Peranan Fikiran Positif Dalam Kerjaya dan Bisnes
Kali ini saya berkata tentang pentingnya pemikiran positif dalam kerjaya dan bisnes. Apa gunanya berfikiran positif? Ianya memandu Anda ke arah kecemerlangan yang luar biasa dari yang sebelumnya.
Kenapa mesti kita berfikiran positif? Sebab ia pemangkin kepada kemajuan diri Anda khususnya dan organisasi Anda amnya.
Saya berpendapat kecemerlangan sesebuah organisasi bermula dari kecemerlangan individu, sama seperti sebuah pasukan bola sepak di mana kekuatannya bergantung pada kemantapan skill setiap pemainnya, barulah ada teamwork.
Kecemerlangan individu tu pula bermula dari hati dan pemikirannya. Oleh sebab itu, untuk mencipta kecemerlangan, ia perlu dimulakan oleh perubahan mindset dan mempositifkan pemikiran dari dalam hatinya terlebih dahulu.
Untuk mencipta perubahan apa yang kita mahu, ia bermula di dalam gambaran mental kita dulu. Selepas itu akan timbul idea yang dijana oleh minda.
Dengan idea-idea tu kita perlu melakar strategi. Dari strategi itu kita bertindak menuju matlamat dan mengukur sejauh mana pencapaian kita.
Saya tak percaya dengan hanya sekadar berfikir positif kita mampu menjadi cemerlang, Anda mesti bertindak positif, super aktif dan mengambil langkah mengikut 'peta' strategi Anda. Perjalanan menuju kecemerlangan ibarat belayar di tengah lautan, Anda perlu ada kompas dan peta untuk mengemudi kapal Anda.
Memang pemikiran positif pencetus segala perubahan, tapi ia perlu ada perlaksanaan dengan bertindak melaksanakan apa yang telah dirancang mengikut strategi. Itulah sebabnya mengapa saya berkata berfikir positif saja tak berapa mencukupi untuk mencipta kecemerlangan diri dalam pembelajaran, pekerjaan dan bisnes.
Saya ditanya dalam beberapa email mengapa orang yang bekerja dipejabat seringkali tidak bersemangat tiap kali nak turun kerja. Jawapan saya,
"kerana Anda membenarkan diri Ada jadi tidak bersemangat dan seringkali mengomplen atau tidak puas hati dengan apa jua yang berlaku di sekelilng, lalu sentiasa pula fokus pada perasaan tak puas hati tu."
Jawapan saya ini membuatkan mereka terlopong. Sebabnya, saya lebih suka menjawap dengan melihat dari aspek asas dalaman iaitu hati, minda dan tubuh badan. Dalam bahasa Inggerisnya di panggil Mind, Body And Soul.
Ketiga-tiganya berkait rapat. Kita jadi tak bersemangat mungkin sebab badan kita lemah, fikiran kita buntu atau jiwa kita yang tak tenang dek gelombang negatif yang bersarang di dalam tubuh kita. Bila kita fikir yang kita ni tak bersemangat, melihat diri kita tak bersemangat dalam gambaran mental kita, maka itulah yang akan jadi!
Untuk jadi bersemangat, ubah diri Anda jadi super positif dan sangat ceria dengan mengubah gambaran mental Anda terhadap diri Anda sendiri.
Dalam gambaran mental tu lihat diri Anda sebagai seorang yang ceria, sentiasa tertawa dan bersemangat jadinya setiap kali turun kerja atau tiap kali memulakan rutin harian bisnes Anda.
Buang jauh-jauh segala sakit hati, tak puas hati, geram, dendam mahupun jeles-menjeles, kerana ini menjadi racun pada pembangunan diri Anda termasuk pencapaian Anda. Maafkan orang yang bersalah pada Anda dan lupakan saja kesalahannya, sebab kalau ingat selalu ia akan menarik banyak, lebih banyak, laagi banyak gelombang negatif menetap di hati, minda dan tubuh Anda. Kesannya, Anda susah nak berjaay dalam apa jua bidang.
Law Of Attraction menarik apa saja yang Anda fikirkan. Kalau Anda asyik fikir yang kita tak bersemangat, sampai bila-bila Anda tak akan bersemangat. Melainkan, ubah mindset Anda cari apa yang membuatkan Anda bersemangat.
Kemudian, wujudkan suasana yang pernah membuat kita gembira satu ketika dulu. Ingat sesuatu peristiwa lucu yang pernah terjadi dan akan jadi tertawa selepas itu.
Tak percaya? Cubalah.
Ia bagus untuk menjadikan Anda lebih ceria.
Bila Anda dah ceria, memudahkan Anda untuk mencapai apa saja matlamat yang Anda letak.
Kesimpulannya, lihat diri Anda sebagai seorang yang positif, sentiasa bersangka baik dan berbuat baik kepada semua orang. Bila Anda sudah berbuat begitu, Anda akan menarik lebih banyak situasi-situasi baik yang dapat mencemerlangkan diri Anda secemerlang yang mungkin, sehebat yang mungkin.
Berani mencuba?
Positifkan diri Anda, minda Anda dan jiwa Anda hari ini juga!