Table Talk Power
Persediaan untuk table talk:-
1.Niat- Ikhlas dan doa
2.PDK- Pergi Dengan Kelainan. Keluar rumah dengan niat berserta keluar dengan kaki kiri dulu.
3.Tools- Majalah/Bonus statement/Skrip Pelan Pemasaran/Fail motivasi. (dapatkan naskah tersebut dari upline anda @ dari HQ.)
Contoh skrip untuk ekspress table talk [15 minit closing]:-
Kita gunakan kaedah NLP (Neuro Linguistic Programming method), Time Line Therapy® dan juga Hypnotherapy.
Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).
Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.
Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.
Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merealisasikan perancangan itu.
Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…
Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.
Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!
“Subconcious mind” merupakan salah satu kunci kejayaan seseorang. Secara lumrahnya setiap gerakan yang kita buat adalah berpunca daripada akal fikiran. Seandainya kita telah menanam dalam fikiran kita untuk mendapat sesuatu benda atau kejayaan , insyallah sesorang itu berupaya mencapainya. Kejayaan ini adalah disokong dengan setiap pergerakan dan fokus fikiran kita untuk mencapai matlamat tersebut.
Begitu juga kepada usahawan 2 yang berjaya. kebanyakkan yang telah berjaya adalah terdiri daripada mereka yang pernah menempuh kegagalan. Dengan pengalaman kegagalan, mereka telah meningkatkan subconcious mind untuk mengandakan kejayaan. Dengan demikian mereka sentiasa berusaha kearah matlamat yang hendak dicapai tanpa mengira halangan di hadapan.
Kaedah ni selalunya digunakan oleh Pegawai tentera untuk program minda tentera. Boleh jugak dalam negotiations process dengan program minda prospek dan juga digunakan untuk program minda anak kita! Kaedah ni sangat powerful!
Apa itu NLP?
Neuro Linguistic Programming (NLP) adalah satu seni dan sains menggunakan “bahasa minda” untuk menghasilkan sesuatu keputusan yang konsisten kepada keputusan apa yang anda mahukan, juga digunakan untuk menambahnilai kemampuan ke arah kecemerlangan dalam apa juga yang anda mahu lakukan.
Kita juga lakukan Time Line Therapy®. Apakah itu? Satu kaedah revolusi yang dibangunkan oleh Dr Tad James dengan menghakiskan emosi negatif dan pembatasan pemilihan dan ini adalah lebih kepada asas penetapan matlamat.
Hypnotherapy? Ini pula adalah satu jenis cabang seni yang mana kita “berinteraksi” dengan minda tak sedar prospek kita demi untuk menambah nilai kualiti hidup.
Ok.... cara-caranya.....
- Perkenalkan diri anda kepada prospek.
- Tanya background prospek untuk detect hot button @ soft button prospek. Dari sini kita sudah tahu bagaimana nak attack minda separa sedar prospek.
- Tanya prospek:-soalan 1: Jika kita dapat RM 20K sebulan hidup kita boleh berubah atau tidak?soalan 2: Kalau 20K sebulan, saya percaya tentu kita boleh settlekan segala hutang piutang kita mahupun sanak saudara kita.soalan 3: Kalau ada RM20K sebulan, boleh tak kita pergi holiday? Umrah? Haji? Beli kereta baru? Tolong mak ayah, sanak saudara kita yang kena bencana alam @ kena sesuatu emergency.... atau mungkin boleh digunakan untuk anak bini kita guna pada ketika kita terlantar sakit! Bukan mintak.. tapi kemungkinan untuk terjadi tu tetap ada. Betul ke tak betul?soalan 4: Kalaulah saya ada satu business yang boleh dapat RM20K nak join @ tidak? Kalau TIDAK adalah jawapan abang maka kita berhenti di sini sahajalah sebab tak guna saya pecah rahsia jika abang tidak bersetuju nak join.p/s1: (jika TIDAK adalah jawapannya…. Bayar air yang kita order di kedai tu dan terus meninggalkan kedai tersebut secepat mungkin. Biarkan prospek termanggu dan tertanya-tanya pada dirinya sendiri. Sebab kekadang ada yang sudah jadi ahli uptrend sengaja hendak kenakan kita ataupun nak tengok style kita buat tabletalk dan yang paling ramai ialah yang sengaja nak buang masa kita. Sebelum dia membuang masa kita, kita harus terlebih dahulu selangkah dari tindakan dia!) Tapi sebelum kita meninggalkan prospek tersebut, kita perlu cakap dekat prospek… Jika abang masih nak tahu rahsia ni, the next time abang kena standby RM1500 siap siap then saya cerita. Kalau tidak adalah sia sia saja perjumpaan kita ni. Saya tak kenal abang dan abang tak kenal saya... jadi saya anggap ini the first and the last lah kalau abang tak rebut peluang ini. Tawaran sekarang utk saya cerita rahsia ni adalah percuma. Peluang hadir pada ketika kita tidak bersedia. (Perlu diulang beberapa kali ayat seperti ni kerana kita tengah dok bukak minda dan memprogram minda separa sedar prospek kita untuk bersetuju dengan kita. Sebenarnya kita ‘dalam proses’ membuang segala aura, dan kuasa, pemikiran negatif yang berada di fikiran prospek kita dengan meng-ia-kan apa yang kita nak cuba ceritakan. Ayat power yang lain seperti YOU DO THE SAME YOU STAY THE SAME, OK KE TAK OK? AM I RIGHT?, JANGAN MASUKLAH ABANG NANTI ABANG KAYA!! Ayat JANGAN kena mainkan selalu sebab kita mengusik emosi dia.... kita sindir sinis kata jangan masuklah sebab nanti kaya. Perkataan JANGAN itulah yang akan menghantui dia. Hakikatnya pada ketika itu, minda sudah bersetuju nak join tapi perkara negatif spt was-was,ego, kalau tak jadi.... masih menyelubungi hati.) Ada Masa tapi takde duit...... Cth: orang makan gaji. Ada Duit tapi takde masa..... Cth: Doktor, tauke kedai makan Takde Masa tapi takde duit...... Cth: Orang buat buat sibuk Jadi dalam bisnes ni.... Kita tak perlu korbankan salah satu untuk dapatkan salah satu!