Pencen tak berduit

Tip saya di segmen WW-bersama Irfan Khairi di Astro Awani hari ini, saya berbincang mengenai “Pencen tak Berduit”. Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang selepas mereka pencen. Apakah maksud ini?
  • Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
  • RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530
  • Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!
Jadi apa perlu anda buat?
  • Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
  • Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja!
  • Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin
  Mudahan kita tidak pencen tak berduit. Matlamat kita adalah untuk “Retire Rich, Retire Young!”