anda akan ditambahkan lagi. Sediakan "Thank You List" Anda hari ini juga !