Pesanan Tun hari ini : Rasuah membunuh UMNO
“ Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan."
"Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu."
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
19hb. Ogos 2008