Percaya Dan Yakin

Kali ini saya berkata tentang percaya dan yakin.

Tentang semua yang saya perkatakan sebelum ini, adakah Anda mempercayainya?

Adakah Law Of Attraction tu benar-benar terjadi? Atau, saya sekadar merapu?

Adakah Anda percaya dengan keajaiban-keajaiban minda? Terus terang, ia telah banyak menimbulkan keajaiban dalam hidup saya. Bila takde duit, saya tetapkan dalam minda saya mahukan duit.

Bahkan selalu membayangkan duit dalam kepala saya sekerap yang mungkin, wang kertas RM50 saya teliti terlebih dahulu secara detail, gambarnya, warnanya, harumannya bahkan bunyinya bila digenggam dalam tangan saya dan saya menghadirkan perasaan gembira tiap kali ada pelanggan membeli eBook saya.

Semua ini saya bayangkan, saya imaginasikan.

Kemudian, saya mendapat banyak idea penulisan.

Saya tulis dan kembangkan idea tu, kumpulkan menjadi sebuah eBook. Lepas tu, saya jualkan dan dalam masa tak sampai sehari, saya dapat duit.

Perkara ni dah berlaku banyak kali. Adalah ini satu rapuan?

Saya melihat diri saya sebagai seorang yang berduit, bukannya seorang yang asyik dengan masalah tak cukup duit.

Saya tak pernah berfikir yang saya ada masalah kekurangan duit. Saya asyik berfikir tentang duit yang tak pernah putus.

Hanya pasal itu yang saya fikirkan, duit yang tak pernah putus sumbernya, ia sentiasa bermain di fikiran saya.

Kini tiada lagi rahsia. Saya akan beritahu bagaimana saya melakukannya.

Saya selalu bersyukur dengan mengucapkan affirmasi (pernyataan diri) ini sepenuh hati dengan nada berbisik:

"Thank You Allah, For All The Money That I Have And For All The Money That I Received"

Saya selalu berimaginasi eBook saya dapat membantu lebih ramai orang dengan panduan-panduan yang saya berikan di dalamnya. Ini berlaku kerana saya telah menanamkan kepercayaan yang mendalam tentang keajaiban minda. Saya belajar untuk LET GO dan yakin sepenuhnya minda akan merealisasikan matlamat saya. Ia membantu saya dengan memberikan idea-idea untuk ditulis, menemukan saya dengan buku-buku yang berkaitan, website yang berkaitan dan artikel yang berkaitan.

Saya ingatkan pada diri, saya seorang yang bertenang setiap masa, setiap ketika dalam apa jua yang saya lakukan. Oleh sebab itu, idea penulisan sentiasa timbul bagaikan air yang mengalir tanpa henti.

Saya suka sesuatu yang simple, santai dan direct to the point.

Sempoi?

Owh.. itu bukan ciri-ciri saya.

Jadi, point di sini, untuk membolehkan minda Anda melakukan keajaibannya dan merealisasikan matlamat Anda, terlebih dahulu Anda perlu percaya pada keajaiban.

Benda-benda metafizik begini agak sukar untuk difahami di peringkat permulaan tapi Anda boleh memahaminya langkah demi langkah seperti mana yang saya kongsikan di sini.

Ia memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi ia dapat dicipta oleh minda Anda dan dapat dirasa oleh Anda sendiri.

Semua bermula bila Anda percaya sepenuhnya, yakin sepenuhnya dan LET GO.

Biarkan ia berlaku sendiri, tak payah sibuk-sibuk nak fikir cemana ia berlaku dan bolehkah ia berlaku.

Saya juga mahu keajaiban timbul dalam hidup Anda.

Anda berhak untuk semua itu setelah sekian lama.

Anda berhak untuk hidup gembira, bebas tekanan dan merealisasikan apa saja yang Anda mahu.

Ini semua kerja minda.