- bernilai untung bersih satu juta ringgit dalam tempoh setahun
- simpanan dalam Bank yang berjumlah satu juta ringgit dalam setahun
- asset dengan nilai bersih satu juta ringgit dalam setahun?
- ataupun , sekadar RM500,000 setahun?
Amit Aggarwal
Tapi, seberapa banyak kekayaan dari blog yang Anda mahu? Adakah ia sebanyak $12,000 US Dollar sebulan atau $50, 000 US Dollar sahaja sebulan?
Walau berapa jua jumlah wang yang Anda impikan, tetapkan ia di dalam hati dan katakan pada diri sendiri yang Anda akan buat apa saja cara halal untuk mendapat 12,000 Dollar US sebulan dari blog Anda.
Kalau boleh lafazkan ia dengan nada berbisik dengan mata tertutup dan rasakan seolah-olah ia sudah berlaku sekarang, bayangkan yang Anda sudah menerima cek bernilai 12,000 US Dollar !
Ini lebih baik kerana minda separa sedar peka kepada bayangan visual yang Anda di dalam fikiran Anda.
Masih tak cukup? Saya berikan contoh lain. Mungkin Anda mahu mendapat seorang isteri yang cukup cantik, baik dan beriman.
Tetapkan target dan tanya diri Anda cantik macam mana yang Anda mahukan, cemana bentuk wajahnya, bentuk bibirnya, bentuk keningnya atau adakah dia mirip dengan wajah Heliza? mungkin Bienda? Tetapkan sedetail yang mungkin, sejelas yang mungkin ..
Saya kongsikan dengan Anda matlamat 'rahsia' saya. Matlamat utama saya untuk blog 'Shueqry Berkata" ini adalah untuk mendapat lebih 1,777 pengunjung setiap hari dan tersenarai di antara 40 blog berpengaruh di Malaysia.
Saya mahu jadikannya blog motivasi dan kecemerlangan peribadi yang sungguh popular dan berpengaruh. Bila ini dah tercapai, ia akan memudahkan saya untuk berkongsi lebih banyak tip-tip motivasi (juga tip-tip minda) dengan lebih ramai pengguna Internet di Malaysia.
Dalam menetapkan matlamat, set satu yang besar. Jangan takut untuk DREAM BIG !
Dari apa yang saya lihat, 93% orang tidak mahu memasang matlamat besar kerana mereka tidak sanggup berdepan dengan kegagalan dan tidak sanggup menanggung peritnya kegagalan yang akan ditempuhi mereka bila semua yang dirancang tak menjadi.
Hanya 7% yang sanggup memasang impian besar, kerana impian sebegitu membuat mereka excited, teruja dan sanggup buat apa saja untuk mencapainya.
Oh, tidak lupa juga mereka ini sanggup untuk menelan peritanya kegagalan yang bakal menimpa dan bersedia untuknya. Bila matlamat sudah dicapai, ia satu kejayaan yang sungguh manis!
DREAM BIG juga adalah salah satu ciri-ciri orang cemerlang. Ini termasuk mereka yang berusaha dengan konsisten, tak kenal putus asa, rajin dan ada blueprint.
Saya set matlamat sebegitu sebagai cabaran untuk diri saya supaya lebih berdaya saing dengan bloggers lain di Malaysia. Bahkan, dalam minda saya, saya dah set awal-awal yang saya nak bersaing dengan bloggers yang turut menulis dalam Bahasa Melayu.
Walaupun sekarang saya masih baru dan masih menggunakan blog percuma, saya akan lakukan apa saja cara halal untuk menulis lebih banyak tip-tip pembangunan diri dan berkongsi lebih banyak tip-tip minda pada Anda yang menjadi pembaca setia (juga pemberi komen setia) blog ini.
Seikhlasnya saya berkata dulu saya tak minat langsung berblog. Tapi selepas cabaran 40 hari yang dianjurkan oleh Ramzan Raja Blog saya dah menemui rentak.
Menulis di blog memberi satu kepuasan yang tersendiri dan keseronokannya lain dari yang lain, ia memberi kebebasan pada saya. Bahkan, saya berani berkata yang saya mahu menukar kerjaya pada penulis blog motivasi pula!
Bila jari-jemari saya sudah mula menari-nari di atas keyboard agak sukar untuk saya berhenti. Tambahan pula saya cukup enjoy bila mempromosikan blog ini dan saya menjadi sungguh excited bila melihat jumlah pembaca email yang semakin bertambah.
Terima kasih pada Anda kerana melanggan artikel-artikel motivasi saya terus ke email Anda. Walaupun saya tak tahu Anda di mana dan tak pernah jumpa dengan Anda, saya akan terus berkongsi lebih banyak tip-tip pembangunan diri sekali ngan artikel motivasi di blog ini.
Sokongan Anda satu penghargaan yang tak terbalas bagi saya. Terima kasih :)
Tujuan asal blog ini adalah untuk melatih skill penulisan saya dan untuk suka-suka saja. Tapi, suka-suka tu yang memberi saya momentum untuk menulis berkali-kali di blog walaupun saya masih baru dalam arena "blogging for business"..
Ok, di artikel akan datang saya akan berkongsi langkah seterusnya dalam membina matlamat, iaitu sesuatu matlamat perlu dalam ukuran masa tertentu.
Setakat ini, kita sudah tahu 2 kriteria utama. Pertama, tahu apa yang menjadi target Anda, matlamat Anda dan azam Anda.
Kedua, kita sudah tahu sesuatu matlamat yang mahu dicapai perlu spesifik, kena terperinci, jelas serta tertulis di atas sekeping kertas, bukannya yang terlalu umum dan hanya bermain di minda sahaja.
Moga dengan tip ini, Anda cemerlang hendaknya.