Dalam banyak-banyak soalan, pilih untuk tanya diri Anda dengan soalan-soalan bermula dengan 'Bagaimana', atau Apa Cara... , sebab soalan-soalan yang bermula dengan 'bagaimana' adalah soalan-soalan positif yang akan menemukan Anda dengan jawapan-jawapan positif lalu menjadikan usaha Anda lebih berhasil.
Orang cemerlang, jutawan cemerlang dan billionaire cemerlang sentiasa bertanya pada diri mereka dengan soalan 'Bagaimana'..
Sedangkan orang-orang kecil dan golongan marhaen, dari apa yang saya nampak sentiasa mempersoalkan 'kenapa' dan bertanya 'mengapa' selain memaki hamun pada situasi yang tidak berpihak kepada keinginan hati mereka.
Dari apa yang saya lihat, jika satu masalah terjadi pada Anda, jangan bertanya "kenapa ini terjadi padaku?' ..
sebab, tanpa Anda sedari itu adalah satu bentuk soalan negatif kerana setelah bertanya begitu akan timbul rasa tidak puas hati, geram dan tertekan secara halus. Setelah itu akan membawa lebih banyak masalah negatif pada diri Anda. Ini hukum Law Of Attraction.
Sebaiknya, jika Anda dilanda apa jua masalah, tanya diri Anda "apa yang aku boleh buat untuk mengurangkan masalah ni?" .. itu adalah bentuk soalan positif.
Lebih banyak Anda tanya pada diri sendiri dan lebih banyak Anda memikirkannya dalam sehari, akan lebih banyak jawapan muncul di depan mata Anda.
Paling penting, hilangkan keraguan, susah hati mahupun rasa takut. Gunakan soalan-soalan ini tanpa was-was..
Teknik bertanya pada diri sendiri ni selalu saya gunakan di kala masalah melanda, tidak kira sama ada masalah kewangan , emosi yang 'down' dan ketika saya perlukan suntikan semangat motivasi.
Untuk jadi orang cemerlang, pelajar cemerlang, pekerja cemerlang dan usahawan cemerlang, latih diri untuk bertanya soalan-soalan positif yang saya kongsikan ini bagi melatih minda menjadi lebih cergas dan menjana idea bernas..
Mula hari ini juga !Soalan-soalan Positif
Dalam artikel lepas saya telah berkongsi dengan Anda artikel dari Zubli Zainordin, seorang penulis pembangunan diri saya bagi saya setanding dengan nama-nama penulis dan motivator 'otai' lain di dalam negara kita.
Saya tak tahu kenapa saya minat dengan stail penulisannya, saya cuma ikut kata hati. Dari apa yang saya bandaingkan dengan penulisan dari motivator lain, Zubli Zainordin mempunyai gayanya yang tersendiri, sedikit melucukan dan santai. Tiap kali membaca artikel karangannya membuat saya gembira dan timbul banyak idea. Tak perlu pakai headline, sekali baca dah tahu itu artikel karangan Zubli Zainordin. Dia seorang yang unik dan luar biasa pada pandangan mata saya kerana melihat apa yang tak nampak, terutama konsep 'Total Happines' dan 'Syncronity For Change'. Saya sungguh kagum dengan beliau, sekagum saya pada Andrew Matthews dan Steve Pavlina. Ok, back to topic. Kali ini saya mahu berkata mengenai soalan-soalan positif. Bukan untuk di tanya pada orang lain tapi soalan-soalan untuk Anda tanya pada diri sendiri. Tujuannya, untuk membolehkan Anda fokus pada matlamat Anda, apa saja cita-cita Anda dan apa saja yang Anda mahu capai. Sesetengah orang hilang fokus dan mula hilang arah kerana terperangkap dengan idea-idea liar dan kadangkala tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Soalan-soalan positif ini baik untuk Anda kerana ia memandu usaha Anda kepada kerja yang benar-benar mendatangkan hasil. Antara soalan-soalan positif ini adalah:
Apa yang aku mahu sebenarnya, apa yang aku mahu miliki?
Apa tujuannya aku mahu benda tu?
Sebab apa aku mahukannya? Bagimana dan dengan cara apa?
Untuk apa aku ada di sini?
Apa yang aku mahu untuk diriku sendiri?
Bagaimana aku boleh kurangkan masalah ni?
Apa yang aku boleh buat untuk majukan diri sendiri?