Sediakan Blueprint
Jika Anda sedang mengusahakan sesuatu, biar yang ada perancangan professional dan biar yang ada 'blueprint', iaitu kertas senarai kerja yang nak dibuat dalam sehari.
Nama famousnya 'To Do List'.
Maksud saya, tulis perancangan kerja Anda di atas kertas, tak kira di buku nota kecil, di sehelai kertas kajang, kertas A4 ataupun di atas kertas 'virtual' dalam skrin komputer mahupun reminder dalam handphone.
Sebab, kalau nak ingat dalam kepala kita takkan dapat mengingat semuanya satu persatu.Tambahan pula bila menulis perancangan, Anda mampu menyiapkan semuanya langkah demi langkah dengan penuh disiplin tanpa bertangguh-tangguh.
Bahaya amal sikap bertangguh-tangguh ni. Walaupun kesannya tak nampak sekarang tapi ia akan muncul sebagai kesan jangka panjang.
Kesalahan masa lalu dah tak boleh diundur semula.
Jadi, sebelum Anda menyesal (oh, seperti saya dulu), jangan bertangguh!
Inilah pentingnya perangcangan yang bertulis dan yang ada bajet masanya. Semua kita ada masa 24 jam, tolak waktu tidur selama 8 jam, ada lagi baki 16 jam.
Masa kerja kat pejabat 8 jam, ada lagi baki 8 jam. Jadi, rancang masa Anda sepenuhnya. Apa yang Anda buat untuk menghabiskan masa 8 jam lagi tu?
Walaupun ia rutin harian, tuliskan dan buat perancangan esok pada waktu petang hari ini.
Saya tahu bunyinya remeh, tapi ia akan membuat Anda fokus dan menjadi lebih cemerlang kerana Anda tahu menghargai masa dan memperuntukkan masa pada kerja-kerja produktif.
Sediakan pelan A sebagai pelan utama dan Pelan B sebagai pelan backup sekiranya perkara tak diduga berlaku, seperti apa yang terjadi pada saya hari ini.
Walaupun saya guna streamyx 1GB dan berada di Kuala Lumpur, talian Internet agak 'slow'.. mungkin sebab sibuk. Perkara sebegini tak pernah terjadi sejak beberapa bulan yang lalu..
Jadi, tulis 'blueprint' Anda hari ini juga.