Thank You List
Dahulu saya ada berkata mengenai menulis matlamat Anda. Kali ini, saya akan berkata mengenai Thank You List atau maknanya senarai terima kasih dalam Bahasa Melayu.
Ambil satu kertas dan tuliskan satu persatu semua benda, semua perkara yang Anda sangat bersyukur kerana Anda memilikinya dan sebab ia ada pada Anda sekarang ini. Letakkan tajuknya 'Thank You List'. Di bawah tajuk itu, tuliskan "Ini semua yang saya sangat bersyukur". Tanya hati Anda apa yang paling Anda bersyukur, jawapan akan timbul selepas itu dalam bentuk cetusan idea. Mungkin ia kesihatan Anda, keluarga Anda, adik beradik Anda ataupun kekasih Anda yang Anda sayangi. Bila Anda dah siap, baca semula senarai tadi. Kemudian tutupkan mata dan bayangkan satu persatu semua yang Anda syukuri dalam senarai 'Thank You List". Setelah itu, ucapakan "thank you" dengan seikhlas hati. Ingat, jangan paksa-paksa, biar lahir dari hati Anda sendiri. Kalau masih tak timbul rasa bersyukur dan seakan susah untuk Anda melakukannya, tarik nafas, hembuskan perlahan dan kemudian cuba lagi. Lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat normal bagi Anda. Ucapkan apa saja perkataan yang sesuai dengan Ada, sama ada "Thank You", "Terima Kasih" atau "Syukur pada Yang Maha Esa".. Lafazkan dalam hati atau dengan nada berbisik, ucap sejujur-jujurnya dan biar rasa bersyukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Kesannya, ia akan dapat mendidik hati Anda dan membebaskan fikiran Anda dari cas-cas negatif, pemikiran negatif, sangkaan-sangkaan buruk dan rasa tertekan. Ia juga dapat memfokuskan diri Anda pada benda-benda positif, lalu dengan itu menarik situasi-situasi positif datang pada Anda. Law Of Attraction bertindak serta merta. Saya selalu mengucapkan kata-kata ini : "Thank you Allah, for all the love that i have and for the love that i have received". Selepas mengucapkannya dalam hati sambil menutup mata, saya rasa bersemangat dan banyak idea-idea penulisan yang timbul ! Saya selalu ucapkannya, di kala saya rasa macam dah takde idea nak tulis kat blog. Selain daripada itu, di kala saya tertekan sebab tak cukup duit, saya ucapakan kata-kata ini dengan nada berbisik : "Thank you Allah, for all the money i have and for all the money i've received". Kesannya, duit tak pernah kering dan segala keperluan saya cukup jadinya. Saya tak tahu cemana nak terangkan dengan lebih lanjut, terus terang , ia terjadi begitu saja. Saya langsung tak terfikir ia takkan menjadi ke atau ia setakat perbuatan 'buang masa'. Saya lafazkan dengan hati yang sungguh-sungguh bersyukur kerana saya tahu apa yang akan saya dapat bila saya rajin bersyukur dengan sepenuh hati. Hadirkan perasaan berterima kasih setiap kali Anda melafazkannya, kerana dengan itu ia dapat meningkatkan getaran tenaga positif dalam diri Anda. Kesannya, Anda jadi lebih ceria, lebih bersemangat dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua yang melanda. Jika Anda seorang pelajar IPT, lafazkan terima kasih kerana Anda ada peluang belajar di IPT di kala beribu-beribu pemohon lain gagal mendapat tempat untuk menjadi pelajar seperti Anda. Jika Anda seorang pekerja, lafazkan terima kasih kerana Anda mempunyai kerjaya yang ngam dengan Anda, bergaji tetap, mampu membayar bil-bil Anda, dapat makan lebih 3 kali sehari, dapat membeli keperluan-keperluan rumah dengan duit gaji Anda dan Anda diberi peluang untuk mendapat kerja di kala beribu insan lain takde kerja, dibuang kerja mahupun belum dapat kerja bersesuaian. Jika Anda seorang usahawan, blogger sepenuh masa atau bekerja melalui Intenet dari rumah, lafazkan kesyukuran, sesyukur yang mungkin kerana Anda diberi peluang mampu bekerja dari rumah, ada line Internet di rumah, terselamat dari kesesakan jalan raya, dapat menjimatkan minyak petrol kereta Anda, mampu bercuti bila-bila masa, boleh buat apa yang Anda suka time kerja dan boleh mengawal sepenuhnya masa kerja Anda tanpa sebarang boss, supervisor dan Pak Guard yang merepot jika Anda tertidur di tempat kerja!. Hehe .. Sampai di sini saja kali ini. Jadi, sediakan 'Thank You List Anda" hari ini juga. Moga dengan tips ini, Anda semakin berfikiran positif jadinya.